Sunday, June 27, 2010

Meroyanlah Pulak

Semalam hari murung. Seharian mahu menangis je. Siap tak boleh tidur 1 malam. Semua hal negara nak difikir. Lagi tension bila tengah2 malam sibuk pulak nak membelek diri sepenuhnya. Siap angkut cermin lagi nak tengok rupa perut macamana. Lepas tu makin stress bila tetiba nampak stretch marks. Pandai eh ko sembunyi. Mentang2 aku tak leh nak nampak. Heh. Ingatkan dah terlepas dari stretch marks sebab Bio Oil. Rupanya tak. Huuuu. Sedih. Sedih. Tapi tak apalah baby, mama gembira je tengok baby dah makin besar dan makin berat. ;)

Sebut pasal baby, sekarang ni dah ramai pulak yang concern perut saya nampak besar. Haih. Tak paham ok. Besar cakap pelik, kecik cakap tak normal. Stress aku. Logiklah, baby aku pun nak membesar gak. Lagipun saat2 akhir ni memang tumbesaran baby cepat sikit. Berat pun akan bertambah banyak. Jadi tak perlu heranlah. Everything is fine. InsyaAllah. Ada 8 minggu lagi. Hooo Yeahhh!! Tak sabarnya!;)

Mama saya semakin excited. Siap dah plan apa nak buat bila dia kena ambil ayah di Changi Airport nanti, nak mandikan baby kat mana, nak kena makan jamu apa, dan macam2lah. Dia siap doa2, saya bersalin lepas ayah saya balik 16/8 nanti sebab dia takut macamana nak handle and drive me to the hospital. Eh. Eh. Siapa yang nak bersalin sekarang ni. Konpius. haha. Ayah pun dua kali lima. Siap dah tempah tukang masak untuk akikah sampai orang ingat saya dah selamat bersalin. Haha. Tapi sangat bahagialah bila tengok atuk dan nenek juga crazy about the baby. Bliss.

Owh hari ini hari gembira juga walaupun sakit2 kaki jalan dekat the curve. Ibu mengandung setiap hari dah bersedihan tengok satu2 baju dah tak leh nak pakai. Nak beli baju mengandung macam rugi dan ermm..tak lawa pulak tu. hihi Sebenarnya hati dah terkenan kat kemeja goggles ni tapi kat OU and the curve tak ada pulak. Nak pegi The Gardens malas. Nasib akulah. Siapa suruh malaskan. Tapi nasib baik jalan2 terjumpa blouse comel dekat booth the Curve. Comel tu comellah sebab saya suka kan. Jadi hati tersangat gembira. So dah tak murung and setel semua masalah negara. How easy to please me kan kan?



Bapak baby meroyan teringin nak mandi dalam bathtub. Haha.

Bathtub ni punya pasal terpaksa tawaf Ikea dua kali. Heh. Nasib baik saya ada private masseur. Hihi. I love you sayang!! ;D

6 comments:

hubby said...

worry not hun...lps ni sy anta gi plastic surgery for the strecth marks.boleh buang taik idung besar tu skali...hahaha

~ said...

Jom aa join skali. kecikkan sikit idung awak tu. haha

hubby said...

tu la...buat ala2 MJ skit.muahahaha

~ said...

baik2..jgn sampai tercicir. kah kah

the seasonal blogger said...

hahaha. bengong dua org ni. tapi yuli, meruntun hatinye aku baca perenggan2 atas! next time, kita cari blouse comel2 juga ye..

my BM is wow. macam novel plak?

~ said...

hahha pijoi aa. nk jd baby aa tu kononnya;p
BM ko mmg xle blah. Siap meruntun2 bagai hihi. Ok nnt kite pi soping2;D

 

Template by Best Web Hosting