Thursday, July 8, 2010

507

Selamat Petang Semua..

Mari kita berceloteh sambil makan cempedak goreng. Yummeh. I tell you. Hehe. Rasa macam tak cukup beli cempedak sebijik. Heh. Tapi cempedak masih mahal. RM5 sekg di Taiping. Kalau di KL, tak tahulah berapa agaknya. Nasib baik sedap dan manis. Jadi, berbaloi-baloi.

Enough pasal cempedak. Mari kita cerita tentang barangan bayi. Boleh dikatakan hampir cukup semuanya. Stroller, car seat, baby cot, checked. Bought in Singapore for the great bargain. Baby bath tub sudah pun dirasmikan oleh si abah baby. Barut baby, ordered and paid. Tak sabar menuggu parcel lagi 3 hari. Receiving blanket, changing mat, bottle warmer, blanket, etc juga sudah tersedia. First Year baby swaddle, mobile mattress, set penjagaan kesihatan bayi First Year, diapers bag, bantal busuk, First Year baby bottles set, etc juga sudah ada, pemberian rakan-rakan yang baik hati sewaktu Baby Shower. Terima kasih sekali lagi.

Jadi, tinggal beberapa barang kecil dan 1 barang besar yang mahal masih belum di beli. Baby's toiletries, wet wipes, minyak telon, lotion, semua belum dibeli. Masih terasa terlalu awal untuk membeli barang2 kecil. Padahal tinggal saja lagi 6 minggu. Kah kah. Dan 1 barangan besar yang mahal dan masih tertangguh ialah the breastpump. And Medela Swing is in the first list now. Sebenarnya tengah menunggu fulus akhir bulan ini. Or ada sesiapa yang mahu menghadiahkan Medela Swing untuk saya? Hehe.
Toys? Nanti dululah. Tapi kemungkinan besar akan terbeli Lamaze Gardenbug Foot Finder and Wrist Rattle set sebab si ibu mengandung memang teringin dari awal. Lebih kurang macam mengidamlah. Kah kah.

Tinggal lagi 6 minggu dari sekarang. Perasaan? Sedikit gentar, terlalu banyak excited, mengah, berat, letih, dan terkedek-kedek. Tidur semakin tidak lena. Bila perut sudah berat dan penuh dengan bayi comel ini, semua position tidak selesa. Mujur tinggal sebulan setengah saja lagi. Tapi scan 2 minggu lepas bayi comel sudah mula turun ke bawah cuma belum engaged. Adakah ini normal? Aduhai, risaunya hati saya sampai sekarang. Sabar ya anak comel. Jangan terlalu excited. Santai-santai dulu di dalam perut Mama ya ;)

Isnin, 5 Julai, genap 3 tahun kami bersama. Mahu cerita kenangan lama yang indah isnin lepas tapi kami dikejutkan pula dengan kematian nenek Pijoi. Jadi, kami bergegas pulang ke Taiping petang itu. Al-fatihah untuk Tok. Semoga roh Tok ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Dan kenangan indah itu, nanti sajalah saya cerita. ;D


I love you Bebeh. Thank you for the wonderful 3 years..

No comments:

 

Template by Best Web Hosting