Friday, October 8, 2010

Drama Mama

Dulu masa kecil, selalu tak faham kenapa mama selalu marah saya bila saya buat salah. Silap haribulan, kadang-kadang biru lah kaki kene cubit. Saya selalu cakap kat mama, "Mama tak sayang Along." Tapi semakin besar dan dewasa, saya semakin faham dan tahu betapa sayangnya seorang ibu itu kepada anaknya.

Dulu, masa saya tengah mengandung, saya selalu cakap, "Jangan manjakan sangat anak. Kena biasakan tidur katil sendiri, kena latih itu dan ini, dan macam-macamlah lagi." Tapi sekarang, saya seperti lupa dengan kata-kata saya sendiri.

Minggu lepas, saya pulang ke rumah Damansara untuk hujung minggu. Oleh sebab, katil tidur saya bersaiz Queen saja, maka saya tidak berapa berani nak tidur bersama Aidan di atas katil. Mana tahu Aidan dihempap oleh Pijoi, nangis saya. Hehe. Jadi Aidan saya tidurkan di atas katil sendiri. Aidan nampak seronok tidur di atas katil sendiri sampai tak perlu didodoi macam selalu. Letak saja, and eventually dia akan tidur sendiri. Tapi yang peliknya, saya yang tak boleh tidur. Boleh terjaga dari pukul 2 pagi sampai pukul 5 pagi. Yang saya buat sepanjang 3 jam itu hanyalah tengok Aidan tidur. Rasa rindu sangat macam tak jumpa seminggu. Memang tak boleh duduk diam. Rasa nak ambil, peluk dia tapi saya kuatkan hati. Hari kedua, kurang sedikit perasaan tak tentu arah. Mungkin kepenatan seharian berjalan. Jadi, waktu subuh, lepas menyusukan Aidan, terus saya letak dia di katil kami. Hehe. Kesimpulannya, mana ada ibu yang tak sayang anaknya.

Itu perkara tidur. Belum lagi, risau Aidan digigit nyamuk, Aidan demam, Aidan cirit-birit, etc. Punyalah risau, tuhan je yang tahu. Heh.

Ahad ni, sudah mahu pulang ke KL. Ada sedikit campur-baur perasaan saya. Excited, nervous, sedih. All in one lah. Sedih nak pisahkan Aidan dengan Grandma and Tok Ayah dan pastinya saya mesti rindu nak tengok Tok Ayah dan Grandma main-main dengan Aidan. Nervous untuk jadi seorang ibu dan isteri tanpa bantuan orang lain. Excited nak jumpa kawan-kawan dan hidup hanya kami bertiga dalam satu rumah.

OK, cukup-cukup. Moga-moga saya mampu pikul tanggungjawab ini dengan baik.

3 comments:

eL said...

i know you will do well insyaAllah
i just know
may Allah ease everything for you and the family :)

Farhana said...

i am sure you can do it.. it is easy to understand 'how to be a young mother' by looking at ur blog lah akak..inspiring tul!

~ said...

Thanks korang for the support;)

 

Template by Best Web Hosting