Friday, January 21, 2011

Random #1

Setiap kali pulang lewat dari ofis, otak dah asyik fikir anak. Mesti anak tengah tunggu sampai tertidur, ntah-ntah anak nangis rindu, anak itu, anak ini, semua pasal anak. Rasa bersalah bukan main. Bila dah boleh pulang, rasa macam nak terbang terus sampai depan pintu rumah pengasuh. Bila dah rasa begitu, mulalah jalan dah macam nak marathon, bawa kereta dah macam kat litar sepang. Siapa lambat, sumpah kena maki. Sungguh tak tahu macamana boleh ada perasaan sayang yang tak terhingga ni, tapi saya bersyukur tuhan bagi saya perasaan sebegini. Sangat membahagiakan.

A friend of mine did ask me, senang tak kawen? Siapa kata kawen tu senang, nak buat anak pun susah ok. Hehe. Saya bagi contohlah. Benda yang agak challenging masa baru kawen ialah tinggal sebumbung. Walaupun dulu, setiap hari jumpa, tak sabar-sabar nak hidup bersama, tapi lain ok bila dah kawen. Ingat senang ke nak sharing tengok tv sama-sama. Contoh, isteri nak tengok hindustan, suami pulak benci sungguh drama melayu dan hindustan, tapi tv ada 1 macamana tu? Lepas tu, katalah suami tak suka sangkut tuala lepas mandi, tapi si isteri pulak pantang tengok tuala basah atas katil, hah, apa nak buat? Susah ke senang? Itu baru sikit, kalau kena suami yang tak suka isteri kemas rumah sebab dia memang suka rumah sepah, lagi lah pening. Tapi itu semua lumrah hiduplah. Bergantung pada diri sendiri, macamana nak belajar terima. Ini belum lagi pasal keluarga, duit dan macam-macam lagilah. Pada saya, semua benda ada cara penyelesaiannya. Selalu bertolak ansur, jangan terlalu berkira, dan selalu berbincang. Oh, jangan fikir saya arif. Saya masih setahun jagung. Saya pun masih lagi belajar. Mungkin tanya orang tua lagi bagus.

Talking about berkira, saya kurang senang dengan orang berkira ni. Tak kisahlah duit ke bukan duit ke. Kalau berkira sangat bab duit, memang haji bakhil lah namanya. Ini bakhil yang setakat 20 sen pon nak bising. Huh. Menyampah ok. Kalau nak mintak tolong pun susah sebab dia kata "aku tak pernah pun susahkan orang". Hello, ingat hidup kau senang je ke sampai mati!! Sekali tuhan nak balas, kaya atau berkeluarga baik-baik pun, kau mesti hidup tak senang. Lagi malang, bila orang dah doa tak baik untuk kau, terus kau menyusahkan semua orang. Hamek! Eh tetiba emo pulak. Insiden berlaku, tak delah kaitan dengan diri saya, tapi biasalah, suka menyibuk nak emo juga.

Sekarang tengah makan donut. Semalam pun makan donut. Donut daripada titik peluh sendiri bukan dari peluh JCO ataupun Big Apple. Puas hati bukan main. Dah lama teringin nak makan donut buatan sendiri dari dulu, tapi malas bukan main, sekarang baru dapat. Nasib terjumpa resepi yang lazat. Betullah kata suami, habislah tetiap hari saya makan donut. Kah Kah. Nasib badan.

6 comments:

Farhana said...

okay.. kahwin mcm susah.. hahaha.. conclusion akak???

^^, said...

nape dah tade chat box? sedihnyeeee sedih sangat OMG sangat sedih sobs sobs sobs...tisu ade?

~ said...

fana: eh die yg nk kawen, tanye kite plak. hehe tanyelah diri, dh ready ke utk kepayahan yg membahagiakan?

esah: dh berkurun kot takde chat box sbb aku nyampah tgk advert yg ntah pape. hehe bile nk update cite2 lawak? sobssss sobss. lagi sedey.

^^, said...

Haha. jiwa melawak tengah merudum skrg...kena tunggu ia kembali semula haha.

~ said...

aku doa biar ko cepat kawen. hrp2 lps kawen, jiwa melawak dpt dikembalikan. jgn lps ni alasan ko busy plak sudah, mmg aku sekeh ko! haha

^^, said...

haha ko la update cpt...Random #2 plak yulsss

 

Template by Best Web Hosting