Boleh histeria tengok baju selonggok macam ni. |
So how's your Ramadhan going? Saya rasa sangat best berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Tahun ini rasa lebih tenang. Lebih-lebih lagi bila 3-4 hari yang lepas saya ada sedikit murung. Biasalah hidup mesti ada cabaran dan dugaannya. Moga Allah terus beri ketenangan jiwa kepada saya. InsyaAllah.
Tahun ni ada azam Ramadhan. Eceh.
1) Tak mahu tidur lepas sahur.
2) Nak selalu masak for iftar walaupun on weekdays.
3) Terawikh berjemaah dengan suami.
As of now masih berjaya. Tapi harini macam ada ngantuk2 sikit. Huhu. Bertahan Yuli bertahan! Terawikh juga masih on walaupun mencabar. Budak kecik tulah. Saja cari pasal. Time kami sembahyang tu lah dia nak park walker truck die depan sejadah, naik belakang Abah time nak sujud, duduk atas riba Abah time duduk antara dua sujud, dan macam-macam lagilah. Yang paling best, dia ketuk kepala Abah dengan cast kaki dia yang kitorang dah bukak. Sumpah tak boleh tahan gelak time tu. Dah laa dah rakaat terakhir, tinggal nak bagi salam saja. Sabar jelah anak oi! Hehe. Itulah dia ragam budak kecik ketika Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan semua. :)
No comments:
Post a Comment