Saturday, May 30, 2009

Weekends

Hari ini hari Sabtu. Ahhh seronoknya. Boleh rilek2 merehatkan badan. Masa, tolonglah perlahankan pergerakan anda, boleh?

Saya sempat catched a bus to JB last night after finished my work around 7pm. Sampai Pudu around 8.30pm, tapi bus sampai pukul 9.30. Grrrr. Geram sungguh. Dah pulak tu, tak mahu berhenti di Skudai. Terpaksa berhenti di Larkin, maka lambat sikitlah sampai rumah. Ahh tapi tak apalah. Asal boleh sampai rumah.

Ok cukuplah. Saya mahu menolong bibik mengemas rumah. Hari ini mahu ke Singapore lagi, jadi dia harus pulang awal. Nanti kalau saya ada lebih banyak masa dan kerajinan, saya akan cerita tentang The Great Singapore Sale ya!;D

Wednesday, May 27, 2009

Haih..Haih..

Kerja banyak. Terlampau banyak.
Kerja 12 jam sehari pun rasa macam tak sempat.
Reconciliation baru yang susah dan harus di 'redo' sungguh....WTH.
Bukan salah saya, tapi salah mereka2 yang sebelum ini.
Tapi yang jadi mangsa, muka ni lah jugak.
Kena take over kerja orang yang resign.
Yang sakitnya bukan setakat 'redo' since January'09 malah kena fikir another better way to do it. Hoh. Lagi WTH. Ini kalau tak dapat apa2 reward ke naik gaji ke bonus ke, memanglah nak kena.
Astaghfirullah. Lupa pulak pasal kerja kena ikhlas.
Sabarkanlah hati ya tuhan. Berikanlah saya kepandaian dan kemudahan.
AMIN..

Thursday, May 21, 2009

Star Trek the Movie

"Spock, do yourself a favor: put aside logic, do what feels right." - Spock Prime

Siapa tak suka tengok series Star Trek? Jangan risau saya pun memang tak suka langsung series tu. Dah lah watak2 nya penuh dengan orang Vulcan yang pelik macam aliens, pasal spaceship and galaxy lagi. Memang langsung saya tak layanlah. Lagipun saya memang bukan peminat science fiction pun. Jadi haruslah tak suka kan.



But now, I am such a big fat liar if I am still in denial. Star Trek the movie memang cool and one of the must watch movies. Even though, the spaceship and the galaxy is still in the movie, but it's not just about it. It is more to action movies. Penuh debaran i tell you from the starts till the end. Fuhh. Undescribeable how fast my heart beat during the show. Tambahan pulak, kehebatan Chris Pine melakonkan watak James T Kirk as a hero memang benar2 thumb ups lah. Rupa, yes he is quite handsome but the idea of the James character yang cheeky, nakal, degil, berani, and macho makes him more adorable dan amat mencuit hati perempuan saya. Hehe. But Spock character also not bad and I think Zachary Quinto is the most handsome Spock in the Vulcan. Nak tarik balik pengakuan saya benci orang Vulcan, boleh? Ngeee.

Kesimpulannya, memang sangat bestlah cerita ni. Sama best seperti Angels & Demons tapi masih belum setanding Transformers lah. Jadi jangan lupa watch this movie ya!


Live Long and Prosper (means Goodbye in Spock's way).

Wednesday, May 20, 2009

Ikhlas dan Redha

Semalam kan saya baru saja merungut kan? Merungut tentang passport saya yang tertinggal di rumahlah, risau tentang design baju nikah, dan tentang recon baru yang susah. Semua benda nak complain. Mujur hari ini, my fav blogger ada menghembus ingatan. Dia kata menyampaikan nasihat itu sama seperti menghembus ingatan. Comellah kata2 dia.

Saya suka dengan hembusan pertama yang mengatakan tentang IKHLAS. Kerja mesti selalu ikhlas. Bukan hanya sekadar kerana habuan atau pangkat. Dan yang paling saya suka ialah Firman Allah yang dia titipkan sekali, "Ikhlas itu ialah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang Aku titiskan dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi." Cukuplah. Kalau ingin tahu keseluruhan hembusan ingatannya pada hari ini, sila baca sendiri. Lebih menarik daripada saya cuba tuliskan di sini.

Kedua, saya terfikir tentang segala rungutan yang telah dibuat. Saya hanya merungut tentang benda2 remeh yang terlalu kecil jisimnya berbanding dengan masalah ibu Pijoi. Masalah tentang hidup dan mati itu beratkan? Tapi ibu Pijoi sangat tenang ketika mengkhabarkan tentang penyakit yang baru di diagnose oleh doktor 2 minggu lepas. Malah dia masih mampu ketawa dan berseloroh. Ibu Pijoi cuma minta kami doakan agar segalanya selamat. Ya tuhan, kental sungguh wanita ini. Saya tak dapat bayangkan jika saya menerima nasib seperti Ibu Pijoi. Kuat ke saya nanti? Atau sebaliknya? Saya tanya Pijoi, "Awak tak risau ke pasal mak?" Tapi Pijoi kata, "She has been through the worst. Lagipun ajal mautkan di tangan tuhan." Benar, tapi saya masih susah nak terima.

Entahlah. Redha itu saya fikir sama seperti ikhlas. Perlu ada tapi tak mudah untuk dipraktikan. Nampak saja senang. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, semua entah ke mana. Doa saja yang mampu saya buat buat Ibu yang ada banyak kasih sayang ni. Harap2 semuanya selamat sebab saya masih belum puas untuk menyayangi dan disayangi oleh Ibu Pijoi. Kamu pun doakan sekalilah ya?;)

Tuesday, May 19, 2009

Complaints..Again.

How come saya masih a mommy-daughter while I'm getting married in 6 months time? Kenapa? Sebab saya tinggalkan passport saya di rumah selepas my last visit to Singapore. Sebab saya fikir, tak ke mana kot. Nanti hilang lagi susah? D'uhhh. Apakah? Bertahun2 sendiri simpan, merata dah berjalan, baru sekarang takut hilang. Heh. Tak faham sungguh! So sekarang, terimalah akibatnya. Bila urgent nak guna, tapi passport ada kat rumah.

Malam tadi dah lah mimpi ngeri yang mengarut. Ada ke patut mimpi masa Pijoi dah depan tok kadi, baru saya perasan yang inai di jari rongak2. Ada yang ada inai dan ada yang tak ada. Nak nangis betul. Then lepas majlis selesai, boleh pulak saya begging nak ulang semula majlis nikah sebab saya nak pakai inai betul2. Heh. Memang mengarut!!

Talking about kahwin, ada sesiapa nak suggest any tailor yang affordable dan pandai jahit baju chiffon yang berlining, pandai beading works, dan juga lace patchworks? Ahad kelmarin, saya ke satu kedai tailor di Pertama. Dah lah mahal gila, lepas tu tak lawa dan tak kemas pulak. Tak faham kenapa masih nak letak harga yang mahal. Kalau dia ibarat Man Kajang, atau Linda Rahim, bolehlah saya nak faham. Heh.

Maaf. Semua rungutan. Nanti2, bila saya dah tak banyak kerja dan dah faham tentang reconciliation baru yang saya rasa susah ni, saya cerita tentang benda yang menarik ya.

Friday, May 15, 2009

13 Mei & 16 Mei

Sekitar 13 Mei 2009.


Hari lahir enchek kesayangan dan makan malam berdua yang simple yet sweet di Shogun. Sumpah kekenyangan sampai tak larat nak jalan.

Hari ini Jumaat, 15 Mei. Selamat Hari Jumaat.

Esok hari Sabtu, 16 Mei. Selamat Hari Guru. Buat semua cikgu saya yang best dan tak best atau terlampau best. Anda semua sangat berjasa kepada saya.;)

Tuesday, May 12, 2009

Ibu...

Saya dah 24 tahun dan 5 bulan tapi saya baru faham perasaan ibu yang selalu risau tentang anaknya. Kamu tahu kenapa? Ibu Pijoi kata, "Mula je mengandung ibu dah start risau. Anak dia sihat ke kat dalam perut tu? Bila dah lahir lagi tambah risau, jari kaki tangan semua cukup ke? Ada cacat cela ke? Sihat ke? Dan bila makin besar, makin risau dibuatnya. Semua ibu fikir." Bunyinya lebih kurang macam itulah. Saya rasa, kerisauan ibu takkan pernah padam selagi dia bernyawa. Cuma kadang2 anak2 kurang faham kenapa ibu selalu risau. Tapi yang saya selalu tahu, itu tanda kasih sayang ibu.

Hari ibu dah lepas dan saya tak ucap pun selamat hari ibu kat mama. Memang saya tak pernah ucap. Kami bukan jenis yang begitu. Hari jadi pun jarang2 kami ingat. Lagi pula hari2 lain. Hari raya je kami tak lupa. Ngeee. Tapi saya tahu, mama mesti tahu yang saya sayangkan dia sangat2. Action speaks louder than words kan kan? Saya lebih gemar bergayut dengan mama at least sekali setiap hari atau berjalan2 berdua, masak2 didapur bersama, atau hanya bercerita tentang angan2 masing2. Pada saya moments sebegini lebih bermakna daripada menyambut hari ibu setahun sekali. Ayah pun pernah cakap, nak kasi hadiah tak perlu tunggu hari jadi atau hari special. Bila2 pun tak apa. Yang penting dua2 hepi. Simple kan?

Rindu pulak pada mama. Tak sabar rasanya nak tunggu 11 Jun. Mahu bershopping tak berapa sakan dengan ibu di Jakarta lagi;p

Ok cukup cerita tentang ibu. Nak cerita pula tentang si comel ini.

Si comel anak buah saya ni namanya Adam Wafiy. Geram tengok pipi dia. Selalu rasa nak gigit. Saya beritahu Fiza, saya suka tengok Adam. Adam tidur, Adam minum susu, Adam menguap, semualah saya suka. Asyik nak tengok je si kecil yang comel ni. Fiza kata, baby dikelilingi oleh malaikat sebab tu kita suka tengok baby. Moga2 malaikat selalu doakan yang baik untuk Adam ye.

Dan sebab Adam terlalu comel, maka dengan senang hati saya gelar diri saya Mak Ngah. No hesitation. Hilang semua negative perception tentang Mak Ngah yang gemuk, Mak Ngah yang garang, dan Mak Ngah yang bengis. HEHE. Lagipun, saya sangat baik, kurus, comel, dan lemah lembut. Haruslah jadi Mak Ngah yang paling best. How cool is that? Ngeee.

Little Adam and his Pak Ngah yang poyo;p

Friday, May 8, 2009

Balik Kampung!!

Tonight, saya mahu pulang ke kampung. Bukan kampung JB tapi kampung Taiping. I dont know why, tapi saya sedikit teruja. Mungkin rindu sebab dah lama tak pulang ke Taiping. Lebih 3 bulan rasanya. So haruslah saya excited kan?

Saya selalu rasa Taiping is kampung as the real kampung walaupun Pijoi duduk kat taman. Paling suka bila bangun pagi, saya rasa sejuk embun dan I can breath udara yang segar. Mungkin psychology saja. Sebab saya fikir Taiping is still clean from habuk2 dan udara yang kotor di bandar. Dan yang saya paling best ialah mandi air kolah. Rasa sangat sejuk tapi segar. Saya suke!

Pulang kali ini sebab ada kenduri kesyukuran for our 1st nephew. Literally, dia juga ialah anak buah saya yang pertama. Tambah satu lagi faktor keseronokan nak pulang. Cuma something keeps bugging me dari hari tu. Saya tanya Pijoi, "Apa panggilan untuk awak nanti?" He said, "Pak Ngah". And I was like. Hmmm..hmm...Tak mahu jadi Mak Ngah boleh? Rasa macam tua gila plus tak glamour plis. Saya gedik. Itu sebenarnya. HEH. Tapi tak kira. Tak mahu panggilan Mak Ngah. Kalau Alianess dipanggil Cik Cun, why not saya dipanggil Cik Cute? HAHA

Yang penting, saya mahu pulang ke kampung dan makan masakan ibu Pijoi yang enak2. Have a nice weekend semua!;)

Thursday, May 7, 2009

Work is no Fun

Ini entry kedua untuk hari ini. Maaf. Saya bosan dan tak ada mood nak kerja. Sepatutnya saya kene belajar daripada trainer saya yang akan resign akhir bulan ni. Tapi dia tak ada. Semua nak resign. Saya jealous.

Ramai tanya, 'How's your work at IBM?' Saya jawab, ' )(**&^^&%*%%$'. Dont ask me the meaning of that symbols. Cannot be described at the moment. Kalau dah setiap kali lunch bitching about your own company, is that shows a good sign? Mungkin. Masih lagi boleh bertahan dan perlu diberi peluang untuk 2 atau 3 tahun lagi? Berserah. Saya hanya happy ketika lunch. Bitching and eating. That is called heaven. Ngeee.

Tak perlu terikut2 dengan mereka yang nak resign. Selagi stress management masih betul, hidup is just fine. Tapi kalau no job satisfaction, boleh ke nak bertahan? Tepuk dada, tanya selera.

Bila fikir2 balik, mana ada kerja yang fun. Even mak guard pun bising dia kerja lagi susah dari saya sebab dia tak ada komputer. Pada saya, kerja dia lagi senang kot, tengok ID orang. Cuma yang susahnya, jadi tunggul kat tepi lift. Biasalah. Manusia selalu kurang puas dengan apa yang dia ada. Sayalah manusia tu.

Untuk mengurangkan stress closing week, hari ini saya declare 'silent break'. Bermaksud 'Senyap tetapi enjoy'. Jadi saya hanya berblog hopping, tengok gambar2 wedding di FB, dan juga gambar Umar Adruce. Handsome baby ni. Buat saya rasa tak sabar ok. Heh. Itu nada gatal sebenarnya.

Oh hari tu, tengok gambar kawan Alianess punya wedding. I believe that is the bestest wedding yang saya pernah tengok. Superb. Saya suka. Faktor tambahan, pelamin by Nas Great Idea dan pengantin yang comel dan handsome, plus wedding outdoor photoshoot and video yang cukup romantis. This is the perfect one. Siap tengok video berkali2 sebelum pulang ke rumah. Untuk santapan berangan harian. Oh saya mahu juga, boleh? (Sila sekeh dan cakap "mimpilah kau!"). Terima kasih.

Garlic Cheese Bread

Try not to be a man of success, rather become a man of value

Itu kata2 Einstein yang saya pilih untuk cerita tentang Eli Schruggs in Desperate Housewives. Sedih wooo episod yang tu. Tapi saya malas. Jadi kata2 Einstein tu tak ada kaitan langsung dengan entry kali ini. Itu pointnya.
Sebenarnya nak suruh korang teka, gambar apa di bawah ni?



Sandwich tuna and cheese? Roti kaya? Tettttt. Semua salah.

Itu ialah Garlic Cheese Bread yang berharga rm 4. Heh. Product Pizza Milano. Sedih tak sedih bila garlic bread yang diidam2kan hanyalah begitu rupanya. Baik buat sendiri. Dapat sebantal roti terus. Nguuuu.

Sedap tu bolehlah tahan. Alaaa. Macam roti sandwich biaselah. What do you expect kan. Tapi untuk kesedapan pizza, i can rate as 4/5. Not bad. Just a bit small for large pizza. Large Pizza Milano = Regular thin crust Pizza Hut. So kalau kamu tak kuat makan macam saya, bolehlah cukup untuk 2 orang.


Ok cukup untuk hari ini. Sila sambung buat kerja.

Friday, May 1, 2009

Ikan Bakar Jalan Kuchai Lama

Saya penggemar ikan bakar. Tak kiralah ikan bakar yang dibakar begitu saja dan dicicah dengan sambal kicap atau ikan bakar yang bersalut sambal merah. Pasti saya makan sampai menjilat jari.

Sebenarnya tujuan saya menulis entry ini adalah untuk bercerita tentang ikan bakar di Jalan Kuchai Lama. Ikan bakar yang dimasak lain sedikit berbanding ikan bakar yang pernah saya makan sebelum ini. Ikannya dibakar tapi tidak kering malah berkuah pula. Nampak seperti asam pedas. Tapi bukan. Ia tetap ikan bakar. Sangat sedap yang amat. Mana tak sedap, ikan semuanya fresh2 belaka. Jadi bila dibakar, mestilah terasa kemanisan ikan fresh itu. Di tambah dengan kuah sambal yang dibakar sekali dengan ikan. Fuhh. MasyaAllah. Lazat yang amat. Ada macam2 ikan juga yang boleh dipilih. Antaranya, ikan kembung, ikan pari, ikan keli, ikan caru, dan banyak lagi. Kamu pilih saja. Harganya juga murah dan berpatutan.

Tempat ikan bakar ni, saya tak tahu namanya. Ia hanyalah gerai biasa saja yang mungkin sesetengah daripada kamu, tak mahu makan di situ. Tapi saya tidak kisah. Asal sedap, pasti saya datang. Ikan bakar hanya available pada waktu tengahari. Jadi jangan lambat. Pernah saya sampai sekitar jam 2 petang, ikan yang tinggal hanyalah beberapa ekor saja.

Kami manusia tamak. Jangan tertipu dengan gambar. Ada seekor lagi ikan keli yang belum sampai. Ngeee.

Tapi jika kamu tak tahan pedas sangat2, mungkin kamu tak gemar ikan bakar ini. Agak pedas, tapi tak lah sampai saya tak boleh makan. Sangat sedap ya kawan2. Jika kamu teringin, silalah ke Jalan Kuchai Lama. Di mana? Sila google. Jangan tanya saya ya. Nanti kamu sampai ke tempat lain pula. Ngee.

 

Template by Best Web Hosting