Friday, November 2, 2012

November Love

Petang tadi, pergi pasar malam bersama Aidan dan suami. Bila sampai,

Suami: Aidan, Let's go see fish.
Aidan: Yeay, Pish! (sambil campak Ipad)
Us: T___T

Nak luluh jantung kami ok. Nasib baling atas cushion kereta. Heh. Tamat.

Saya suka pergi pasar malam tempat saya. Gerai yang saya paling suka ialah gerai makcik jual sayur dan ulaman kampung macam serai, pucuk paku, nangka muda, petai, etc. Sangat murah dan segar. Dan makcik juga kelihatan gembira. Saya tak tahu kenapa. Tapi saya suka makcik tu. Nampak sangat humble dan baik.

Saya teringin mahu jadi orang yang sangat humble. Tapi kadang-kadang terjadi tak berapa nak humble. Nafsu mungkin. Memang susah nak jadi baik dan berbuat baik. Tapi masih boleh mencuba.

Bulan November dah tiba. Saya suka bulan November. Bulan cinta dan bahagia. Haha. Semoga kamu-kamu juga merasa bahagia dan cinta setiap hari. :)


1 comment:

AimihAyy said...

Bulan Nov.

Bulan cinta dan bahagia buat saya juga.

=)

 

Template by Best Web Hosting