Dulu masa tengah mengandung, aku selalu tabik kat ibu-ibu yang berjaya ada anak 10. Macamana diorang boleh tahan all the morning sickness, tak lalu makan, sakit pinggang, and all pregnancy sickness setiap tahun, memang satu keajaiban. Aku baru anak satu, tapi sudah mahu berehat panjang. Hati memang rindu nak mengandung lagi sebab aku selalu rasa seksi dengan perut yang besar, tapi bila fikir all the sickness, tak apalah. Mungkin lagi 3 tahun. Haha.
Tapi, tahap kepelikan aku terhadap, perempuan-perempuan yang termengandung tanpa suami, masih di tahap maksima. Macamana mereka boleh go through all the sickness di samping mahu sembunyikan kehamilan dan tanpa suami untuk melayan, masih tak tercapai dek akal.
Sekarang, aku masih lagi tabik kat ibu-ibu yang beranak 10. Macamana mereka boleh bekerja mencari rezeki, sambil mengasuh anak, sambil kemas rumah, sambil melayan suami, sekali lagi memang satu keajaiban. Aku, yang beranak satu, suami sibuk bekerja sampai malam, sudah mengeluh kepenatan. Sumpah penat gila sampai aku rasa aku nak hire maid sekarang jugak.
Setiap hari, sibuk berangan, kalaulah aku ada kuasa dan wang, mahu saja aku berehat seminggu, mahu menggomol Aidan dan melayan suami, tapi tak mahu buat segala kerja ofis dan kerja rumah. Aku mahu, bangun tidur, sudah terhidang sarapan di tepi katil. Siang hari pergi shopping sana-sini, atau pergi spa mencantikkan diri, bukannya pergi kerja mencari rezeki. Malam hari pula, berehat bersama suami dan anak, sambil minum kopi mahal dan kek sedap atau makan di restoren lazat dan mewah, bukan sibuk memasak, lipat baju, kemas dapur, basuh baju, siapkan barang anak untuk esok. Ahh. Indahnya hidup kalau sekali-sekala dapat berehat sebentar. Seronok kan kan kan?
Tapi itu angan-angan. Jadi sekarang, mari angkat bon-bon, siapkan segala kerja sementara anak masih tidur. T_T
Tuesday, March 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment