Friday, September 24, 2010

Tak Boleh Tidur.

Excited tunggu suami pulang sampai tak boleh nak tidur. Rasa macam dah lama tak jumpa. Padahal baru 5 hari. Rindu hokey. Sekarang baru faham kenapa Mama selalu nangis2 bila hantar ayah ke airport. Dulu gelakkan saja. Sekarang, hamik ko. Rasakanlah!! Orang single-mingle sure tak paham. Nantilah, tunggu kamu kahwin dulu ya. Huhu.

Tak sabar tunggu hari esok. Mahu pergi kenduri kahwin di Simpang Renggam. Sebenarnya, bukan tak sabar mahu tengok pengantin. Tapi tak sabar nak dress up kan Aidan comel2. Aidan kan ada baju baru. Kih Kih. Sindrom mak-mak memang camni ke? Ingat Aidan tu barbie doll ke? Heh.

Esok mesti ambil gambar. Harus bukan wajib. Kalau wajib, hangat2 taik ayam, berdosa namanya. Seronok tengok gambar baby orang, baby sendiri haprak. Malas ok. Malas. Lagipun muka Aidan dah terpahat di hati. Rasa gambar macam kurang perlu. Eceh. Alasan orang malas. Hehe. Aunties, Uncles, nanti Aidan balik KL tolong snapkan banyak gambar2 comel, okeh?

3 comments:

AimihAyy said...

frustrated that Aidan made his first appearance to public in Simpang Renggam.

But nvm, baby secomel Aidan deserves millions of pics to be snapped from my camera. cant wait! =)

~ said...

Pijoi kate, jgn risau aidan masih "suci". haha
Yeay yeay! cant wait!;)

AimihAyy said...

hehe. glad dat u guys are sooo understanding and faham what i meant. yeay can't wait! thx sbb simpan kesucian aidan for aunties and uncles in KL. =)

 

Template by Best Web Hosting