Sejak akhir-akhir ni, memang sukalah sakit perut memulas. Tak paham kenapa. Bila lapar, memulas, nak be*ak, memulas, ada angin memulas, dan macam-macam lah lagi. Memang tak paham. Tapi si ibu mengandung tidak lagi freak out rasa nak bersalin ke apa. Dah semakin rilek. Menanti dengan penuh kesabaran. Eceh. Tapi bersyukurlah jugak sebab setakat ini tak ada pulak heart burn, kaki pun tak bengkak, cuma gemuk sikit, pinggang tu kadang-kadang je sakit. Alhamdulillah untuk kesihatan yang baik.
Paling seronok, semalam check up, baby boy dah 2.7kg. huhu. Cepatnya besar. Last month baru 2kg je. Patutlah mummy pun cepat membesar. Baby boy nak suruh mummy teman dia membesar rupanya. Haha. Daddy pulak yang ngade-ngade nak mengurus. Dia kata nak cuba sama berat dengan ibu mengandung. Huh. Membencikan.
Oh ya. Nak ucap tahniah kat bapak baby boy sebab dah officially promoted jadi senior. Tapi yang sedihnya, tengah off peak pun dah mula nak balik lambat. Nanti during peak macamana? Nampak gayanya, mummy tengok muka baby boy, baby boy tengok muka mummy sajelah. Sobss. Sobss. Seperti ibu dan anak yang terabai. Huhu. Anyway, ibu mengandung juga dimurahkan rezeki. Gaji naik sampai menggembirakan. Comel sungguhlah company saya. Jadi dengan seronoknya, dapatlah ibu mengandung melengkapkan semua barang baby boy. Sekarang dah boleh bersalin dengan tenang dan aman damai. Huhu.
Sebut pasal bersalin, sejak akhir-akhir ni, terasa yang amat nak bersalin di KL. Rasa macam lebih menggembirakan. Terbayang lepas bersalin, kawan-kawan semua datang melawat. Jadi kuranglah rasa kesakitan. Tapi kalau di JB, siapa nak lawat? Nurse dan gynae sajalah. Sobss. Malas nak fikir. Baby boy, please decide. Arahan pertama mummy!
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yeay dah nak puase...boley kot same berat ngn mummy!
daddy syg oi. Jgn nk ngade eh! nk kene triple hit ke? whahaha
Post a Comment