Esok dah hari ke 39. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru sakit-sakit, terkedek-kedek berjalan ke labour room. Laju sungguh masa berjalan. Dan lagi 30 hari, dah mula masuk ofis. Benci benci benci. Lagi benci bila fikir kena tinggal bayi comel ni kat baby sitter. Pandai ke baby sitter tu nak tidurkan bayi comel? Rindu tak bayi comel kat mama? Nguuu. Tak mau fikir. Benci!
Perasan tak ada perubahan di sini? Oh. Saya memang dah selim. Cuma seluar jeans dan seluar-seluar yang sewaktu dengannya, langsung tak muat. Sedih ok. Jeling kat perut, lagi bertambah sedih. Tak cukup iman, boleh histeria. Heh. Tapi bukan perubahan yang itu saya maksudkan. Ehem ehem. Cantikkan blog saya sekarang? Bertambah ceria, bertambah kreatif. Nasib baik ada cik abang yang hebat dan macho. Kalau tak, sampai mati saya tengok burung hantu je. Huhu. Maseh ye yang. Nanti dah bosan, kite tukar yang lain pulak. ;p
Oklah. Sila menjamu mata ya. Enjoy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment