Thursday, March 10, 2011

Apek Kunci

This was happened during Fiza's wedding day. To be exact, the bad incident happened around 6.30pm at Teluk Kecai. Mungkin hubby terlalu kenyang dengan laksa, ABC dan laksam. Maka insiden tertinggal kunci kereta dalam bonet berlaku semasa hendak memasukkan stroller bayi ke dalam bonet. Di tambah dengan kecanggihan kereta zaman moden, untuk membuka bonet, hanya perlukan kunci tanpa perlu menekan butang unlock. Memang bijak sebab boleh buat banyak insiden tertinggal kunci dalam bonet berlaku. Bravo Honda. Heh

Sebab kecanggihan kereta zaman moden juga, tak ada siapa berani nak mencuba buka kereta saya. Jadi idea terbaik, panggil saja locksmith. Lama juga tunggu locksmith datang. Dalam hati, mungkin jauh agaknya. Sekali tengok, yang datang adalah Apek tua with his motor kapcai. Sempoi habis.

Tengok sepintas lalu, memang meragui kehebatan Apek kunci. Lagi cuak bila lama gila dia cuba nak bukak bonet kereta tapi akhirnya terkandas. Apek kunci tetap tak mahu mengalah. Minta izin nak bukak pintu depan. Hati dah cuak abis. Mintak2 tak rosak pintu kereta saya. T_T Bak kata suami, no choice. huhu Jadi, tawakkal sajalah.

Memang lama juga tunggu apek kunci berusaha. Daripada senja sampai gelap. Siap kene guna lampu HP Apek kunci. Maka ramailah orang lalu-lalang yang beramah-mesra, tanya kenapa. Makcik-makcik pon sibuk nak amik tahu. Siap boleh sound "Habislah lingkup". Haih. Sungguh mesra dan bersopan orang kita kan? Baik2 rasa syak wasangka kepada kebolehan apek kunci, terus rasa kasihan. Apalah salah Apek kunci. At least Apek kunci berjaya tunjukkan yang
dia memang hebat. Siap boleh betulkan balik tempat kunci tu ok. Bravo Apek kunci walaupun saya lesap RM120. T_T

Tak apalah. Dah memang rezeki Apek kunci. Yang penting, apek kunci tak menyibuk nak mengata orang. Terima kasih buat kawan-kawan yang bersusah payah menolong dan teman tunggu apek kunci sampai selesai. Lain kali ingat, jangan membazir bayar RM120 kat Apek Kunci, ye darling Hubby?!

No comments:

 

Template by Best Web Hosting