Sunday, June 27, 2010

Meroyanlah Pulak

Semalam hari murung. Seharian mahu menangis je. Siap tak boleh tidur 1 malam. Semua hal negara nak difikir. Lagi tension bila tengah2 malam sibuk pulak nak membelek diri sepenuhnya. Siap angkut cermin lagi nak tengok rupa perut macamana. Lepas tu makin stress bila tetiba nampak stretch marks. Pandai eh ko sembunyi. Mentang2 aku tak leh nak nampak. Heh. Ingatkan dah terlepas dari stretch marks sebab Bio Oil. Rupanya tak. Huuuu. Sedih. Sedih. Tapi tak apalah baby, mama gembira je tengok baby dah makin besar dan makin berat. ;)

Sebut pasal baby, sekarang ni dah ramai pulak yang concern perut saya nampak besar. Haih. Tak paham ok. Besar cakap pelik, kecik cakap tak normal. Stress aku. Logiklah, baby aku pun nak membesar gak. Lagipun saat2 akhir ni memang tumbesaran baby cepat sikit. Berat pun akan bertambah banyak. Jadi tak perlu heranlah. Everything is fine. InsyaAllah. Ada 8 minggu lagi. Hooo Yeahhh!! Tak sabarnya!;)

Mama saya semakin excited. Siap dah plan apa nak buat bila dia kena ambil ayah di Changi Airport nanti, nak mandikan baby kat mana, nak kena makan jamu apa, dan macam2lah. Dia siap doa2, saya bersalin lepas ayah saya balik 16/8 nanti sebab dia takut macamana nak handle and drive me to the hospital. Eh. Eh. Siapa yang nak bersalin sekarang ni. Konpius. haha. Ayah pun dua kali lima. Siap dah tempah tukang masak untuk akikah sampai orang ingat saya dah selamat bersalin. Haha. Tapi sangat bahagialah bila tengok atuk dan nenek juga crazy about the baby. Bliss.

Owh hari ini hari gembira juga walaupun sakit2 kaki jalan dekat the curve. Ibu mengandung setiap hari dah bersedihan tengok satu2 baju dah tak leh nak pakai. Nak beli baju mengandung macam rugi dan ermm..tak lawa pulak tu. hihi Sebenarnya hati dah terkenan kat kemeja goggles ni tapi kat OU and the curve tak ada pulak. Nak pegi The Gardens malas. Nasib akulah. Siapa suruh malaskan. Tapi nasib baik jalan2 terjumpa blouse comel dekat booth the Curve. Comel tu comellah sebab saya suka kan. Jadi hati tersangat gembira. So dah tak murung and setel semua masalah negara. How easy to please me kan kan?



Bapak baby meroyan teringin nak mandi dalam bathtub. Haha.

Bathtub ni punya pasal terpaksa tawaf Ikea dua kali. Heh. Nasib baik saya ada private masseur. Hihi. I love you sayang!! ;D

Tuesday, June 15, 2010

Perutku boroi ada baby lah!

Harini pagi-pagi lagi sudah ada kejadian yang berlaku. Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi sewaktu saya mahu naik lift ke ofis. Seperti biasa, saya berjalan agak lambat selepas duduk di dalam kereta. Sebabnya, budak pipi layut ni suka sangat bertenggek di sebelah kanan. Jadi effect kekebasan kaki selepas duduk sangatlah terasa. Kemudian, saya selisih jalan dengan seorang makcik yang tak dikenali, yang dari tadi tersenyum2 melihat saya. Siap ikut tu sampai lift. Tiba-tiba sedang saya tunggu lift, makcik tak dikenali menyapa.



Makcik : Kenapa jalan lambat sangat dik, mengandung ke?

Saya : (muka terkejut. Huh. Apekah? Tak nampak ke perut aku dah boroi ni?). Haah. Saya mengandung. (saya jawab dengan senyuman kurang ikhlas tapi lemah lembut)

Makcik : Ooo (muka masih tidak puas hati). Berapa bulan dah?

Saya : (Eh eh makcik ni) 7 bulan cik.

Makcik : Ooo dah dekat dah.

Saya : Haah. Nak bersalin dah.



Haih. Nasib baik kau ialah makcik. Jadi aku anggap sajalah dia inersen. Tapi dalam hati panas je weh. Takkanlah perut aku boroi camni tak ada isi kot. Aduss. Susahlah orang-orang ni. Kang aku gemuk, kata "eh gemuknya kau time mengadung". Ni aku kurus (perasan kurus jap) ingat perut aku boroi sesaja pulak?! Isk isk. Siap ada tu orang yang risau-risau tanya baby aku normal ke tak sebab perut aku kecik katanya. Huh stress tahu tak!

Pernah jugak saya gurau-gurau dengan Pijoi, kononnya ada lelaki hensem mahu ngorat saya. Saja mahu counter back sebab dia perasan ramai peminat. Tapi tahu apa dia jawab, "Eleh, siapalah nak kat pompuan perut buncit cam awak! hahahhahahaha (disertakan dengan gelak jahat)" Nguuuu. Sampai hati!!

Friday, June 11, 2010

My name is not Khan..

Hello uncles. Hello aunties.
Aint I cute? Mommy called me budak pipi layut. And she said I look just like daddy because of that pipi. Mommy thinks my nose is a bit penyek and big like daddy's too and daddy thinks my lips are sexy just like him. He added I will be a good kisser though mommy said dont be too perasan. So I'm confused then. Will check it out later.

Oh btw, my name is Khan. Eh no no. Itu tajuk cerita hindustan kata mommy. Actually, I am not sure yet what my name is cause mommy said it's so hard to find a nice name for a very cute, chubby lil boy like me. But worry not, she will find one before I'm out there to see the world. Trust you mommy. But make sure it is awesome and cool eh!

I am 30 weeks old today. Meaning that, there will be another 10 weeks to go before I can be in mommy & daddy's arms. I am so excited cause I know many cute girls & beautiful ladies (especially the aunties) that will love me too. Wohoo!! Cant wait to get lots of hugs & kisses.

Ok gotta go now. Wanna go out with mommy to eat mommy's fav ikan bakar and Lai Chi Kang ya'all. Yummmehhh!! Oh btw, this is another cool shot of me.

Tata.

Sunday, June 6, 2010

The Surprise Baby Shower

"Friendship is precious, not only in the shade, but in the sunshine of life"

Me & Baby Boy @ 29weeks & 2 days
How should I start this entry? Well, I should say I am the happiest, luckiest mommy-to-be! Guess what. My bestest friends back in Canter Uni, threw me an awesome, surprise baby shower. Oh my. Oh my. Nothing I could say. Hugs & kisses & zillion thanks to all my bestest friends :)

At first, I thought kami akan keluar makan bersama since Fiza & Ofa is here. Since Hubby juga bersepakat dengan mereka, jadi saya pun percayalah. Cuma adalah sedikit kepelikan bin ajaib sebab all of sudden kena pergi ambil Fiza & Ofa di rumah Alia. Selalunya, of koslah encik Bils akan mengangkut mereka. Tapi, entah kenapa, saya ikutkan saja. Mungkin ada sebab2 tertentu. Sampai2 di rumah Alia, jumpa auntie kejap. Then auntie ajak masuk. Lagipun Fiz & Ofa masih bersiap katanya. Few mins later, then Alia panggil cakap nak tunjuk something to me. Ok Fine. I followed. Then, bila saja saya buka langsir pintu, "SURPRISE!!!!" Terkejut aku sekejap dengan jeritan diorang. Haha. Nasib baik belum cukup 40 minggu. Kalau tak mungkin boleh terberanak. Huhu. Nevertheless, I was like sooooo happy and glad to see most of them. Lama kot tak jumpa though masing2 duduk kat KL. So so so happy.

Then, sesi pegang2 perut by the girls. But kasihan mereka, baby sedang tidur. Anakku sekarang, kalau dh tido, memang jarang dah nak gerak sangat ya. Lagilah before gerak ke rumah Alia, dia baru saja bangun dan menari2 dengan gembira. Jadi usaha membangunkan dia tidak berjaya. Huhu. Sorilah auntie2 ye. Maybe next time or bila baby dah keluar. Silalah gomol2 dia;)

Food was seriously sedap especially the lasagna. The homemade dadih by Alia & Ofa pun yummeh!! Oh I like all the foods please. Makan sampai perut makin boroi. Hehe. Then, sambil makan we were still talking and gossipping for non-stop till the end. Tapi in the middle, we had the pressie time. Me likey! Thanks guys for all the lovely pressies;) and Baby Boy, please say thank you to your aunties and uncles please. Belum keluar sudah banyak kasih sayang. See, you're so lucky my dear lil boy:)Then, the helium gas session was the best lah! Seriously, it reminds me of the good-old-days back in Chch. Full of laughter and funny voices. Haha. Terbaeklah! Gelak sampai sakit2 perut.

Gelak punya gelak, we didnt realise dah pukul 12 malam. So everyone was heading back home including me. And that was the end of my baby shower party. I was extremely happy and until now I am still smiling. Thank you so much korang. Doakan kami berdua ya;) Nanti boleh kita makan2 and catching up lagi.

 

Template by Best Web Hosting