Tuesday, December 28, 2010
Terakhir
Lagi emo tengok orang sibuk shopping sakan lepas dapat bonus. Ni tak sempat nak shopping, dah habis bayar itu ini. Panjang pulak listnya. Betullah kata suami, "Kita ni awak, kais sebulan makan sebulan je." Haih. Bilalah agaknya nak rasa kais sebulan, dapat 10 bulan. Boleh jugak rembat apa-apa yang patut. Heh. Beranganlah kau!
Ahad lepas, sempat jugak buat muffin coklat berbentuk kek. Sebabnya saya tak ada acuan muffin atau bekas muffin. Tapi sedap kan awak kan? Haha. Betul punya sedap ok.
Jom tengok Betty. Dia nak tanggalkan braces. Excited. Mudah-mudahan aura optimis Betty melekat kat saya sikit. Sekian.
Wednesday, December 22, 2010
Kedua
My Lalings Esah shared that in FB. I just feel it's nice and a very good reminder for me. ;)
Hari yang tidak berapa baik harus dibaiki dengan membuat Bread Pudding Caramel. Pelik? Tak perlulah sangat walaupun dah 3 tahun kot tak pernah pegang oven. Dahsyat sungguh. Haha.
Nampak sedap? Bukan nampak je. Memang sedap menjilat jari.
Kalau teringin, buatlah sendiri. Guna resepi ni, sure jadi. Senang gilos. Selamat mencubalah ye. Nak makan puding jap. Hehe. Tata.
Friday, December 17, 2010
Pertama
Ok. Tudung buruk gila senget benget. Boo.
Sekarang, Aidan dan pandai jalan-jalan cuci mata. He is one excited baby bila saja pergi jalan-jalan. Mulut bising terjerit-jerit, mata melilau sana-sini, dan sangat excited. Tak macam masa baby dulu. Kejap nak susu, kejap nak tidur. Hehe. Sebab itu, hidup akan kesunyian bila jalan berdua saja sekarang ni.
Orang yang sanggup cuti jugak sebab nak tengok wayang. Hehe.
Siri jalan-jalan hari pertama berakhir di JCO. Go try the Mochabella. I think it's nice.
See. Aidan pon teringin. Haha.
Monday, December 13, 2010
Dear Aidan
Hari ni Aidan buat Mama menangis. Bukan nangis sedih tapi nangis terharu. Terharu tengok anak Mama dah besar. Dah pandai macam-macam.
Tadi, waktu nak tidurkan Aidan, Mama baring dan peluk Aidan macam selalu. Mama tahu Aidan suka sangat bila Mama peluk Aidan. Tiba-tiba lepas Aidan habis menyusu, Aidan terus dongak pandang Mama. Mama suka sangat bila Aidan tengok Mama macam tu. Mama rasa Aidan comel, penyanyang, manja dan hensem. Aidan malu ke Mama puji Aidan? Tak apa, jangan malu. Kata Mama Medina, puji anak memang tugas emak.
Ok sambung balik. Lepas Aidan tengok Mama, Aidan terus cakap-cakap dengan Mama. Aidan cite pasal Aidan nak demam dan selsema harini, pasal Aidan sedih kena tinggal dengan Mama pagi tadi, pasal Aidan dah cuba nak guling-guling, tapi tak mampu. Aidan boleh mengiring je dulu. Walaupun Mama tak faham apa Aidan cakap, tapi Mama suka layan Aidan cakap.
Bila Aidan dah tidur, terus Mama terfikir, nanti Aidan dah besar, Aidan nak tak lagi baring dan peluk Mama sambil cerita tentang kawan Aidan, girlfriend Aidan, kerja Aidan? Sobs. Sobs.
Lagi dua hari, Aidan dah 4 bulan. Kejap je Mama rasa. Tapi Abah kata, kejap macam 4 bulan lah. Bila tengok Aidan ketawa, senyum-senyum, Mama penat gile tetiap hari pun Mama sanggup. Semua untuk Aidan.
Happy 4 months old, baby Mama.
XOXO,
Friday, December 10, 2010
T_T
Bulan ni sangat teruk. Buat kerja pun sampai tak betul. I dont know what went wrong. Am I too tired? Hurm. I think I am. Sakit mental dan fizikal. Tapi masih waras. Tak perlu lagilah nak jumpa Psychiatrist (betul ke eja. malas nak cek!)
Sometimes, I wish that I could have a day off for myself. Mahu pergi urut-urut and spa untuk menghilangkan stress dan kembalikan energy yang makin lama makin berkurangan. Sekarang tidur pun dah mimpi mengarut. Dahlah kena bangun malam, sumpah sangat restless bila bangun pagi.
Siapa kata, dah kawen, hidup tak jadi skema? Heh. Kan orang kata, never judge a book by it's cover. Semakin hari, hidup semakin skema adalah. Bangun pagi, berderet dah to-do lists dalam kepala. Tertinggal 1 list, memang kelam-kelibut jelah seharian. Contoh. Terlambat bangun 1 jam daripada jadual. Bangun pagi sure kelam kabut. Dengan nak sediakan susu untuk sehari, mandikan anak, kemas beg anak, kemas beg sendiri, kadang-kadang sampai terlupa bawak purse sendiri. T_T
Ewah Ewah! dah ada unsur complain nampak? Sebenarnya tak niat nak complain just nak mengadu saya sedih sebab bulan ni saya banyak buat salah besar semasa kerja. I feel like damn stupid and really not me. T_T Sekian.
Monday, December 6, 2010
Selamat Tahun Baru
Seperti biasa soalan bonus setiap kali awal tahun, "Apa azam baru tahun ni?"
Hurmmm..Emmmm..Mmmmmm..ZzzzzzZzz..
Kalau dulu masa budak-budak hingusan, senanglah nak jawab. Bila orang tanya "Apa azam baru?" "Saya nak belajar bersungguh-sungguh. Nak dapat 9A dalam PMR." Nak tahu tercapai ke tak, tengok je result PMR. Senang.
Tapi sekarang bila dah kerja. Tak ada pulak sebarang exam, macam susah sikit nak buat azam sebab tak tahu nak ukur macamana. Kalau boleh ukur guna bonus ke apa, senanglah jugak. Ni kang dah kerja separuh mati, sekali economy merudum, bisnes jatuh, bonus seciput je. Heh. Tapi nanti, mungkin 2-3 tahun lagi saya boleh buat 1 azam, "Tahun ni saya berazam nak buat anak bersungguh-sungguh." Senang jugak saya nak tahu tercapai ke tak. Haha.
Tak seperti tahun-tahun sebelum ni, tahun ni saya tak baca doa awal tahun. Tahun ni saya tolong aminkan saja bersama Aidan. Dah ada suami, adalah orang nak bacakan doa ;)
Apapun, saya masih berharap agar tahun baru yang mendatang ni, akan jadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Dan dengan bertambahnya tahun, semoga diri semakin matang, baik, dan terbaik buat suami dan anak. Amin.
Saturday, December 4, 2010
Short ramble
A month ago, I complained a lot when I was tired. So you can imagine that I was complaining most of the time. I felt like why in the world I have to do all the chores alone while babysit my baby and cant enjoy my favorite Monday night laugh or even Betty anymore. But at the end of the day, before I went to sleep, I kept on thinking why am I complaining a lot? Semua ibu penat. That's the fact. Kalau tak nak penat, jangan jadi ibu. But when time goes by, I just noticed that I am more happy when I dont complain. Mata memang sakit bila tengok baju bertimbun tak lipat apatah lagi nak gosok, habuk lantai yang minta disapu, tapi sekali sekala, tak salah untuk pejam mata. Afterall, I dont have to act like a super mom bila diri tu tak mampu. Yang penting, apa yang dibuat semua dengan hati yang ikhlas. That's the core lesson.
I dont know what am I rambling here. Yang saya tahu, saya update mahu tambah itu wang. Haha. Jangan lupa klik iklan belah kanan tu ya. Terima kasih daun keladi. ;)