Tuesday, April 27, 2010

Kehidupan Seharian Wa

Sekarang wa rasa macam nak makan orang. Tak..tak..wa tak ngidam nak makan orang, tapi wa lapar gilos. Padahal seharian wa lantak nasi goreng kampung dari breakfast, lunch, dan tea time. Memang tak cukup. Kebetulan laki wa pulak lambat. Lagilah wa geram macam nak makan orang. Tapi wa tak mau makan laki wa sebab laki wa comel sangat. Especially bab pipi. Wa suka nak gigit je. Wawawaawaa.. Sabar2. Ibu mengandung kena banyak sabar sebab wa dah tahu habuan wa malam ni ialah Thai Seafood from Pizza Hut dan garlic bread homemade by laki wa. Tu pasal wa tak leh makan laki wa. Lu mana pandai buat garlic bread. Ngeh2. Wa gurau2 der. Tak leh gurau duk surau.

Pagi tadi wa cuak gilos. Tetiba kawan wa sound dah buat E-filing belum. Dah lah wa lupa password wa. Mana ingat password setahun dulu. Wa call IRB tak angkat. Email tak jawab. Tapi nasib wa baik. Nasib baik wa ingat private answer wa. So setel. Pastu cam biase, wa ingat nak tipu kaw2 punye tahun ni kasi zero payment. Wa malas bayar tax. Sekali isi punya isi, wa tgk tax wa is overpaid. Gilalah. Wa terkejut badak kejap. Wa oter balik suma benda. Dua tiga kali jugak lah wa buat nak adjust2 penipuan. Tapi still ada tax overpaid. Eh wa ni cam tak suka plak leh dapat tax return. Bengong. So last2 wa tak tipu langsung. Wa kasi jujur sejujurnya. Lagipun tulah diri wa sebenarnya. Suci dan bersih. Tapi tengok2 memang tax overpaid rupanya. Wahahhaa. Wa memang gembira tahap cipan aa. Walaupun seciput je, at least wa leh bangga call IRB mintak duit wa. Boleh eksen. Wahahha. Memang gile ibu mengandung ni.

Ok lah der2 sume. Wa nak chow. Baby wa dah meradang kelaparan. Kasi eksesais jalan2 cari makan. Esok2 wa cite pasal arnab mama wa yang comel. Comel gile der. Geram sampai nak makan.

Astalavista Bebeh!

Monday, April 5, 2010

Happy Half of the Journey

Sudah separuh jalan. Masih ada 20 minggu lagi harus diharung sebelum gembira mengendong bayi comel. Tak sabar. Tak sabar. Tapi bila memikirkan saat2 kelahiran, ada sedikit gerun di situ. Nantilah fikir. Bak kata Esah, 'Cross the bridge when u come to it'. Sekarang belum mahu melintas, mahu makan2 saja. Hehe.

Itu bukan gambar terkini. Gambar sewaktu 17 minggu. Tapi bayi comel sudah nampak besar dengan jelaskan? Dari bentuk kacang masa 10 minggu sudah besar hampir sempurna pada 17 minggu. Subhanallah. Tak sabar nak melihat bayi comel 21 minggu Isnin depan. :)

Ibu mengandung pun sudah semakin besar. Makan pun semakin banyak. Kadang2 dinner pun boleh 2 kali round. Haha. Sangat seronok ya makan dan makan. Gemuk? Malas nak fikir. Nanti2 sajalah. Cross the bridge when u come to it kan. Hehe.

Persiapan bayi, masih blur. Tak tahu nak start dari mana. Tapi ada jugalah saya membeli beberapa helai rompers comel untuk bayi comel. Mama bising saya sudah membeli. Masih terlalu awal katanya. Hehe. Maaflah. Tak dapat menahan diri.



Comelkan? Kamu boleh tahan ke melihat benda2 comel begini? Rompers Hungry dibeli sewaktu saya sedang Hungry. Haha.


Semalam, seharian emosional. Hampir setiap masa mahu menangis. Saya rindu Mama sangat2. Heh. Tak malu. Sudah mahu menjadi ibu tapi masih menangis rindukan ibu. Tak kira. Rindu juga. Kata ibu pijoi, "Rindulah, selagi masih ada." Tskk..Tsk..

Ok mahu sambung menangis. Selamat Malam.
 

Template by Best Web Hosting