Tuesday, February 1, 2011

Zaman muda-mudi Remaja

Hubby told me that he misses life as a student. Ya hidup zaman muda-mudi remaja yang sangat menyeronokkan. No stress, no money, but extremely happy. Apalah sangat stress nak exam dibandingkan dengan stress kerja. Stress kerja adalah 10x ganda stressnya. Heh.

Seronok kalau ingat semula zaman muda-mudi remaja. Hidup makan duit kerajaan, cukup-cukup utk makan dan hidup sendiri. Tak mewah tapi seronok. Unagi sushi roll yang $3 pun sudah cukup menggembirakan hati. Tak perlu Sushi Zanmai atau Sakae Sushi yang berpuluh-puluh hengget macam sekarang.

Shopping groceries juga adalah antara aktiviti yang seronok walaupun hampir semua barang groceries yang dibeli cuma jenama 'basic' (brand ala-ala Giant & Tesco). Beras basic, roti basic, fresh milk pun basic. Kata hidup makan duit kerajaan, mana mampu nak hidup mewah. Hehe. Tapi jenama semua tu tak penting, yang penting keseronokkan bershopping groceries bersama kawan-kawan. Sekali lagi, jenama itu tak penting, yang penting semua makanan yang dimasak adalah lazat dan mengenyangkan.

Seronok ingat zaman muda-mudi bila lepas waktu exam. Masing-masing sibuk merancang percutian. Mahu ke sana-sini tapi tak ada wang. Jadi perlu kerja sambilan dan perlu merancang percutian untuk kurangkan pembaziran duit dan masa. Paling seronok bila perlu memandu berjam-jam sambil mengikut peta dan sampai ke destinasi. Rasa macam dalam misi mencari harta karun. Hehe. Penat tapi puas.

Masih ingat keseronokkan waktu lapang. Tulis saja status YM "Jom Starbucks!" atau "Jom mengopi" pasti ramai yang membalas. Tidak perlu buat appointment sebulan sebelum untuk mengopi. Tidak perlu banyak tanya mahu ke mana. Semua pasti tahu di mana dan ke mana.

Paling seronok, bila masing-masing luangkan masa main Unocard, daun terup, tengok movie yang didownload, atau bergosip kosong. Satu hari satu malam bersama pun rasa tak puas. Terlalu seronok untuk ditinggalkan.


Terlalu banyak seronok hidup zaman muda-mudi. Hidup yang tidak berduit tapi ada banyak masa untuk berseronok. Hidup tak ada komitmen, jauh terpelosok di tempat orang, tapi masih terasa kehangatan berkeluarga. Itu zaman muda-mudi saya yang sangat seronok and I'm glad I had the best in my life. :)

Banyaknya perkataan seronok, adakah saya terlalu rindu untuk berseronok?

5 comments:

iqbal said...

miss those moments too... miss all the people as well... sigh...

fizzzzzzzzzzzz said...

sumpah aku tros teringat moment2 yg sgt menyeronokkan di nz!!!!

zaman bercinta apatah lagi ehehe

^^, said...

hmm betul3. rindunya zaman stress-free itu.

~ said...

sobsss...knape skang hidup stress je? haih

Anonymous said...

Masa remaja? aku tiada masa remaja. gelap. sbb takde org nk berkawan dgn aku:(

 

Template by Best Web Hosting