Thursday, November 25, 2010

Anak oh Anak

Semalam hari yang merunsingkan. Pagi-pagi Aidan sihat dan ceria. Menginjak tengahari dah mula merengek. Punyalah susah nak tidurkan. Kene dukung sana-sini sampai tak tahu berapa lama. Naik lenguh tangan pinggang. Nasib baiklah Aidan intan payung. Penat pun penatlah.

Tepat je jam 1 petang, tetiba Aidan melalak (bukan menyanyi. harap maklum) kuat gila sampai saya pun nak menangis. Ingatkan mengantuk, lalu cubalah naik kereta, sebab Aidan memang suka tidur dalam kereta. Lagipun, Fiz and Mek Su datang. So hajat hati nak lunch nasi ayam warisan yang lazat berserta air kelapa yang menyegarkan. Tapi malangnya, sepanjang perjalanan Aidan menangis tak henti-henti. Tak tahu dah nak buat apa. Dah sampai pun saya tak turun, suruh diorang tapau je lunch. Aidan masih menangis lagi dengan sangat nyaringnya macam menahan sakit. Nak kata kembung, kentut dan sendawa macam biasa. So saya cuma suspect dia sakit perut memulas sebab dah 5 hari tak bey. Akhirnya, Aidan hanya berhenti menangis masa on the way balik ke rumah sebab tertidur kepenatan menangis sakan. Kasihan anak. Dan bila episod petang nak bermula, saya teruslah bagi ubat. Berhenti menangis dan terus tidur.

Hidup kembali ceria dan seperti sediakala pagi ini. Aidan bersiap untuk 3 months vaccins and rotavirus. I told his paed on what had happened yesterday. Paed cakap sometimes, ada baby yang malas nk bey ok. Heh. Cenggitu rupanya. Tapi arini perut Aidan macam biasa. Tak ada apa-apa masalah. Haih laa budak-budak zaman sekarang. Nak bey pun malas ke? Haha. Hep Aidan ni, jangan malas-malas ok?!

Aidan is doing well. The development is normal as per 3 mths baby though he has yet to roll over. He can grab things, laughing and smilling, and making noise with his goo goo gaga. Very noisy I tell you. Banyak cakap anak aku ni. Nak jadi lawyer agaknya. Haha. He has doubled his birth weight which is sangatlah debab budak ni. He likes to watch Playhouse Disney also and sing along with Dibo. Mak dia yang sibuk nyanyi sebenarnya. Nak jadi penyanyi dulu tak lepas. Jadi penyanyi Aidan jela sudahnya. Hihi.


Tok Wan kata, "Ni Mat Senyum tak da gigi." hehe

Saturday, November 13, 2010

I wonder why..

Sometimes I wish that I am an anonymous blogger who can write anything out of my mind without any restrictions or think whether my thoughts or words could hurt some people. But sometimes I do hope comments from the readers too and some other times, I wish that my thoughts could reach the right people whom I would like to dedicate indirectly.

On the other notes, now I really wish that I could have an Iphone cause I am falling in love with Instag.ram application. So, Aidan will have lots of nice and good photos then. Almost everyone that I know directly or indirectly use it and seriously I love love love sangat their photos.

At the same time, I wish I have lots of money, so that I can buy a nice, cozy condo in KD. Or perhaps, an extra money to go jalan-jalan overseas. I miss to have a long-hour flight. Afterall, I havent had any vacation since married/pregnant.

Some people said money couldnt buy happiness. But I think without money also people couldnt find happiness. The fact is money should be used wisely in order to have the happiness. Just that manusia tak pernah puas.

Same goes with love. When there are too much loves around us, we just take it for granted. But when it suddenly leaves us, barulah nak terkial-kial menyesal or whatever. Time ni, menangis air mata darah pun tak guna.

Sometimes I just wonder, why it is so hard to just be grateful for whatever that we have in our life?

Thursday, November 4, 2010

T_T

Grandma and Atuk datang melawat sempena raya deepavali. Orang yang paling excited, of koslah mama Aidan. Haha. Makin hari makin lemak ok. Bangun dah lambat sikit, balik kerja makanan dah siap hidang, baju bukan saja dah siap jemur, siap lipat sekali ok. Heaven sungguh hidup. Haha.

Sekarang, mama Aidan dah mula kagum dengan ibu-ibu yang bekerja dan ada anak yang ramai tapi tetap maintain jaga rumah bersih-bersih dan teratur saja hidup anak-beranak. Memang tabik spring. Sebabnya sekarang, rasa nak pengsan bila dah sampai rumah. Jejak saja kaki kat rumah, mulalah nak kena buat itu ini. Nak duduk hadap TV layan Chinta, mimpi ok. Huh. Baru 2 minggu dah mula complaint? Sekeh kepala nak??

Nak dijadikan cerita, hari Isnin lepas, Aidan kembung perut. Hati gusar kat ofis tak yah
cerita. Closing period pon dah tak kira. Pukul 5.45ptg terus cabut. Babysitter mengadu Aidan
nangis tak henti2. Kesian my baby. Sorry Aidan. Sumpah mama tak sentuh lagi bubur kacang hijau ok. T_T

Then balik rumah, aktiviti mengurut perut Aidan dan melayan Aidan sepenuh hati diutamakan.
Perut mama Aidan memang dah tahap super lapar, tapi tak sanggup nak biar Aidan main sorang2 dalam keadaan tak berapa nak sihat. Pijoi macam biasa, balik lambat. Suruh Pijoi tapau food, dia malas nak singgah pulak. Nasib baik Aidan mahu tidur awal. Mungkin penat melalak dan tahan sakit di siang hari. Kasihan baby. Sobss. Jadinya, lepas Aidan tidur, barulah saya boleh mula operasi.

Hajat hati nak masak kari ayam. Tapi Pijoi nak ayam goreng. So ayam goreng it was. Sambil kemas dapur, sambil masak dengan tidak sabar. Perut dah melalak gila ni. Lepas siap kemas dapur, dengan hati berbunga nak makan ayam goreng dengan kicap, sekali tengok isi ayam tak masak. Gua apalagi beb, melalak superlah. Memang tak leh blah. Perut lapar, penat segala, bila nak makan, ayam tak masak pulak. Mana tak meraung. Haha.

Tapi itulah insiden yang nak kata sedih tak jugak, bongok tak jugak, kelakar pon tak. Undefined. Tapi memang sampai bila-bila akan ingatlah. Baru tahu, susah jugak jadi working mummy rupanya. And it is not fun anymore. T_T Esoknya terus nak makan KFC. Pijoi cakap boleh saya belajar goreng ayam. Heh. Not funny!

Nanti bila saya dah ada anak 4, tapi dapat maintain rumah bersih dan teratur segalanya, silalah tabik spring kat saya ok. Jangan lupa. Haha.

Wednesday, November 3, 2010

Kekasih Gelap

"Lynnette is my friend and you're not, Tom!" Gaby DHW season 5

Yesterday, while having dinner.
Hubby: What will you do if you see your friend's husband/bf cheating on her?

(note: We were talking about the obvious cheating like the friend's husband/bf sedang berpelukan, berpegangan tangan, etc with other girl)

Me: Of course lah I will let my friend know. Jangan harap nak terlepas.

Hubby: Even though you know that it will ruin their relationship?

Me: Hello. He's already ruin it apa. Daripada kawan saya terus-terusan kena tipu, WTH. Baik saya bagitahu.

Hubby: What if dua-dua kawan awak macam Fiza and Bili. That cheating guy and your girlfriend? (read: both are my good friends. But Fiza is my laling)

(note: sorry Fiz and Bils. Contoh je k. Hehe)

Me: Of courselah saya bagitahu Fiza. Tapi saya akan terus confront Bili dulu. No way Bili boleh tipu Fiza.

Hubby: Tapi kalau Fiza yang curang, awak bagitahu Bili tak?

Me: Tak. Haha. Tapi saya akan confront Fiza lah dan advise dia kembali ke jalan yang benar. Takkanlah nak bergosip berdua ngn Bili. Semacam je rasa. Haha.

Personally, I will always against orang ketiga dan kecurangan though my view on kekasih gelap was not that narrow macam dulu. And no matter how hard I try to like them, I just cant. Cause I dont really understand why they cant really respect the others. Afterall, I dont have to like all people in the world cause there are plenty that dont like me too. Karma people! Haha.
Moga-moga orang disekelilingku dan diriku dijauhkan daripada mereka dan cobaan ini. Amin.

Tuesday, October 26, 2010

Of Being A Working Mummy

I never thought that being a working mummy is tough. But, it's not that bad either. I'm loving it and yet it needs a lil bit of discipline and plenty of commitments.

It has been 2 days since I'm working and the first day went quite well, I can say. What I did was planning the daily activities during the night before.

1) Wake up at 6.30am, having bath and what not
2) Then kemas rumah and kitchen
3) Prepare baby's bag and milk for the whole day
4) Having 'ME' time by having a mug of Anmum Lacta and watching the 30mins comedy for 15 mins.
5) 7.30am, baby wakes up so time to play with him.
6) 7.45am, mandikan baby and siapkan baby
7) 8.00am, time for me to bersiap ke ofis.
8) 8.15am, off we go to babysitter's
9) 8.45am, finished breastfeed the baby and tidurkan dia. Then off me go to the office.

After about 2 and a half months of babymooning, I kind of miss my office work too. Thus, not really stress happened here. But juggling with the two-month-abondoned works and pumping the milk, it's quite challenging too. The office hours become too short for me. But hey, I like the nursing room that the company provides. It's not fancy or what just convinient enough for mommies like me. Thanks company for supporting breastfeeding. Cayalah! hehe

For the time being, I went off from the office at 6pm the most. Then rushing to the babysitter and meet Aidan. Only god knows how much I've been missing him. And tell you, he misses me much too until he had a very mild fever on the first day. Demam terkejut agaknya. Nasib baik balik rumah terus sihat. Huhu. Kasihan anak! The 2nd day went well though. No more mild fever and he was so behaved. Good Boy, sayang!

Right after I'm home, then goes all the lists.

1) Masak
2) Breastfeed & tidurkan Aidan
3) Kemas dapur
4) Buat laundry
5) Sterilise baby's bottles
6) Pump susu (if any)

Then only I can go to bed. But telling you the truth, I was totally flat at 10pm on the first day. Haha. Penat giler wa cakap sama lu. Nasib baik ada hubby yang understanding. Selalu tolong tidurkan Aidan and willing to massage my feet yesterday. Sakit kakilah dah lama tak jalan dari Dataran Car Park to the office. Huhu.

But today, dah midnight and I'm still up for Betty. Kenapa? As tomorrow, I am working from home. Wohooo. Ada chan nak bangun lambat;p

Friday, October 8, 2010

Drama Mama

Dulu masa kecil, selalu tak faham kenapa mama selalu marah saya bila saya buat salah. Silap haribulan, kadang-kadang biru lah kaki kene cubit. Saya selalu cakap kat mama, "Mama tak sayang Along." Tapi semakin besar dan dewasa, saya semakin faham dan tahu betapa sayangnya seorang ibu itu kepada anaknya.

Dulu, masa saya tengah mengandung, saya selalu cakap, "Jangan manjakan sangat anak. Kena biasakan tidur katil sendiri, kena latih itu dan ini, dan macam-macamlah lagi." Tapi sekarang, saya seperti lupa dengan kata-kata saya sendiri.

Minggu lepas, saya pulang ke rumah Damansara untuk hujung minggu. Oleh sebab, katil tidur saya bersaiz Queen saja, maka saya tidak berapa berani nak tidur bersama Aidan di atas katil. Mana tahu Aidan dihempap oleh Pijoi, nangis saya. Hehe. Jadi Aidan saya tidurkan di atas katil sendiri. Aidan nampak seronok tidur di atas katil sendiri sampai tak perlu didodoi macam selalu. Letak saja, and eventually dia akan tidur sendiri. Tapi yang peliknya, saya yang tak boleh tidur. Boleh terjaga dari pukul 2 pagi sampai pukul 5 pagi. Yang saya buat sepanjang 3 jam itu hanyalah tengok Aidan tidur. Rasa rindu sangat macam tak jumpa seminggu. Memang tak boleh duduk diam. Rasa nak ambil, peluk dia tapi saya kuatkan hati. Hari kedua, kurang sedikit perasaan tak tentu arah. Mungkin kepenatan seharian berjalan. Jadi, waktu subuh, lepas menyusukan Aidan, terus saya letak dia di katil kami. Hehe. Kesimpulannya, mana ada ibu yang tak sayang anaknya.

Itu perkara tidur. Belum lagi, risau Aidan digigit nyamuk, Aidan demam, Aidan cirit-birit, etc. Punyalah risau, tuhan je yang tahu. Heh.

Ahad ni, sudah mahu pulang ke KL. Ada sedikit campur-baur perasaan saya. Excited, nervous, sedih. All in one lah. Sedih nak pisahkan Aidan dengan Grandma and Tok Ayah dan pastinya saya mesti rindu nak tengok Tok Ayah dan Grandma main-main dengan Aidan. Nervous untuk jadi seorang ibu dan isteri tanpa bantuan orang lain. Excited nak jumpa kawan-kawan dan hidup hanya kami bertiga dalam satu rumah.

OK, cukup-cukup. Moga-moga saya mampu pikul tanggungjawab ini dengan baik.

Tuesday, October 5, 2010

7th Week

Time flies super fast. Sekarang dah 7 weeks since Aidan's birth day. During this time, I learnt a lot and still learning of being a new mummy. Yup, the top priority now is the baby. Almost everything that I do must think of the baby first.

Biasanya, bangun pagi, baby yang kejut. Hehe. Kalau nasib baik, pukul 8 pagi baru Aidan kejut. Kalau kurang baik pukul 6 lebih dah kena kejut. Then, kena breastfeed Aidan dulu. Dah kenyang, baru boleh main-main. At 8am baru mandikan Aidan. Lepas dah wangi, continue playing with him, then baru boleh tidurkan dia. After he is sleeping, barulah si ibu boleh mandi, sarapan, kemas rumah sikit, dan masak sepantas kilat. In between all this, sempat jugalah berfb-ing or blog hopping. Heh.

Kalau mahu keluar sekarang, tidak lagi boleh berlenggang kangkung, 5 minit dah siap. Anak mestilah didahulukan. Bermula dengan segala persiapan barang-barang anak (diapers, baju, etc) dan susu, di akhiri dengan menyiapkan anak handsome2. Dah siap segala kaitan dengan anak, barulah boleh menyiapkan diri yang mengambil masa hanya 5 minit. Oh tapi sekarang sudah tambah 10 minit. Mana boleh baby je handsome, Mummy pun nak cantik dan beautiful.

Makan pun sekarang kena fikir anak. Tak boleh makan food yang terlalu pedas, nanti anak cirit birit. Atau benda yang boleh buat anak kembung perut atau panas. Tapi bab-bab makan ni, susah sikit untuk mengawal nafsu. Jadi mahu ajar anak tidak terlalu manja dengan food. Haha.

What else in week 7?

Aidan can smile and laugh

Watching my son growing up in front of me is the greatest moment ever in my life. Thank you Allah for the happiness that you grant for me;)

 

Template by Best Web Hosting