Saya sunyi. Betul2 sunyi. Sampai saya menangis beberapa kali. Sangat emo. Saya cuba mintak simpati Pijoi, tapi dia juga kesunyian, jadi dia pun bad mood. Dua2 bad mood, maka tak ada kesudahan.
Weekend lepas weekend yang sangat best. Mama, ayah dan adik datang menjenguk. Saya sangat gembira sampai saya boleh buat benda di luar jangkaan. Tak adalah pelik sangat bendanya, tapi berjalan2 di Sogo dan Jalan TAR adalah satu perkara yang luar biasa buat saya ketika ini. Bukan mudah nak berjalan jauh dalam keadaan pening2 dan sensitif kepada bau2 busuk. Kadang2 benda wangi pun jadi busuk, contohnya pewangi kereta. Wangi macamana sekalipun sure saya rasa nak muntah. Busuk yang amat. Okeh, sambung semula. Kemudian, hari Ahad, boleh pulak saya mengharung orang ramai yang terlampau ramai di OU. Huh. Tak penah tengok orang seramai itu di OU. Tapi mujur sekejap. Jadi saya OK. Tambah2 sebelum pulang, mama dan ayah sibuk meninjau2 di Safe n Sound. Jadi, saya bertambah sihat. Haha.
Seronok ok, pregnant walaupun kadang2 agak sengsara. Sepanjang weekend ni, mama dan ayah sibuk kemaskan rumah. Huhu. Bukan salah saya, saya tak suruh. Mereka yang rajin. Baju semua siap berbasuh dan berlipat. Makan tak payah cerita. Memang lazat2 belaka sebab mama masakkan makanan yang saya mahu. 2 hari saya makan tanpa henti. Tak tahu datang dari mana kuasa makan tu.
Jadi, bila mereka sudah pulang petang tadi, saya betul2 terasa sunyi. Nak makan pun dah tak lalu. Rasa macam mahu terbang dan pulang ke JB. Saya tak mahu duduk seorang. Kalau dulu, masa menyewa, saya lebih suka seorang daripada berdua. Heh. Rasa menyampah dengan penyewa lama. Malas nak cerita. Itu kisah tak best!! Mintak2 dia dapat housemate yang lagi tak best dari saya. Hahaha. Astaghfirullahalazim. Baby, jangan dengar cakap ibu awak!
Masa untuk minum nestum dan tidur. Selamat bercuti orang KL! Have fun!!;D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
huhu..aku pn cmtu gak kalau kena tinggal..
asik nangis je sbb rindu hubby..hehe
kain pelekat hubby jadi peneman setia..hahaha
sbrla ye..=)
chaiyok2!yuli boleh!
Post a Comment