Itu bukan gambar terkini. Gambar sewaktu 17 minggu. Tapi bayi comel sudah nampak besar dengan jelaskan? Dari bentuk kacang masa 10 minggu sudah besar hampir sempurna pada 17 minggu. Subhanallah. Tak sabar nak melihat bayi comel 21 minggu Isnin depan. :)
Ibu mengandung pun sudah semakin besar. Makan pun semakin banyak. Kadang2 dinner pun boleh 2 kali round. Haha. Sangat seronok ya makan dan makan. Gemuk? Malas nak fikir. Nanti2 sajalah. Cross the bridge when u come to it kan. Hehe.
Persiapan bayi, masih blur. Tak tahu nak start dari mana. Tapi ada jugalah saya membeli beberapa helai rompers comel untuk bayi comel. Mama bising saya sudah membeli. Masih terlalu awal katanya. Hehe. Maaflah. Tak dapat menahan diri.
Comelkan? Kamu boleh tahan ke melihat benda2 comel begini? Rompers Hungry dibeli sewaktu saya sedang Hungry. Haha.
Semalam, seharian emosional. Hampir setiap masa mahu menangis. Saya rindu Mama sangat2. Heh. Tak malu. Sudah mahu menjadi ibu tapi masih menangis rindukan ibu. Tak kira. Rindu juga. Kata ibu pijoi, "Rindulah, selagi masih ada." Tskk..Tsk..
Ok mahu sambung menangis. Selamat Malam.
7 comments:
Ayat mak Pijoi ada sket nada sedih laaa... but so true!
P/s: aku sukaaaa kasut tu Yuli! Sangat precocious! macam kasut org besar2. haha comel
aku rs kalo baby aku pakai, ade sedikit aura nerdy. haha tp comel. aku suke jugak!
mak pijoi mmg suka kasi sentuhan menusuk kalbu huhu mmg sedeylah!
yuli,
kiut gile kasut macam kasut marching! pasni bole laa ko hanta2 baby training marching, bagi masuk RMC, berguru ngan dobi jadi ala2 askar aa..
fuhhh kecik2 comel, nanti2 besa2 macho!!
hehe kiut kan kasut die. alaa..baby aku xyah marching pon nnt dh macho. keh keh perasan;p
yuli, ko jangan kasi pakai rompers tu pastu sarung kasut tu pulak...aiyoyoyo...haha. beli kasut tu, tak thn tu!
salam singgah....
comel la kasut baby tu. suke! hihi.
btw, visit my blog ya. klu suke jd follower ok. tq. :)
www.sigadiscomel.blogspot.com
Post a Comment