Malasnya..malasnya nak tulis blog. Tapi kadar kemalasan yang lain seperti memasak, mengemas rumah, dan berjalan sudah semakin pulih. Bagus2. Improvement! Kemalasan kemas rumah terpulih lepas tengok Dalil Cinta Sabtu lepas. Insaf kejap. Dah laa minah MYEG nak ngorat suami saya melalui telefon. Time keje pun menyempat nak ngorat. Cissss. Kurang asam betul. Saya doakan minah MYEG tu tak cun langsung supaya senang hati ibu mengandung ni. Haha.
Ahad adalah hari yang sangat produktif. Bangun2 tidur, terus semangat2 nak kemas rumah. Especially bilik terbiar yang dah macam stor. Dengan bantuan suami yang penyayang ni (eceh) bilik tersebut menjadi bilik yang aman bersih dan mendamaikan. Mungkin lepas ni boleh tambah 1 almari buku yang tinggi, so sempurnalah untuk jadi bilik bacaan mungkin atau bilik belajar untuk baby. Ada ura2 nampak nak jadikan anak sendiri seorang nerd. Isk..no no. Itu tak cool namanya.
Kemudian, terus ke majlis kahwin Haz dan Izu. Janji dengan kawan2 pukul 12 tghari mahu gerak, tapi seperti biasa, pukul 12 = 1.30 petang. Haha. Nasib sempat sampai time semua kawan2 masih di situ. Kalau tidak, hampa.
Lepas berseronok di majlis kahwin Haz dan Izu, terus bergegas ke Nilai 3. Kononnya bertekad bulan ini mahu berjimat. Tapi rupa2nya, Nilai 3 itu best. Sempat merembat 1 karpet, 2 paintings, dan buluh2 hiasan. Memang tidak sedar diri sungguh yang diri sudah sangat rabak. Untuk rumah cun punya pasal, sangguplah! Sekarang barulah rasa seperti rumahku, syurgaku. Hehe. Dah kaya sikit nanti, pasti akan singgah lagi. Masih banyak yang harus dirembat.
Saturday was very exciting day. Why? Because I can feel the baby's kicks already. Mula2 rasa cam terdiam kejap. Ala2 terpempan lah. Pastu fikir. Betul ke baby tendang? Then bila rasa lagi banyak2 kali baru confirm. Yes! Memang betullah. Ngeh ngeh. Rasa macam ada buble2 kecil kat bawah perut. Hehe. Seronok betul plis! Then baca babycenter.com, memang confirm abislah. Alhamdulillah, at 16w and 2 days, I can feel already. So confirmlah jugak perut I tak banyak lemak u ols. Haha. Ok2 mummy loves you baby. Selalu2lah menari ya so that mummy knows you're happy in there;)
Azam weekend ni: Mahu pergi check up!! Suami, jom!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment