Friday, August 13, 2010

Balik Kampung..Hati Riang


Tahu tak itu apa? Bukan seekor alien pet atau labah2 atau obor2. Kalau nak tahu, itulah air kacip fatimah yang original punya. Orang kata, air kacip fatimah ni macam air selusuh untuk menyenangkan proses bersalin. Jadi saya cubalah. Pakcik saya beli masa die pergi umrah. Tapi betapa terseksanya minum air ini. Bau dia. Perrrghhh. Masyaallah. Tuhan je yang tahu. Huhu. Pijoi pon tak sanggup nak bau. Tapi selalu paksa saya minum. Malam tadi je saya ngelat tak minum. Haha. Keberkesanan? Nanti saya cekidout.
Harini nak balik kampung! Wohooo. Dua bulan dah saya tak balik JB. Eksaited gile!


Tengok banyakkan barang baby boy? Macam nak pindah rumah. Ni pon dh hantar separuh ke JB. Tak sangka boleh jadi sebanyak ni. Huhu.
Cepatnya masa berlalu. Baby boy dah 39 weeks and 1 day. Macam tak percaya saya dah bawa budak kecik ni ke mana2 for 9 months. Macam tak percaya yang lepas ni, saya ada budak kecik untuk digomol setiap hari. Tak percayalah. Haha. Rasa macam mahu melahirkan seorang adik bukan anak. Tapi hati sangatlah tidak sabar mahu melihat sendiri budak kecik yang dah diangkut 9 bulan dengan jayanya. Doa2kanlah budak kecik mahu keluar weekend ni jadi abah baby boy boleh teman saya. Sedih pulak rasanya bila nak hidup berjauhan dengan suami. Perasaan macam nak kena pergi outstation berbulan2. (T_T)
Apapun, doakan semuanya baik dan selamat ya rakan2 yang baik hati. Selamat berpuasa ;)

2 comments:

hubby berkude said...

ishhh...air tu bela ikan pn boleh mati. slamat berpuase ntuk org yg puase je..yg tk puase ddk jauh2.haha...

Farhana said...

akak,selamat pulang ke jb..sian hafizul..mesti rindu akak..hehehe..tinggalkan bantal busuk utk hafizul..wakaka..banyak sgt barang baby..serious banyak! _naiad-farhaha

 

Template by Best Web Hosting