Wednesday, May 20, 2009

Ikhlas dan Redha

Semalam kan saya baru saja merungut kan? Merungut tentang passport saya yang tertinggal di rumahlah, risau tentang design baju nikah, dan tentang recon baru yang susah. Semua benda nak complain. Mujur hari ini, my fav blogger ada menghembus ingatan. Dia kata menyampaikan nasihat itu sama seperti menghembus ingatan. Comellah kata2 dia.

Saya suka dengan hembusan pertama yang mengatakan tentang IKHLAS. Kerja mesti selalu ikhlas. Bukan hanya sekadar kerana habuan atau pangkat. Dan yang paling saya suka ialah Firman Allah yang dia titipkan sekali, "Ikhlas itu ialah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang Aku titiskan dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi." Cukuplah. Kalau ingin tahu keseluruhan hembusan ingatannya pada hari ini, sila baca sendiri. Lebih menarik daripada saya cuba tuliskan di sini.

Kedua, saya terfikir tentang segala rungutan yang telah dibuat. Saya hanya merungut tentang benda2 remeh yang terlalu kecil jisimnya berbanding dengan masalah ibu Pijoi. Masalah tentang hidup dan mati itu beratkan? Tapi ibu Pijoi sangat tenang ketika mengkhabarkan tentang penyakit yang baru di diagnose oleh doktor 2 minggu lepas. Malah dia masih mampu ketawa dan berseloroh. Ibu Pijoi cuma minta kami doakan agar segalanya selamat. Ya tuhan, kental sungguh wanita ini. Saya tak dapat bayangkan jika saya menerima nasib seperti Ibu Pijoi. Kuat ke saya nanti? Atau sebaliknya? Saya tanya Pijoi, "Awak tak risau ke pasal mak?" Tapi Pijoi kata, "She has been through the worst. Lagipun ajal mautkan di tangan tuhan." Benar, tapi saya masih susah nak terima.

Entahlah. Redha itu saya fikir sama seperti ikhlas. Perlu ada tapi tak mudah untuk dipraktikan. Nampak saja senang. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, semua entah ke mana. Doa saja yang mampu saya buat buat Ibu yang ada banyak kasih sayang ni. Harap2 semuanya selamat sebab saya masih belum puas untuk menyayangi dan disayangi oleh Ibu Pijoi. Kamu pun doakan sekalilah ya?;)

2 comments:

the seasonal blogger said...

uuu.. didoakan yang baik2 dan smoga selamat to ibu pijoi

~ said...

maseh uda yang baik hati;)

 

Template by Best Web Hosting