Thursday, August 6, 2009

Lapar!!!

Saya lapar yang amat. Dah berbungkus2 layer cake dan Cheezels yang tak sihat saya makan sampai saya rasa otak saya sedikit sakit dipenuhi bahan pengawet Cheezels. Blame Johnny's untuk lunch yang tak sedap. Tapi sebenarnya, saya dah tak tahu nak makan apa di OU sana. Nak yang affordable dan lazat sebab itu saja yang termampu, tapi hampir semua kedai yang affordable saya dah boleh bayang rasa masakannya everytime saya fikir mahu makan apa. Haih. Kalau saya empunya fulus yang banyak, mahu saja saya masuk ke Chillis, TGI Fridays, dan Pizza Hut. Yes, pizza is too much luxury for daily lunch. Bagi saya lah. Kesimpulannya, tak mampu, jadi jangan cerewet. Fullstop.

Weekend lepas pulang ke Taiping. Dapat juga akhirnya makan cempedak goreng dengan banyaknya sampai perut banyak angin. Tak apa. Saya puas hati. Hati pula berbunga2 bila kawan ibu Pijoi minta resepi Tiramisu daripada saya. Itu resepi Neng sebenarnya. Saya pula yang dapat nama. Hehe.

Sempat juga jumpa Adam sekejap. Adam dah pandai ketawa dan semakin besar dan berat. Perut pun makin buncit. Comel! 7kg untuk baby berusia 3 bulan sangat besar kan? Hehe

Mahu makan Chong Chun Fan malam ini. Harap2 boleh pulang awal. Haih.

2 comments:

the seasonal blogger said...

dari mula smpai habis, byk nama makanan.. cis

~ said...

xperasan dowh.
ko mention br aku perasan;p
uda!!! lamenye tak borak ngn ko. dila nk dtg kl 16th kot. kene meet up bebeh!

 

Template by Best Web Hosting