Friday, February 19, 2010

Twinkle Little Heart

Life is all about making choices -GLEE-

Hidup memang banyak pilihan, tapi nak buat pilihan, tu yang paling susah.Walaupun hidup sekarang ni tersangat bahagia (eceh) tapi bila fikir bab nak bersalin sure stress. Lebih stress daripada fikir patut ke saya sambung belajar ke nz lepas SPM dulu or betul ke saya nak putus dengan first love berusia 7 tahun atau boleh ke saya terima cinta suami 2 tahun lepas? (semua persoalan di atas sudah terjawab bagi yang tertanya-tanya). Ingat senang ke nak pilih gynae mana yang best, hospital mana yang comfortable, kat JB ke KL? Memang susah ok. Lebih susah daripada nak jawab soalan accounting theory.

Tapi sekarang, dah tak stress dah. Suami dah izinkan saya deliver the baby in JB. Hehe. Comelkan suami saya?? I love you so much lah. So masalah hospital terus setel coz I definitely sure which specialist that is comfortable for me. Gynae juga setel coz there is only a lady gynae in that hospital. Itu syarat suami. Mesti perempuan. Walaupun hati mahukan my mom's gynae. Tak apalah. Suami isteri mestilah bertimbang rasa. Tak gitu? Lagipun sayakan isteri yang baik dan menurut perintah. Keh keh keh.

Semalam hari bahagia. Lepas saja suami selesai membasuh carpet busuk gila (masih ingat entry muntah?), suami terus join saya baca Al-Quran. For the first time, he recited the surah for the baby. My heart cant stop smiling all the time. I love you so so much lagi lah for being so kind membasuh carpet busuk gila and spending time with me and the little one. Esok2 bacakan lagi eh. Saya cairlah dengar suara merdu awak. ;)

My little heart is getting bigger. And I can obviously see my belly is semakin buncit. Hehe. Tapi indah sungguhlah perasaan dapat merasa dan tengok perut buncit saya setiap hari. Lagi 2-3 minggu, mungkin dah boleh rasa my little heart menari-nari. Comelnya. Sabar ya wahai ibu.

"Twinkle twinkle little heart. How I wonder how you are.." :)

Hari sudah larut malam. Sweet dreams people.

Wednesday, February 10, 2010

Bulan ini Bulan cinta

Hari ini hari gembira. Sampai suami pun tanya, apa yang happy sangat ni? Hehe. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya gembiralah. Saya sihat. Boleh makan, tak pening2, tak berapa nak loya. Sekarang ini, tekak dah ubah selera. Nasi2 dah kureng. Kalau boleh setiap hari nak makan western. Paling layan spaghetti meatballs, lasagne, mushroom soup n garlic bread. Nyum2. Tapi roasted chicken, i tak layan. Agak2 muka baby boleh jadi mix tak? Okeh, perasan plis. Mix Jawa Melayu adalah! Keh Keh.

Siapa tonton GLEE? Saya suka sangatlah musical series tu. Sangat best plis. Terasa macam mahu menari lagi seperti zaman dolu2. I think GLEE is the best musical drama I have ever watched. Siapa2 berminat, buka siaran StarWorld (711) jam 9 malam hari Rabu. Pasti tak menyesal. Betul2 punya!!

Jadi, apa lagi. Jomlah tengok GLEE sekarang!

Monday, February 8, 2010

Lagi 4 hari

Owh..oh..oh..Tidak berapa sihat dari malam tadi. Badan sangat lemah, pingang sakit, badan lenguh2 seperti tulang mahu reput, semua akibat muntah2 malam tadi. Dah lah muntah, tak sempat pula nak berlari ke toilet, jadi kamu semua paham2 sajalah. Sambil membersih, sambil nangis, terus sakit pinggang. Jadi tidur malam tadi bertemankan air mata sahaja. Sedih bukan kepalang macam baru putus cinta. Tapi tak apalah, kata orang, morning sickness itu bagus sebagai tanda the baby is responding to you. Fine, anything for you baby. Ibu sanggup asalkan kamu bergembira saja di dalam sana.

Weekend sangat best bila ada teman2 yang sudi meneman. Terasa seperti bujang. Ahaks. Gosip2, kutuk2 sesama sendiri, itu memang aktiviti wajib. Jadi untuk menebus dosa2 silam, sepanjang malam tidur harus ditemani ayat2 al-quran untuk keseimbangan buat baby. Ngeh ngeh. Teori mana ntah, tapi hentam sajelah labu.

Wa sudah tonton Adnan Sempit. Pengaruh rakan2 sebaya. Wa cakap sama lu, memang bestlah filem tu. Ingatkan typical malay movie, tapi skrip dia cukup comel. Sampai wa terikut2 emosi ibarat dalam hati wa ada taman yang indah. Der..

Jumaat ni Pijoi pulang. Yeay! Tapi rumah masih bersepah. Tak tahulah mampu ke tak nak mengemas. Baru bersihkan muntah, sudah sakit pinggang seharian. Kalau bersihkan rumah? Hmm..panggil maid jelah. Haha. Gaya macam duit sekepuk.

Oklah, mahu tidur. Selamat malam dunia.

Thursday, February 4, 2010

Orang Gilak

I just dont understand why I have too worried over so many things. Tak paham dan memang tak pernah paham. Dah macam hobi pun ada jugak. Kalau tak risau sehari, memang rasa tak bahagia agaknya hidup. Kalau saya seorang perdana menteri, definitely for sure, saya sudah menetap di Tanjung Rambutan.

Korang2 yang cool, can someone please teach me how to be cool?
 

Template by Best Web Hosting