Tuesday, June 15, 2010

Perutku boroi ada baby lah!

Harini pagi-pagi lagi sudah ada kejadian yang berlaku. Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi sewaktu saya mahu naik lift ke ofis. Seperti biasa, saya berjalan agak lambat selepas duduk di dalam kereta. Sebabnya, budak pipi layut ni suka sangat bertenggek di sebelah kanan. Jadi effect kekebasan kaki selepas duduk sangatlah terasa. Kemudian, saya selisih jalan dengan seorang makcik yang tak dikenali, yang dari tadi tersenyum2 melihat saya. Siap ikut tu sampai lift. Tiba-tiba sedang saya tunggu lift, makcik tak dikenali menyapa.



Makcik : Kenapa jalan lambat sangat dik, mengandung ke?

Saya : (muka terkejut. Huh. Apekah? Tak nampak ke perut aku dah boroi ni?). Haah. Saya mengandung. (saya jawab dengan senyuman kurang ikhlas tapi lemah lembut)

Makcik : Ooo (muka masih tidak puas hati). Berapa bulan dah?

Saya : (Eh eh makcik ni) 7 bulan cik.

Makcik : Ooo dah dekat dah.

Saya : Haah. Nak bersalin dah.



Haih. Nasib baik kau ialah makcik. Jadi aku anggap sajalah dia inersen. Tapi dalam hati panas je weh. Takkanlah perut aku boroi camni tak ada isi kot. Aduss. Susahlah orang-orang ni. Kang aku gemuk, kata "eh gemuknya kau time mengadung". Ni aku kurus (perasan kurus jap) ingat perut aku boroi sesaja pulak?! Isk isk. Siap ada tu orang yang risau-risau tanya baby aku normal ke tak sebab perut aku kecik katanya. Huh stress tahu tak!

Pernah jugak saya gurau-gurau dengan Pijoi, kononnya ada lelaki hensem mahu ngorat saya. Saja mahu counter back sebab dia perasan ramai peminat. Tapi tahu apa dia jawab, "Eleh, siapalah nak kat pompuan perut buncit cam awak! hahahhahahaha (disertakan dengan gelak jahat)" Nguuuu. Sampai hati!!

2 comments:

^^, said...

haha. yang pastinya ko antara pregnant lady yg comel penah aku tgk ok...so brighten up, makcik! hehe

~ said...

hahhaa maseh lings. aku rs aku ngandung lg comel sbb gemuk sket huhu. tp aku stress kalo org tanye baby aku normal ke tak sbb perut aku kecik. huh! baby normal plis. siap dh 1.5kg dh.

 

Template by Best Web Hosting