Tuesday, August 16, 2011

Happy 1st Birthday Darling Baby.

Semalam Aidan setahun. Mama ingat nak tulis special entry semalam. Tapi macam biasa. Mama busy. Busy layan Aidan. Aidan banyak tenaga sangat sekarang ni sampai kadang-kadang Mama mampu tengok je Aidan main.

Menjelang Aidan setahun, kita balik kampung jumpa Grandma. Saja Mama nak mengimbau kenangan setahun lalu. We went to the same Bazaar Ramadhan just that dulu Mama yang dukung Aidan dalam perut sana sini, tapi tahun ni, Abah sajalah yang mampu dukung Aidan. Bukan Mama tak nak dukung Aidan, tapi Mama bimbang separuh jalan kita dah jatuh terduduk kat tengah jalan.

Sekarang Aidan dah pandai macam-macam. Pandai jalan 2-3 langkah. Pandai ambil hati Mama & Abah. Pandai memilih makanan. Pandai nak manja-manja. Macam-macamlah Aidan pandai. Kadang-kadang bila tengok Aidan dah pandai macam-macam, Mama sebak. Mama tak sedar masa sangat cepat berlalu. For me, you are always my baby.

Happy 1st Birthday Darling Baby. I love you so much! :) Doa Mama, semoga Aidan jadi anak yang soleh, yang sentiasa menggembirakan hati Mama & Abah. Having you in my life is the bestest thing ever;) Alhamdulillah.

Thursday, March 31, 2011

Hello!

Suami selalu tanya, bila mahu update? Jawapan saya, "Nantilah. Malaslah. Tak sempatlah." Cukuplah 3 alasan. Memang mahu update. Tapi kadang-kadang rasa tak tahu mahu update apa. Hidup hanya seindah biasa. Tak ada yang extra vagant.

Cuma sejak akhir-akhir ni, hidup di pejabat kurang menyenangkan. Politik semakin hebat. Tak tahu apa yang dia mahu, sampai buat cerita sana-sini. Lantakkan. Rezeki masing-masing, Dia yang tentukan. Bukan orang 'bukit' yang sibuk suruh mengipas. The Company CFO whom previously was my Big Boss once told me, "Kalau itu memang dah tulis untuk kita, you will get it. Cepat atau lambat, kenalah bersabar." Yeah. Saya akan ingat itu.

On the bright side, anak selalu menggembirakan hati. Sudah semakin besar. 7 bulan dan 16 hari. Sudah pandai duduk. Sudah ada gigi comel lote sebiji. Sudah mula belajar merangkak. Sudah pandai menegur orang dalam bahasa sendiri. Sudah pandai mahu berkawan. Suka tengok TV. Kuat makan. Semakin comel dan handsome. Oh! He is so adorable. Puji anak sendiri. Haha.
Suami sudah kurang sikit sibuk. Tapi masih sibuk. Cuma sudah boleh diterima akal. Jadi, hati saya sudah sedikit tenang. Penat juga sudah berkurangan ke tahap munasabah. Jadi tak perlu untuk merungut. Hehe.

Untuk semua kesenangan dan rezeki di atas, terima kasih tuhan.

Thursday, March 10, 2011

Apek Kunci

This was happened during Fiza's wedding day. To be exact, the bad incident happened around 6.30pm at Teluk Kecai. Mungkin hubby terlalu kenyang dengan laksa, ABC dan laksam. Maka insiden tertinggal kunci kereta dalam bonet berlaku semasa hendak memasukkan stroller bayi ke dalam bonet. Di tambah dengan kecanggihan kereta zaman moden, untuk membuka bonet, hanya perlukan kunci tanpa perlu menekan butang unlock. Memang bijak sebab boleh buat banyak insiden tertinggal kunci dalam bonet berlaku. Bravo Honda. Heh

Sebab kecanggihan kereta zaman moden juga, tak ada siapa berani nak mencuba buka kereta saya. Jadi idea terbaik, panggil saja locksmith. Lama juga tunggu locksmith datang. Dalam hati, mungkin jauh agaknya. Sekali tengok, yang datang adalah Apek tua with his motor kapcai. Sempoi habis.

Tengok sepintas lalu, memang meragui kehebatan Apek kunci. Lagi cuak bila lama gila dia cuba nak bukak bonet kereta tapi akhirnya terkandas. Apek kunci tetap tak mahu mengalah. Minta izin nak bukak pintu depan. Hati dah cuak abis. Mintak2 tak rosak pintu kereta saya. T_T Bak kata suami, no choice. huhu Jadi, tawakkal sajalah.

Memang lama juga tunggu apek kunci berusaha. Daripada senja sampai gelap. Siap kene guna lampu HP Apek kunci. Maka ramailah orang lalu-lalang yang beramah-mesra, tanya kenapa. Makcik-makcik pon sibuk nak amik tahu. Siap boleh sound "Habislah lingkup". Haih. Sungguh mesra dan bersopan orang kita kan? Baik2 rasa syak wasangka kepada kebolehan apek kunci, terus rasa kasihan. Apalah salah Apek kunci. At least Apek kunci berjaya tunjukkan yang
dia memang hebat. Siap boleh betulkan balik tempat kunci tu ok. Bravo Apek kunci walaupun saya lesap RM120. T_T

Tak apalah. Dah memang rezeki Apek kunci. Yang penting, apek kunci tak menyibuk nak mengata orang. Terima kasih buat kawan-kawan yang bersusah payah menolong dan teman tunggu apek kunci sampai selesai. Lain kali ingat, jangan membazir bayar RM120 kat Apek Kunci, ye darling Hubby?!

Tuesday, March 1, 2011

Penat!

Dulu masa tengah mengandung, aku selalu tabik kat ibu-ibu yang berjaya ada anak 10. Macamana diorang boleh tahan all the morning sickness, tak lalu makan, sakit pinggang, and all pregnancy sickness setiap tahun, memang satu keajaiban. Aku baru anak satu, tapi sudah mahu berehat panjang. Hati memang rindu nak mengandung lagi sebab aku selalu rasa seksi dengan perut yang besar, tapi bila fikir all the sickness, tak apalah. Mungkin lagi 3 tahun. Haha.

Tapi, tahap kepelikan aku terhadap, perempuan-perempuan yang termengandung tanpa suami, masih di tahap maksima. Macamana mereka boleh go through all the sickness di samping mahu sembunyikan kehamilan dan tanpa suami untuk melayan, masih tak tercapai dek akal.

Sekarang, aku masih lagi tabik kat ibu-ibu yang beranak 10. Macamana mereka boleh bekerja mencari rezeki, sambil mengasuh anak, sambil kemas rumah, sambil melayan suami, sekali lagi memang satu keajaiban. Aku, yang beranak satu, suami sibuk bekerja sampai malam, sudah mengeluh kepenatan. Sumpah penat gila sampai aku rasa aku nak hire maid sekarang jugak.

Setiap hari, sibuk berangan, kalaulah aku ada kuasa dan wang, mahu saja aku berehat seminggu, mahu menggomol Aidan dan melayan suami, tapi tak mahu buat segala kerja ofis dan kerja rumah. Aku mahu, bangun tidur, sudah terhidang sarapan di tepi katil. Siang hari pergi shopping sana-sini, atau pergi spa mencantikkan diri, bukannya pergi kerja mencari rezeki. Malam hari pula, berehat bersama suami dan anak, sambil minum kopi mahal dan kek sedap atau makan di restoren lazat dan mewah, bukan sibuk memasak, lipat baju, kemas dapur, basuh baju, siapkan barang anak untuk esok. Ahh. Indahnya hidup kalau sekali-sekala dapat berehat sebentar. Seronok kan kan kan?

Tapi itu angan-angan. Jadi sekarang, mari angkat bon-bon, siapkan segala kerja sementara anak masih tidur. T_T

Monday, February 21, 2011

Yummy Yummy Food!

Life has been so hectic for us this past few weeks and still suffering. Mummy sibuk, daddy lagi sibuk. Kesian Aidan dapat jumpa daddy for an hour only each day. Tapi kesian lagi kat daddy yang stress sampai rasa nak resign. For this, I wish masa boleh berlari laju sehingga hujung tahun, so that daddy can find a new job with a cool, great company.

Talking about masa, agak laju juga masa berlari. Sekejap je Aidan dah separuh tahun. His milestones is normal like an ordinary baby. Nothing special to shout about. Tapi, benda yang paling mencabar during this 6 months is preparing the baby food and feeding the baby.

Preparing baby food is quite mencabar minda. I need to be creative and at the same time, preparing a good taste food. Bayi pun ada taste ok. Tak sedap takkan nak makan. Heh.

Aidan started his solids with fruits only because I read fruits senang nak hadam. Then, baru nak ajar makan sayur. Maka ada sedikit kesusahan di situ. Mummy tak suka makan sayur = sayur tak sedap. So saya selalu fikir, kasihannya Aidan has to eat sayur tak sedap. But he has to eat sayur untuk nutrition yang sihat. My first attempt is fail. Aidan tak nak makan sayur.

The second attempt, I asked the babysitter to give him carrot campur apple. Nak senang punya pasal. Huhu. So, balik tu, I asked her whether Aidan nak makan tak carrot? She said, mula-mula macam tak nak, tapi lama-lama, habis semangkuk. Wah! Makcik memang hebat! Only then, I just realised that maybe I am not patience enough to feed him nor know the tactics. Now, to make feeding sessions is menarik, I have to nyanyi his Dibo songs, Twinkle Little Stars, or even play with the spoons and make some funny sounds. Mencabar bukan? Hehe

To be creative preparing baby foods juga sangat mencabar. Luckily, I have a friend who can share the recipies. Kalau tak sure Aidan makan benda yang sama setiap hari. Haha. Kasihan.

So here, I would like to share 2 recipies (1 for breakfast, 1 for lunch)

1) Breakfast: Oats with fruits puree

1 1/2 tbs baby oats
3/4 blended banana
2 oz blended apple/pear
1 tbs blended dried appricots and raisins
2-3 tbs breastmilk/formula

1) Soak dried appricots and raisins in hot water for 5 minutes. Rinse with cold water and blend it.
2) Mixed the oats, apple/pear, banana and blended dried appricots and raisins
3) Pour 2-3 tbs breastmilk/formula/water to thin the mixture.

2) Lunch: Mixed Veges and Cheese

4-5 small chunks pumpkins
4-5 florets caulliflower
4-5 chunks carrots
1 potato
cheddar cheese
1 small cup rice

1) Steamed all the veges
2) Blend all the steamed veges, rice and a bit of cheddar cheese.
3) Put a bit of steamed water so that the veges can be blend smoothly.
4) This recipe is for 10-12 oz servings.

Happy trying mommies! ;)

Thursday, February 10, 2011

Demotivated

I feel demotivated.

Hubby: Feel demotivated ke awak? hahaha
Me: Awak, I'm stressed. Like soooo stressed. Rasa nak resign!
Hubby: Ala, semua kerja pun stress. Saya lagi stress. Dengan manager nak resign, lepas tangan je, client nak report bulan depan sume.
Me: Sobs T_T

I am stressed, tired, and not feeling well. I need a cleaner to help me with the chores now. Like seriously!

Tuesday, February 1, 2011

Zaman muda-mudi Remaja

Hubby told me that he misses life as a student. Ya hidup zaman muda-mudi remaja yang sangat menyeronokkan. No stress, no money, but extremely happy. Apalah sangat stress nak exam dibandingkan dengan stress kerja. Stress kerja adalah 10x ganda stressnya. Heh.

Seronok kalau ingat semula zaman muda-mudi remaja. Hidup makan duit kerajaan, cukup-cukup utk makan dan hidup sendiri. Tak mewah tapi seronok. Unagi sushi roll yang $3 pun sudah cukup menggembirakan hati. Tak perlu Sushi Zanmai atau Sakae Sushi yang berpuluh-puluh hengget macam sekarang.

Shopping groceries juga adalah antara aktiviti yang seronok walaupun hampir semua barang groceries yang dibeli cuma jenama 'basic' (brand ala-ala Giant & Tesco). Beras basic, roti basic, fresh milk pun basic. Kata hidup makan duit kerajaan, mana mampu nak hidup mewah. Hehe. Tapi jenama semua tu tak penting, yang penting keseronokkan bershopping groceries bersama kawan-kawan. Sekali lagi, jenama itu tak penting, yang penting semua makanan yang dimasak adalah lazat dan mengenyangkan.

Seronok ingat zaman muda-mudi bila lepas waktu exam. Masing-masing sibuk merancang percutian. Mahu ke sana-sini tapi tak ada wang. Jadi perlu kerja sambilan dan perlu merancang percutian untuk kurangkan pembaziran duit dan masa. Paling seronok bila perlu memandu berjam-jam sambil mengikut peta dan sampai ke destinasi. Rasa macam dalam misi mencari harta karun. Hehe. Penat tapi puas.

Masih ingat keseronokkan waktu lapang. Tulis saja status YM "Jom Starbucks!" atau "Jom mengopi" pasti ramai yang membalas. Tidak perlu buat appointment sebulan sebelum untuk mengopi. Tidak perlu banyak tanya mahu ke mana. Semua pasti tahu di mana dan ke mana.

Paling seronok, bila masing-masing luangkan masa main Unocard, daun terup, tengok movie yang didownload, atau bergosip kosong. Satu hari satu malam bersama pun rasa tak puas. Terlalu seronok untuk ditinggalkan.


Terlalu banyak seronok hidup zaman muda-mudi. Hidup yang tidak berduit tapi ada banyak masa untuk berseronok. Hidup tak ada komitmen, jauh terpelosok di tempat orang, tapi masih terasa kehangatan berkeluarga. Itu zaman muda-mudi saya yang sangat seronok and I'm glad I had the best in my life. :)

Banyaknya perkataan seronok, adakah saya terlalu rindu untuk berseronok?

 

Template by Best Web Hosting