Monday, February 8, 2010

Lagi 4 hari

Owh..oh..oh..Tidak berapa sihat dari malam tadi. Badan sangat lemah, pingang sakit, badan lenguh2 seperti tulang mahu reput, semua akibat muntah2 malam tadi. Dah lah muntah, tak sempat pula nak berlari ke toilet, jadi kamu semua paham2 sajalah. Sambil membersih, sambil nangis, terus sakit pinggang. Jadi tidur malam tadi bertemankan air mata sahaja. Sedih bukan kepalang macam baru putus cinta. Tapi tak apalah, kata orang, morning sickness itu bagus sebagai tanda the baby is responding to you. Fine, anything for you baby. Ibu sanggup asalkan kamu bergembira saja di dalam sana.

Weekend sangat best bila ada teman2 yang sudi meneman. Terasa seperti bujang. Ahaks. Gosip2, kutuk2 sesama sendiri, itu memang aktiviti wajib. Jadi untuk menebus dosa2 silam, sepanjang malam tidur harus ditemani ayat2 al-quran untuk keseimbangan buat baby. Ngeh ngeh. Teori mana ntah, tapi hentam sajelah labu.

Wa sudah tonton Adnan Sempit. Pengaruh rakan2 sebaya. Wa cakap sama lu, memang bestlah filem tu. Ingatkan typical malay movie, tapi skrip dia cukup comel. Sampai wa terikut2 emosi ibarat dalam hati wa ada taman yang indah. Der..

Jumaat ni Pijoi pulang. Yeay! Tapi rumah masih bersepah. Tak tahulah mampu ke tak nak mengemas. Baru bersihkan muntah, sudah sakit pinggang seharian. Kalau bersihkan rumah? Hmm..panggil maid jelah. Haha. Gaya macam duit sekepuk.

Oklah, mahu tidur. Selamat malam dunia.

3 comments:

Eyqa Zaque said...

Selamat malam.

^^, said...

Duit sekepuk tu betul dah..dia klu duit berkepuk2 tu yg lagi best....!

Anonymous said...

get well soon...

 

Template by Best Web Hosting