Monday, June 29, 2009

I am a skilled driver!

Malam tadi, saya berjaya drive from JB to KL dalam masa 3 jam sahaja. Memang dah sangat lama saya tak pernah drive jarak jauh semenjak saya hidup di KL. Selalunya drive dari IBM ke rumah saja yang jaraknya tak sampai 15 minit. Dan yang paling jauh hanyalah ke Puchong. Hihi. Lagipun enchek driver tersayang suka drive kan, kasi canlah! (alasan orang malas drive). But anyway, last night I did drive from my hometown bersama enchek co-pilot yang asyik tidur di sebelah. Mula2 agak cuak sikit. Pertama sebab malam. Kedua sebab dah lama tak drive kat highway PLUS.

Sepanjang perjalanan, adalah sebuah kereta vios hitam ini teramatlah menjengkelkan kelakuannya. Nak bawak laju, tapi bila meter jejak lebih 150km/j saja, sure dia brek2. Kadang2 jarak kereta depan jauh lagi dia dah brek. Dah tu berlagak tak mahu ikut lane kedua. Kiranya ini kes macam main brek2. Saya yang ikut belakang, confirmlah sakit hati. Nak potong guna lane kedua banyak kereta. Nak high beam, rasa macam berlagaklah pulak. Nak follow terlalu rapat seperti yang enchek driver selalu buat, saya ni kurang mahir bab2 nak bajet jarak selamat. Maka saya follow saja dengan maki hamun di dalam hati since dari Melaka. Tapi akhirnya, dengan bantuan enchek co-pilot, saya berjaya juga memotong sambil mencilok kereta hitam vios itu sebab saya potong guna lane kedua. Rasa memang puas hati gila walaupun agak berdebar2 sebab saya terpaksa tekan minyak sampai 170km/j untuk memotong Vios yang menjengkelkan itu. Hihi.

Anyways, last weekend adalah break yang best. Dapat balik hometown meet my parents. Ayah pulang lagi untuk buat visa. Bunga pahar hampir siap sepenuhnya. Tinggal mama cantum2kan saja. Part yang itu saya memang tak reti. Sempat jugak beli barang2 untuk pot pouri. Angan2 untuk buat bunga rampai terpaksa dilupakan. Malas nak melecehkan diri di kemudian hari. Saat ini, bahang2 wedding preparation makin terasa. Masih banyak lagi yang belum siap. Tambah pulak kerisauan mama yang kadang2 over, buat saya makin cuak pulak. Tapi saya rasa sempat je. Bukan nak kahwin hujung minggu ni pun. Dan yang paling best bila saya kira campur tolak darab bahagi dengan segala time off dan replacement yang ada tahun ni, saya boleh ambil cuti kahwin untuk 17 hari working days. Wohoo. Memang best. Rasa macam nak kahwin bulan depan supaya saya boleh start dah cuti panjang. Haha.

Oklah. Malas nak tulis lagi. Sekarang memang makin malas nk tulis sebab rasa macam tak ada cerita best. Mintak2 tuhan kasi ilham supaya saya dapat menulis lagi. Hihi. Bajet macam ramai orang nak baca.

Adios Amigos.

Monday, June 22, 2009

Drag Me To Hell

It was so not cool to watch Drag Me to Hell. It was Sunday noon, when me, Pijoi and Uda had a late lunch at Old Town Sunway Damansara decided to watch this movie. It was Uda's idea actually. We just tagged along untuk teman uda. I told uda already that Drag Me to Hell is so so so scary as reviewed by Bills. Even Bills felt that scared, apatah lagi saya yang tak pernah watch any horror movies in cinema. But yesterday, I did.

What can I say about DMtH? Scary and some scenes are disgusting. Sangat menggelikan sampai saya rasa macam nk muntah. But not as disgusting as Thai's horror movie. Most of the scenes will let you terkejut2. Kalau tak, bukanlah cerita hantu namanya. Some scenes, I heard screaming from the audiences. Saya tak bersuara sebab sangat takut. And most of the time, jantung saya berlari laju macam tengah jogging 10km. However, I was lucky to wear kain tudung yang jarang since I used it to cover my face rather than watch the movies with my eyes bare naked. Haha. I was that scared people. But when I came out from the cinema, I could dare to say, to my surprise, I thought the movie is even scarier than that. Huh. Statement tak boleh blah walaupun jantung was still running fast up to 30 mins after the movie. WTH. Oh the ending was so-so. And I dont like it. I'd rather choose to end it with happy ending rather than having the typical horor movie endings.

So, in a nutshell, how scared is it? Go figure yourself! Ngee.

Friday, June 19, 2009

+VE

I want to have a positive mind. I want to have a positive soul. I want to have a positive emotion.

Selalu jelous dengan mereka yang sentiasa positif dalam apa keadaan sekalipun. Setiap hari mereka nampak seronok dan menggembirakan. Kadang2 benda simple pun boleh jadi something yang menarik. Best kan?

Oh mari repeat the mantra sama2.
I want to have a positive mind. I want to have a positive soul. I want to have a positive emotion.

Thursday, June 18, 2009

Oh What a Life!

Tired. Exhausted. I guess my life is even duller (if this word exists) than before. No kidding. I am passing by the closed shops in OU at 9am and passing by again some of the closed shops around 9 to 10pm. But luckily I have a so called joker that always make me smile everyday. Oh what a life! Tapi saya masih bersyukur untuk hidup seindah biasa ini.

If I am allowed to choose right now while dreaming that my fiance is a very rich man that can feed the heir sehingga 10 keturunan, I would prefer to be a housewife. Some of you might think that kind of life is even duller than what I am having now, but at least I dont have to feel guilty and get fiance's sulky, moody face every night when we have a late dinner.Or at least I dont have to be pressured by the datelines or closing tasks every month until I have no time to enjoy my life (applies only weekdays). Then I can watch TV all day long, or blogging about nothing at any times, or even go shopping whenever I like without stuck in a traffic jam. Oh I can cook and bake everyday and feed my other half until he becomes a cute doraemon. Oh what a wonderful life isnt it? Heh. In my dreams people. In my dreams!

Saya mahu ganti Edie Britt as one of the desperate housewives members boleh? hihi. Sedihlah Edie dah mati. Tak ada lagi dah an evil but beautiful at inside women dalam siri itu. Siapa yang mahu bergaduh dengan Lynnette, Bree, Susan, and Gabby? Atau wanita yang even sudah dipulaukan tapi masih mampu menjadi kawan yang baik? Yang nampak jahat dan suka enjoy tapi selalu fikirkan tentang kematiannya? Tak ada. Memang betullah she is one of a kind women.

Saya patut berhenti merapu dan siapkan kerja. Sebenarnya saja nak bersihkan sawang2 yang dah bersarang dalam blog saya ni. hihi. Semoga ketemu lagi ya!

Tuesday, June 9, 2009

The Great Singapore Sale

Seperti tajuk, itu yang saya ingin tulis. Tak banyak yang saya boleh cerita tentang The Great Singapore Sale. Itu adalah kali pertama saya experienced dan hanya sempat enjoy untuk beberapa jam sahaja. Maaf jika perkongsian saya memang sangat ciput. Saja ingin berkongsi. Kata orang, sikit pun tak apa. Sharing is caring. Tak gitu?

Pertama, Singapore is really a shopping heaven. Kamu pergi saja ke Orchard Road sudah cukup. Everything is there; from the old zaman muda-mudi ibu’s shopping mall until the new latest one. Saya rasa ada lebih kurang 10 shopping mall di Orchard Road saja. Saya rasa 10 tak tahulah terlebih atau terkurang atau saya yang exeggarate lebih? Hehe. But trust me, you can find almost everything over there. From the cheapest, non-branded stuffs till the most, luxury, designer labels. Ohh memang tak tahan. Tauke minyak pun boleh bankrupt. Okeh, I’m exaggerating again. Tapi pointnya, Orchard Road is a shopping heaven.

As the advertisement, you can find discounted stuffs up to 70%. Tapi macam biasalah. Ikutlah barang apa yang kamu nak beli tu. Yang saya nampak, the least branded stuffs have more discount offers. Contohnya, handbag seperti Guess, Kipling, and etc dilonggok2 saja up to 70%. But the choices are not too bad. Bukan barang2 yang dah outdated like 2-3 years ago. Maybe early 2009 or late 2008 punya arrival. Ada yang kata jam guess yang berharga RM1000 dapat dibeli dengan harga RM300 belum discount 40% lagi, that’s a very good bargain kan?

To all the designer lovers, Orchard Road is the place for you. Tapi jika kamu harapkan discount yang hebat for designer labels, mimpi sajalah. The far it can goes is up to 20% saja. Seperti jam Tag Heuer, paling banyak discount 20% saja. Tapi bila dah didarab, bahagi, tolak, campur, you might get cheaper price in Malaysia. Mind you the Singapore currency rate is $1 SGD = RM 2.44. Mahal kan? Tapi kan hari tu, saya nampak ramai gila wanita2 shopaholic yang beratur panjang, semata2 untuk masuk ke kedai Coach. Mungkin Coach ada buat jualan murah yang terlampau. Kalau tidak, takkan mereka beraturkan? Saya pun teringin juga nak masuk, tapi masa tak mengizinkan. Haih.

Untuk peminat cadar branded seperti Sheridan, Hallmark, etc, discount seperti biasa. Up to 70% for selected items only. Dari apa yang saya lihat, di situ semua cadar2nya adalah imported and branded one. Tak ada pulak nampak Akemi or what not di situ. Tapi menurut my parents, untuk cadar, Jakarta lebih banyak choices dan lebih murah untuk brand yang sama. Yang ini saya tak pasti sebab saya kurang arif bab2 cadar ni.

But the best thing shopping in Singapore is in term of choices. Terlalu banyak choices sampai boleh rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. Rasa macam nak beli semua. Heh. Excuses. The simple example would be the Nine West shoes. Selalu kat Nine West KL, I can only find 2 brands which are Nine West itself and Enzo Angiolini. But, Nine West Singapore ada extra one brand which is Anne Klein yang sama cantik seperti Enzo dan Nine West. Ermm lebih satu brand pun boleh dikira as banyak choices juga kan kan? Hehe.

Apa lagi? Baju dan kasut, memang banyak discount. Tak payah cerita. Common sense. Gadgets, perfumes, make up, semua saya tak sempat nak survey. Apa yang saya cerita, itu sajalah
yang sempat saya tengok sebab saya memang kesuntukan masa. How I wish I had a longer time and a lot more money macam Kim Kardhasian yang would buy almost everything that is on sale. Heh.

Anyway, saya rasa itu saja yang mampu saya kongsikan. Kalau kamu ada info2 lain yang lebih menarik, jangan segan, jangan malu untuk menambah. Sharing is caring you know. ;D

Monday, June 8, 2009

Lu Fikirlah Sendiri

Saya sangat penat. Khamis yang lepas, saya dah tak tahan dan tertewas. Saya hampir pitam dan demam sepanjang malam. Mujur weekend sudah hampir. Jadi saya dapat rehat sepuasnya dan kembalikan tenaga saya yang dah kehabisan. Hilang semua mimpi tentang nombor dan contract. Alhamdulillah. Syukur yang amat. Saya sememangnya bukan workaholic. Sekarang, saya sangat respect the fiancé. Work till late at night and continue study. Heh. Dia bagaikan robot terminator. Good Luck bebeh for your exam today. May the force be with you!

Sekarang ni, banyak bangunan runtuhkan? Yang baru dibina pun runtuh. Memalukan. Ada yang nak selamatkan diri, mulalah tuding jari kat orang lain. Nak salahkan kakitangan JKR pula sebab tak ada seorang architect atau engineer atau technician di tapak pembinaan untuk memantau kerja2 pembinaan. Jadi penipuan bahan2 boleh berlaku di situ. Haih Dato’ni nak buat lawak ke? Takkan tak pernah tahu working attitude government servants? Atau mungkin Dato’tak pernah dengar tentang rasuah? Masih ada lagi ya pembesar kita yang innocent. Tak sangka. Saya tak tahu banyak tentang pembinaan sebab saya bukan engineer. Tapi sedikit sebanyak saya pernah tahu tentang pembinaan. Nak dapatkan 1 projek, rasuah atau melobi dah wajib. Makin besar projek yang nak diminta, makin besar duit yang perlu dijaja. Harga projek tak seberapa tinggi. Kadang2 harga bahan mentah masih guna harga bahan 10 tahun yang lepas. Kemudian, nak minta duit selepas siap pembinaan, kerani pun minta duit. Kalau tak, jangan harap payment dapat keluar cepat. Itu tak termasuk lagi duit jajan untuk technician atau engineer semasa menyelia projek. Oh polis juga jangan lupa. Dia pun mahu duit jajan. Kalau tak, habislah semua orang2 Indonesia di tapak pembinaan dikacaunya. Jadi, baki yang tinggal untuk bahan mentah berapa? Lu kiralah sendiri ya.

Saya sangat terharu dengan rancangan Big Oprah’s Gives. Saya tak tahu bagaimana mereka buat duit dengan rancangan ini. Tapi yang saya tahu, mereka ada hati dan jiwa yang besar untuk bantu warga mereka yang miskin dan tidak upaya. Rancangan ini seperti satu game yang mana contestants harus menghabiskan usd100 ribu untuk membeli barang dan menderma kepada mereka yang tak upaya. Kata mereka, people might think spending for people is easy, but to finish 100k in few hours is aint that easy. Hehe. Memang benar. Ada yang sampai menangis sebab guilty hanya dapat habiskan 10 ribu saja. Ada yang sangat gembira bila dapat membuat orang lain tersenyum. Itulah teori sharing the happiness. Bukan ke?

Tapi pelikkan. Mereka yang negara kafir, tapi ada banyak program nak membantu warga miskin. Home makeover, Big Oprah's Gives, and many more. Tapi, kita yang negara Islam, ada 1 atau 2 program saja. Itu pun hanya kasi beras, maggi, etc. Penerbit lagi ghairah nak buat untung UNDI SMS daripada buat rancangan yang begini. Mama pernah kata, nak tahu tahap kemunduran sesebuah negara, tengok pada rancangan tv nya. Makin mundur negara tu, makin banyak rancangan hiburan, konsert nyanyian, dan iklan ubat. Jadi, lu fikirlah sendiri!

Tuesday, June 2, 2009

Maaf

Maaf...


Saya ingin meminta maaf daripada semua tentang entry sebelum saya yang teramat gembira dan bahagia. Saya tak tahu pula berkongsi kegembiraan boleh menunjukkan si penulis sedikit berlagak tentang kegembiraannya. Mungkin ada yang menyampah. Jadi maaf, jika saya terbuat anda menyampah dan meluat. Saya teramat gembira. I cant help myself to share my happiness with everyone. Tapi jauh di sudut hati saya, saya berharap sekelumit kegembiraan saya ini akan terpancar kepada kamu juga. Terima kasih ya, uda. Saya baru tersedar selepas baca blog kamu;)


Seperti biasa, saya masih sibuk dengan kerja. Masih belum ada penghujungnya. Selesai projek yang satu, datang pula projek yang kedua. Tapi saya lebih suka kerja begini. Susah pada mulanya, tapi saya tahu semuanya di kemudian hari. Paling menggembirakan, bila saya nampak kesusahan saya memberi hasil yang baik. Bila begini, saya baru terfikir. Mungkin accountant bukan kerjaya yang saya mahukan. Hmm..mungkin.



Ini gambar terbaru Adam yang Pijoi baru mms. Pijoi kata Adam nampak comel pakai baju belang2. Memang pun comel. Adam dah besar. Makin montel dan makin gelap? Ke camera Pijoi yang cikai? Ngeee.

Monday, June 1, 2009

Tuhan, terima kasih

Saya tak sangka wedding preparation itu sangat indah dan membahagiakan more than I could imagine before. Bukan hanya fancy stuffs yang sangat adorable tetapi perasaan teruja yang dapat dikongsi bersama ibu dan ayah yang tercinta amatlah membahagiakan. Terasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada mereka.

Bayangkan, seorang ayah yang sangat benci shopping yang leceh2, sanggup teman saya bershopping dari pagi sampai petang. Bukan sekali, dua kali, tetapi berkali2. Bila saya frust, tak jumpa barang yang dicari, dia juga turut berkongsi rasa, malah turut risau jika barang yang saya mahu masih belum jumpa. Malah dia mesti kata yang dia akan tolong carikan barang yang saya nak tu nanti. Tak tahu kenapa ayah pandai memujuk dan amat memahami saya sejak akhir2 ini. Saya terharu tak terkata.

Mama pula, sanggup melayani kerenah saya yang macam2. Selalu teman saya ke mana2 bila saya pulang. Sanggup tolong saya buat bunga pahar. Dan waktu yang paling saya suka bila kami berkongsi angan2 dan idea bersama. Sungguh indah.

Boleh tak tolong beritahu masa supaya jangan cepat2 berlari?

Tuhan, terima kasih ya, beri saya sekelumit kebahagiaan. Dan pinjamkan saya ibu dan ayah yang amat menyayangi saya. I am blessed.
 

Template by Best Web Hosting