Malam tadi, saya berjaya drive from JB to KL dalam masa 3 jam sahaja. Memang dah sangat lama saya tak pernah drive jarak jauh semenjak saya hidup di KL. Selalunya drive dari IBM ke rumah saja yang jaraknya tak sampai 15 minit. Dan yang paling jauh hanyalah ke Puchong. Hihi. Lagipun enchek driver tersayang suka drive kan, kasi canlah! (alasan orang malas drive). But anyway, last night I did drive from my hometown bersama enchek co-pilot yang asyik tidur di sebelah. Mula2 agak cuak sikit. Pertama sebab malam. Kedua sebab dah lama tak drive kat highway PLUS.
Sepanjang perjalanan, adalah sebuah kereta vios hitam ini teramatlah menjengkelkan kelakuannya. Nak bawak laju, tapi bila meter jejak lebih 150km/j saja, sure dia brek2. Kadang2 jarak kereta depan jauh lagi dia dah brek. Dah tu berlagak tak mahu ikut lane kedua. Kiranya ini kes macam main brek2. Saya yang ikut belakang, confirmlah sakit hati. Nak potong guna lane kedua banyak kereta. Nak high beam, rasa macam berlagaklah pulak. Nak follow terlalu rapat seperti yang enchek driver selalu buat, saya ni kurang mahir bab2 nak bajet jarak selamat. Maka saya follow saja dengan maki hamun di dalam hati since dari Melaka. Tapi akhirnya, dengan bantuan enchek co-pilot, saya berjaya juga memotong sambil mencilok kereta hitam vios itu sebab saya potong guna lane kedua. Rasa memang puas hati gila walaupun agak berdebar2 sebab saya terpaksa tekan minyak sampai 170km/j untuk memotong Vios yang menjengkelkan itu. Hihi.
Anyways, last weekend adalah break yang best. Dapat balik hometown meet my parents. Ayah pulang lagi untuk buat visa. Bunga pahar hampir siap sepenuhnya. Tinggal mama cantum2kan saja. Part yang itu saya memang tak reti. Sempat jugak beli barang2 untuk pot pouri. Angan2 untuk buat bunga rampai terpaksa dilupakan. Malas nak melecehkan diri di kemudian hari. Saat ini, bahang2 wedding preparation makin terasa. Masih banyak lagi yang belum siap. Tambah pulak kerisauan mama yang kadang2 over, buat saya makin cuak pulak. Tapi saya rasa sempat je. Bukan nak kahwin hujung minggu ni pun. Dan yang paling best bila saya kira campur tolak darab bahagi dengan segala time off dan replacement yang ada tahun ni, saya boleh ambil cuti kahwin untuk 17 hari working days. Wohoo. Memang best. Rasa macam nak kahwin bulan depan supaya saya boleh start dah cuti panjang. Haha.
Oklah. Malas nak tulis lagi. Sekarang memang makin malas nk tulis sebab rasa macam tak ada cerita best. Mintak2 tuhan kasi ilham supaya saya dapat menulis lagi. Hihi. Bajet macam ramai orang nak baca.
Adios Amigos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment