Thursday, March 31, 2011

Hello!

Suami selalu tanya, bila mahu update? Jawapan saya, "Nantilah. Malaslah. Tak sempatlah." Cukuplah 3 alasan. Memang mahu update. Tapi kadang-kadang rasa tak tahu mahu update apa. Hidup hanya seindah biasa. Tak ada yang extra vagant.

Cuma sejak akhir-akhir ni, hidup di pejabat kurang menyenangkan. Politik semakin hebat. Tak tahu apa yang dia mahu, sampai buat cerita sana-sini. Lantakkan. Rezeki masing-masing, Dia yang tentukan. Bukan orang 'bukit' yang sibuk suruh mengipas. The Company CFO whom previously was my Big Boss once told me, "Kalau itu memang dah tulis untuk kita, you will get it. Cepat atau lambat, kenalah bersabar." Yeah. Saya akan ingat itu.

On the bright side, anak selalu menggembirakan hati. Sudah semakin besar. 7 bulan dan 16 hari. Sudah pandai duduk. Sudah ada gigi comel lote sebiji. Sudah mula belajar merangkak. Sudah pandai menegur orang dalam bahasa sendiri. Sudah pandai mahu berkawan. Suka tengok TV. Kuat makan. Semakin comel dan handsome. Oh! He is so adorable. Puji anak sendiri. Haha.
Suami sudah kurang sikit sibuk. Tapi masih sibuk. Cuma sudah boleh diterima akal. Jadi, hati saya sudah sedikit tenang. Penat juga sudah berkurangan ke tahap munasabah. Jadi tak perlu untuk merungut. Hehe.

Untuk semua kesenangan dan rezeki di atas, terima kasih tuhan.

3 comments:

fizzzzzzzzzzzz said...

aih geram pulak tgk aidan ni main cak cak.bila boleh gomol aidannnnnnn

~ said...

haha die dh pandai buat byk aksi. ko kene tgk die muncung mulut. comel rs nk gigit mulut die. haha ok aku mak yg over. aku nk sgt pegi rumah ko. mungkin cuti hari buruh? hehe. will let u know. rindu bangat sama kamu!

ct N honey said...

comel..

 

Template by Best Web Hosting