Grandma and Atuk datang melawat sempena raya deepavali. Orang yang paling excited, of koslah mama Aidan. Haha. Makin hari makin lemak ok. Bangun dah lambat sikit, balik kerja makanan dah siap hidang, baju bukan saja dah siap jemur, siap lipat sekali ok. Heaven sungguh hidup. Haha.
Sekarang, mama Aidan dah mula kagum dengan ibu-ibu yang bekerja dan ada anak yang ramai tapi tetap maintain jaga rumah bersih-bersih dan teratur saja hidup anak-beranak. Memang tabik spring. Sebabnya sekarang, rasa nak pengsan bila dah sampai rumah. Jejak saja kaki kat rumah, mulalah nak kena buat itu ini. Nak duduk hadap TV layan Chinta, mimpi ok. Huh. Baru 2 minggu dah mula complaint? Sekeh kepala nak??
Nak dijadikan cerita, hari Isnin lepas, Aidan kembung perut. Hati gusar kat ofis tak yah
cerita. Closing period pon dah tak kira. Pukul 5.45ptg terus cabut. Babysitter mengadu Aidan
nangis tak henti2. Kesian my baby. Sorry Aidan. Sumpah mama tak sentuh lagi bubur kacang hijau ok. T_T
Then balik rumah, aktiviti mengurut perut Aidan dan melayan Aidan sepenuh hati diutamakan.
Perut mama Aidan memang dah tahap super lapar, tapi tak sanggup nak biar Aidan main sorang2 dalam keadaan tak berapa nak sihat. Pijoi macam biasa, balik lambat. Suruh Pijoi tapau food, dia malas nak singgah pulak. Nasib baik Aidan mahu tidur awal. Mungkin penat melalak dan tahan sakit di siang hari. Kasihan baby. Sobss. Jadinya, lepas Aidan tidur, barulah saya boleh mula operasi.
Hajat hati nak masak kari ayam. Tapi Pijoi nak ayam goreng. So ayam goreng it was. Sambil kemas dapur, sambil masak dengan tidak sabar. Perut dah melalak gila ni. Lepas siap kemas dapur, dengan hati berbunga nak makan ayam goreng dengan kicap, sekali tengok isi ayam tak masak. Gua apalagi beb, melalak superlah. Memang tak leh blah. Perut lapar, penat segala, bila nak makan, ayam tak masak pulak. Mana tak meraung. Haha.
Tapi itulah insiden yang nak kata sedih tak jugak, bongok tak jugak, kelakar pon tak. Undefined. Tapi memang sampai bila-bila akan ingatlah. Baru tahu, susah jugak jadi working mummy rupanya. And it is not fun anymore. T_T Esoknya terus nak makan KFC. Pijoi cakap boleh saya belajar goreng ayam. Heh. Not funny!
Nanti bila saya dah ada anak 4, tapi dapat maintain rumah bersih dan teratur segalanya, silalah tabik spring kat saya ok. Jangan lupa. Haha.
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehehe....perkara biasa tu sis...
mula2 mmg rasa x cukup masa nak buat semua kerja..yerla...bdn pun dah penat balik opis....
lama2 nanti...kita akan biasa...yg penting..bijak menguruskan kerja rumah n masa....
saya dulu masa mula2 jadi working mama..mmg rasa nak meraung je hari2...bila dah mintak nasihat kat sesiapa yg lebih berpengalaman...alhamdulillah..now dah ok...anak pun dah nak masuk 2 pun...hehehhe
betul sgtlah tu! semua bende nk buat time balik ofis. Tulah, rasanya nnt dh lame dh pndai lah adjust masa kot. Baru2 ni terkejutlah sikit hehe
Post a Comment