Orang kata saya manja. Dulu saya tak faham. Kenapa saya dicop manja sedangkan saya mampu untuk hidup berdikari walau dicampak ke mana pun (hutan tak termasuk dalam list. Sekian.). Tapi sekarang saya sudah faham. Orang kata saya manja sebab saya terlalu rapat dan manja dengan Mama.
Dulu saya tak pernah sedar, telefon Mama setiap hari adalah pelik bagi mereka. Saya juga tak sedar, di saat2 akhir sebelum kahwin, saya masih mengheret Mama ke sana ke mari untuk buat keputusan. Saya sangat tidak sedar sehingga kakak Spa menegur saya tadi. Jadi sekarang, saya rasa sedih. Esok, tanggungjawab saya sudah lebih kepada suami. Bukan lagi Mama. Esok, keputusan di tangan suami. Bukan Mama. Dan mungkin esok dan hari seterusnya, satu persatu aktiviti saya dan Mama akan semakin berkurangan. Selepas 24 tahun, esok adalah segalanya. Kesedihan dan kegembiraan yang bercampur-aduk.
Ahh. Saya terasa poyo sekarang tapi saya memang sedih. Dan sekarang saya sudah tahu apa yang paling saya takutkan selama ini.
Mahu menangis puas2 sebelum majlis boleh?
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment