Monday, June 1, 2009

Tuhan, terima kasih

Saya tak sangka wedding preparation itu sangat indah dan membahagiakan more than I could imagine before. Bukan hanya fancy stuffs yang sangat adorable tetapi perasaan teruja yang dapat dikongsi bersama ibu dan ayah yang tercinta amatlah membahagiakan. Terasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada mereka.

Bayangkan, seorang ayah yang sangat benci shopping yang leceh2, sanggup teman saya bershopping dari pagi sampai petang. Bukan sekali, dua kali, tetapi berkali2. Bila saya frust, tak jumpa barang yang dicari, dia juga turut berkongsi rasa, malah turut risau jika barang yang saya mahu masih belum jumpa. Malah dia mesti kata yang dia akan tolong carikan barang yang saya nak tu nanti. Tak tahu kenapa ayah pandai memujuk dan amat memahami saya sejak akhir2 ini. Saya terharu tak terkata.

Mama pula, sanggup melayani kerenah saya yang macam2. Selalu teman saya ke mana2 bila saya pulang. Sanggup tolong saya buat bunga pahar. Dan waktu yang paling saya suka bila kami berkongsi angan2 dan idea bersama. Sungguh indah.

Boleh tak tolong beritahu masa supaya jangan cepat2 berlari?

Tuhan, terima kasih ya, beri saya sekelumit kebahagiaan. Dan pinjamkan saya ibu dan ayah yang amat menyayangi saya. I am blessed.

2 comments:

^^, said...

terima kasih tuhan.. kerana memberi kebahagiaan pade larlink ku ini. hehe.

the seasonal blogger said...

boleh tak nak kata sgt sweeet. haih, comel comel :)

 

Template by Best Web Hosting