Friday, January 21, 2011

Random #1

Setiap kali pulang lewat dari ofis, otak dah asyik fikir anak. Mesti anak tengah tunggu sampai tertidur, ntah-ntah anak nangis rindu, anak itu, anak ini, semua pasal anak. Rasa bersalah bukan main. Bila dah boleh pulang, rasa macam nak terbang terus sampai depan pintu rumah pengasuh. Bila dah rasa begitu, mulalah jalan dah macam nak marathon, bawa kereta dah macam kat litar sepang. Siapa lambat, sumpah kena maki. Sungguh tak tahu macamana boleh ada perasaan sayang yang tak terhingga ni, tapi saya bersyukur tuhan bagi saya perasaan sebegini. Sangat membahagiakan.

A friend of mine did ask me, senang tak kawen? Siapa kata kawen tu senang, nak buat anak pun susah ok. Hehe. Saya bagi contohlah. Benda yang agak challenging masa baru kawen ialah tinggal sebumbung. Walaupun dulu, setiap hari jumpa, tak sabar-sabar nak hidup bersama, tapi lain ok bila dah kawen. Ingat senang ke nak sharing tengok tv sama-sama. Contoh, isteri nak tengok hindustan, suami pulak benci sungguh drama melayu dan hindustan, tapi tv ada 1 macamana tu? Lepas tu, katalah suami tak suka sangkut tuala lepas mandi, tapi si isteri pulak pantang tengok tuala basah atas katil, hah, apa nak buat? Susah ke senang? Itu baru sikit, kalau kena suami yang tak suka isteri kemas rumah sebab dia memang suka rumah sepah, lagi lah pening. Tapi itu semua lumrah hiduplah. Bergantung pada diri sendiri, macamana nak belajar terima. Ini belum lagi pasal keluarga, duit dan macam-macam lagilah. Pada saya, semua benda ada cara penyelesaiannya. Selalu bertolak ansur, jangan terlalu berkira, dan selalu berbincang. Oh, jangan fikir saya arif. Saya masih setahun jagung. Saya pun masih lagi belajar. Mungkin tanya orang tua lagi bagus.

Talking about berkira, saya kurang senang dengan orang berkira ni. Tak kisahlah duit ke bukan duit ke. Kalau berkira sangat bab duit, memang haji bakhil lah namanya. Ini bakhil yang setakat 20 sen pon nak bising. Huh. Menyampah ok. Kalau nak mintak tolong pun susah sebab dia kata "aku tak pernah pun susahkan orang". Hello, ingat hidup kau senang je ke sampai mati!! Sekali tuhan nak balas, kaya atau berkeluarga baik-baik pun, kau mesti hidup tak senang. Lagi malang, bila orang dah doa tak baik untuk kau, terus kau menyusahkan semua orang. Hamek! Eh tetiba emo pulak. Insiden berlaku, tak delah kaitan dengan diri saya, tapi biasalah, suka menyibuk nak emo juga.

Sekarang tengah makan donut. Semalam pun makan donut. Donut daripada titik peluh sendiri bukan dari peluh JCO ataupun Big Apple. Puas hati bukan main. Dah lama teringin nak makan donut buatan sendiri dari dulu, tapi malas bukan main, sekarang baru dapat. Nasib terjumpa resepi yang lazat. Betullah kata suami, habislah tetiap hari saya makan donut. Kah Kah. Nasib badan.

Friday, January 14, 2011

Stress tak guna!

Stress memang membawa padah. Bukan saja boleh sakit otak, malah jiwa, hati, perasaan dan fizikal sekaligus. 2 minggu lepas memang stress kerja. 8 hari kerja berturut-turut, hampir 12 jam sehari, memang sangat meletihkan. Mujur dah habis. Boleh bersenang-lenang sehingga minggu depan. Jangan jeles, minggu depan hanya kerja 2 hari saja. Hehe.

Tapi impak stress masih lagi terasa. Semakin hari produktiviti susu semakin berkurangan. Sangat menyedihkan. Kalau 2 minggu lepas saya baru saja berlagak dengan suami dengan bekalan susu yang agak banyak, sekarang, hati sentiasa berdebar-debar samada produktiviti susu hari ini cukup untuk esok. Sobs. Memang menyedihkan. Hati masih mahu menyusukan anak kesayangan lagi. Tak mahu dia minum susu lembu banyak2. Nanti banyak lemak tak sihat. Tak Mahu!!!

Dah beberapa hari giat makan pil Fenugreek smpai suami kata saya berbau kari *sobs*, minum susu Anmum, minum air bergelen-gelen, tapi susu tidak sebanyak dulu. Tengoklah minggu depan macamana. Kalau masih begini, mungkin dah tak ada rezeki.

Jom suami pergi mengopi sambil makan pencuci mulut yang lazat? Mungkin boleh menghilangkan stress dan menambahkan susu. Hihi. Boleh juga mengubat hati yang lara.

Tuesday, January 11, 2011

Aidan's First Solids

Aidan dah start excited for foods since he is 4 months. Setiap kali kami makan, dia tak jemu-jemu merenung makanan yang kami makan. Jadi sejak 4 bulan, Aidan dah mula merasa sikit-sikit makanan. Aidan dah try rasa fruits, sirap, ice cream, and even mocha. Haha. Tapi dia tak suka mocha, lalu muntah. ;p

Last month, my instinct still said that Aidan is yet ready. But now, saya yakin he is ready for solids. Lagipun, Aidan dah tunjuk most of the signs yang dia sudah ready. Bangun malam 5 kali sebab lapar, adalah sangat obvious. Mummy pun pengsan. @~@

So, last Sunday, I bought rice cereal for him. Since kat rumah ada orange saja, so saya perahkan juice orange in the cereal. Bagi rasa-rasa limau gitu. Hehe. Dan saya baru tahu, memberi makan to your own baby adalah sangat mengujakan. Boleh jadi ibu yang terlebih excited sampai makanan yang pertama tercampur dengan susu ibu basi. Haha. Bad Mummy!;p
Jadi nasihat kepada ibu-ibu, jangan over excited. Kalau over excited, suruh suami rasa dulu makanan bayi yang pertama. Haha.


Sekian.

A Year Older.


Terima kasih tuhan untuk segala nikmat.
Terima kasih untuk semua kebahagian.

Monday, January 3, 2011

One after another

Another kematian in hubby's family. We are going back to Taiping tonight. Pak Lang Pijoi meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Sunday, January 2, 2011

Another Reminder

When you're kind to someone in trouble, you hope they will remember & are kind to someone else, & it will spread like wildfire - Islamic Thinking from Marliza's Twitter

Sangat benar yang sebenar-benarnya. Orang Melayu pun selalu pesan, "Jangan jadi kacang lupakan kulit." Life is like a wheel. Kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. Tak kiralah orang kaya harta menggunung ke, keluarga baik-baik berketurunan raja ke, semua mesti ada masalah.

I had quite a hard time during my childhood life. I've seen and met so many people. Ada yang baik selalu tolong orang, ada yang kurang baik, muncul waktu susah, hilang bila dah senang, dan ada yang menjengkelkan, sombong sepanjang masa. Dulu, I always asked my Mom, "Kenapa Ayah perlu tolong orang tu? Bila susah sibuk jual muka, bila dah senang hilang ntah ke mana." Tapi, Mama jawab, "Biarlah. Anak, Bini dia tak salah. Biar tuhan je yang balas." Heh. I wish I have a kind heart like my Mom. But I'm not lah kan.

Tapi, I still believe in Karma. Whatever that we do, mesti tuhan balas. Kalau orang buat jahat kat kita, tak semestinya tuhan balas jahat kat orang jahat tu, tapi kadang-kadang tuhan beri yang lebih baik untuk kita.

Whatever it is, buat baik berpada-pada. Jangan sampai orang pijak kepala. Kalau orang dah berbudi, jangan pulak buat-buat lupa. Hehe
 

Template by Best Web Hosting