Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Semalam hari yang malang. Dompet Pijoi tercicir di tepi jalan. Habis licin semua duit. Sampaikan duit kenang-kenangan nzd10 dan ringgit lama rm10 pun lesap. Memang tak kasi can.Kalau malang itu berbau busuk seperti kentut kan senang. Mesti dompet Pijoi tak tercicir sebab Pijoi memang pantang kalau pasal kentut. Haha. Dugaan sungguh bulan ini. Subhanallah.

Kelmarin I had 1 to 1 dating with my boss. Mula2 just talk about my career path dan tetiba melencong pula kepada my frustration working in the company. Dengan kebendulan yang tuhan anugerahkan kepada saya, maka dengan jujurnya saya luahkan apa yang patut. Tak sangka pula hari ini, bos saya boleh menyuarakan complain saya kepada big-big boss. Huhu. Kata kawan saya, "femes emes la u!" Dem! Sure saya kena banned lepas ni. Kutuk company sendiri tak beragak. Haha. Nasiblah labu. Kata orang terlajak kereta boleh gostan, terlajak kata, terimalah padahnya.Cuak tu cuaklah jugak, tapi bila fikir, objektif utama saya kerja nak menyara hidup, bukan nak jadi robot. Heh.

Siapa suka drama Nur Kasih macam saya? Saya marathon 9 episod sampai bengkak2 mata. Kalah cerita hindustan ok. Tak tahulah sebab saya tengah sensitif atau saya memang emo. Haha. Uda kata saya memang suka cerita ala2 novel macam tu. Tapi betullah. Siapa boleh tahan kalau ada hero macho macam Adam tu. Terus terasa macam Nur Aminah. Sampai ofismate panggil saya Nur Aminah pun saya boleh toleh. Haha. Taksub bebenar.

Esok dah puasa. Jadi saya nak ambil kesempatan mohon ampun dan maaf daripada semua jika ada terlanjur kata, tergosip, dan macam2 lagi ter lah. Maaf ya. Selamat berpuasa semua!;D

Monday, August 10, 2009

I'm lazy on monday blues

Merrill Douglass said "Time is life. To waste your time is to waste your life." Today, I feel like I have thousands of free time to be wasted. It is not clever to not to enjoy it kan? Haha. The truth is I'm lazy. Monday blues people. Like always. Heh.

Sungguh tak percaya that FB is not that hebat. I thought I can easily send messages to all my friends with just one click. But as the above statement, FB needs hundreds of clicking to send messages to all my friends. Luckily, I managed to do it. Itu pun lepas kena bebel with Pijoi which told me to stop whining and just do it. Haha. Amik ko!;p

Everything is on track, I could see. I am blisfully happy though a bit tiring of the non-stop weekend-travelling for the past 1.5 months. But afterall it is worth it.


My DIY bunga pahar is 100% done. Yeay! Sungguh lega selepas beberapa bulan buat benda ni. And I just love of whateva it looks like cause I am satisfied with my hardwork (tho 50% is my mom's;p). Haha. Self proclaimed.


The doorgifts and goodie bags is 40-45% done with the mission to be completed during Hari Raya. Luckily, I have bff yang rajin, baik hati, cute, cun, etc yang selalu menolong. Maseh Lings;)


And lastly, kad dah siap everyone!! Wohooo! Aku nak kahwin dah!;p Walaupun sebenarnya ada sedikit kecacatan pada layout undangan sebab saya tak pergi check, tapi tak mengapalah. Redha sajalah. Dah siap dah pun kan. So note to other bride-to-be, check every single details of your wedding card. Bukan ejaan saja ye;p


So here, me & Pijoi would be honoured if you guys could send me the mailing address for the invitation card. I did send personal messages to some of you but takut2 ada mana2 yang missing, so jangan segan to give me or Pijoi your address ok;) Thanks.

Me: nuryuliana@yahoo.com
Pijoi: crowded_cell@yahoo.com

Friday, August 7, 2009

Wedding Cake

Saya selalu mengimpikan kek kahwin saya bertingkat2, besar, dan cantik seperti kek Martha Stewart. Tapi itu impian jela. Kenyataannya, mana mampu weh. Haha. Kang ada yang makan pasir lepas kahwin sebab nak kek gah punya pasal;p

Walaupun, saya teringin nak kek fondant yang sangat cool dan comel tapi disebabkan saya ini seorang yang praktikal dan tahu kek fondant atau icing atau dummy cake itu tidak sedap dan dummy cake of course tak boleh makan, maka criteria utama kek saya mestilah kek buttercream. Saya suka gila ye tuan2 dan puan2 kek besday yang setengah kilo harganya belasan ringgit kot. Ntah dah lama tak beli. Dulu rm10 je. Mungkin dah naik harga. Tapi saya tahu kek itu tersangatlah tak cantik dan comot.

One day, I was accidentally bumped into this creative lady with her cakes and cuppies. Dalam website sajelah tapi. MasyaAllah. Sangat perfect dan cantik dan creative. I love all her works. And to be surprised, she just uses buttercream for all her cakes deco. But it turns out so beautiful. I could imagine that she is another Bree Desperate Housewives in reality. Haha.

Unfortunately, she stays in Seremban thus wont able to bake a wedding cake for me. And how on earth I could fine someone like her in JB? Anyone ada suggestion? Oh ya, harga mestilah affordable ye;p

My all time favourite - Simple yet nice, buttercream cake by RatuKek

Thursday, August 6, 2009

Lapar!!!

Saya lapar yang amat. Dah berbungkus2 layer cake dan Cheezels yang tak sihat saya makan sampai saya rasa otak saya sedikit sakit dipenuhi bahan pengawet Cheezels. Blame Johnny's untuk lunch yang tak sedap. Tapi sebenarnya, saya dah tak tahu nak makan apa di OU sana. Nak yang affordable dan lazat sebab itu saja yang termampu, tapi hampir semua kedai yang affordable saya dah boleh bayang rasa masakannya everytime saya fikir mahu makan apa. Haih. Kalau saya empunya fulus yang banyak, mahu saja saya masuk ke Chillis, TGI Fridays, dan Pizza Hut. Yes, pizza is too much luxury for daily lunch. Bagi saya lah. Kesimpulannya, tak mampu, jadi jangan cerewet. Fullstop.

Weekend lepas pulang ke Taiping. Dapat juga akhirnya makan cempedak goreng dengan banyaknya sampai perut banyak angin. Tak apa. Saya puas hati. Hati pula berbunga2 bila kawan ibu Pijoi minta resepi Tiramisu daripada saya. Itu resepi Neng sebenarnya. Saya pula yang dapat nama. Hehe.

Sempat juga jumpa Adam sekejap. Adam dah pandai ketawa dan semakin besar dan berat. Perut pun makin buncit. Comel! 7kg untuk baby berusia 3 bulan sangat besar kan? Hehe

Mahu makan Chong Chun Fan malam ini. Harap2 boleh pulang awal. Haih.
 

Template by Best Web Hosting