Friday, January 14, 2011

Stress tak guna!

Stress memang membawa padah. Bukan saja boleh sakit otak, malah jiwa, hati, perasaan dan fizikal sekaligus. 2 minggu lepas memang stress kerja. 8 hari kerja berturut-turut, hampir 12 jam sehari, memang sangat meletihkan. Mujur dah habis. Boleh bersenang-lenang sehingga minggu depan. Jangan jeles, minggu depan hanya kerja 2 hari saja. Hehe.

Tapi impak stress masih lagi terasa. Semakin hari produktiviti susu semakin berkurangan. Sangat menyedihkan. Kalau 2 minggu lepas saya baru saja berlagak dengan suami dengan bekalan susu yang agak banyak, sekarang, hati sentiasa berdebar-debar samada produktiviti susu hari ini cukup untuk esok. Sobs. Memang menyedihkan. Hati masih mahu menyusukan anak kesayangan lagi. Tak mahu dia minum susu lembu banyak2. Nanti banyak lemak tak sihat. Tak Mahu!!!

Dah beberapa hari giat makan pil Fenugreek smpai suami kata saya berbau kari *sobs*, minum susu Anmum, minum air bergelen-gelen, tapi susu tidak sebanyak dulu. Tengoklah minggu depan macamana. Kalau masih begini, mungkin dah tak ada rezeki.

Jom suami pergi mengopi sambil makan pencuci mulut yang lazat? Mungkin boleh menghilangkan stress dan menambahkan susu. Hihi. Boleh juga mengubat hati yang lara.

No comments:

 

Template by Best Web Hosting