Tuesday, April 28, 2009
Multitasking
What do you think of these people that I might know. An IBM accounting manager who at the same time is a drummer of a quite well known Malaysian English band. Or another IBM accountant who has passion on fashion, thus choose to be a model at certain times. To a very famous and only Malaysian Astronaut, Sheikh Muzaffar, could be a very good example of a multitasker; a doctor, model, motivator, and astronaut at one time. Gosh! I salute you.
How I wish I could be one of them; an accountant and a popular home baker/chef like Chef Wan, Rachael Ray, or the most fav naked chef, Jamie Oliver. But since I have no knowledge on bakery or pastries or cooking, it will be just a dream. Not only knowledge that I dont have, oven also I dont have. So tell me laa people how am I going to be a fofular home baker/chef? (hint for a wedding wishlist ;p)
Or can I say learning Japanese Language is also multitasking? If yes, I will definitely enrol now. But if it's not, I will still enrol cause I need those damn extra incentives lah. Ngee. Lagipun it's FOC with no obligation should pass or what not. So rugilah kalau saya tak join kan? Cuma saya perlukan sedikit determination, takut2 kemalasan mengatasi segalanya. Heh.
Monday, April 27, 2009
Banned FB
Ni sebabnya:
Kurang hajar punya FB. Sumpah tak nak buat lagi kuiz2 bangang macamni. Orang lain punya bukan main puji2. Part aku, pergh, kutuk tak hengat punya. Panas2!
Malang2. Dah lah handphone rosak. FB kata aku perempuan jahat. Bila masa pulaklah aku kasar. Aku ni lemah lembut orangnya. Tak caya. Tanya tuan punya badan. Ngee.
Psst: Gambar kecik? Tulisan tak nampak? Saja tak nak kasi korang baca. HAHA
Panas!!
Sekarang ni cuaca sangat panas kan? Pukul 9 pagi, panasnya macam jam 11 pagi. Dan pukul 6.30 petang, matahari masih tegak di atas kepala. Bahang dalam rumah lagilah tak terkata. Panas yang amat. Kalaulah hujan turun setitik dua, syukurnya ya tuhan. Tapi dah berapa lama dah tak hujan2.
Tak cukup dengan panas cuaca, hati saya pun panas juga. Nokia express music memang tak guna. Benci gila. Baru setahun guna, dah 2 kali rosak. Bila nak trade in, laku rm150 saja. Saya beli rm1100. Tak guna sungguh. Macam mana hati saya tak panas?!
Hari ni, ada 4 orang (termasuk saya) je team saya yang kerja. Yang lain semua cuti. Bahagia sungguh. Boss pun cuti. Jadi banyak jugalah masa saya nak tulis blog, blog hopping, dan view gambar wedding wawa kat FB. Tu pun lepas wawa beritahu Sabtu lalu yang dia dah lama upload gambar weddingnya. Betapa saya tak herannya dengan FB dan Friendster anymore. Malas sungguh. Tapi terasa pulak macam dah disconnected dengan kawan2 semua. Ada apa2 new update ke korang? Oh yang kamu semua tahu, wawa dah safely delivered baby boy. Handsome ok. Kecik2 bulu mata dah panjang. Tak larat. Hehe. Congratulationslah wawa n ye. Kak Aida, kamu bila pulak?;p
Saya rasa nak ke One Utama pergi repair handphone. Lainkali saya update ye. Tata.
Friday, April 24, 2009
Income Tax
Mula2 kisah tax ni, datang dari uda. Sebelum itu, Uda ialah Pakar Bahasa Melayu dan penggiat sastera negara. Sebab itu saya rasa tak boleh blah bila baca email dia. HAHA. Sure cikgu BM kau bangga uda;p Email penuh, baca di sini.Siapa2 yang belum check lagi sama ada kena bayar income tax ke tak. Silalah hubungi En Zainal ni. Tapi kalau kamu perempuan, baik2. En Zainal ni gatal orangnya. Ada ke patut panggil saya sayang.
En Zainal: Iye sayang. Betul Sayang. Macam tu sayang.
Perghh. Meluat ok. Pelissssslah. Nasib baik call. Kalau depan2, En Zainal nak penampar ke? Heh.
Wednesday, April 22, 2009
Planning and Budgetting
Sebenarnya bukan banyak sangat pun kerja saya. Kalau busy gila, mana mungkinlah saya nak menulis kan? Saya tension sebab IBM merosakkan alam sekitar. Dalam masa beberapa hari ini, kertas yang saya print dan buang mungkin mencecah 1 longgok kertas baru. Or equals to half big tree perhaps? Itu saya sorang. Darab dengan 400 orang dan seminggu? Kira sendiri. Mana saya tak sakit hati sangat. Ini semua gara2 SOX control lah. Mengadu kepada the fiance, hampeh. Jangan mimpilah dapat dibacking. Dia kata, baguslah, jimatkan cost audit fee. Tapi bila fikir balik, mungkin harga kertas accountant IBM = audit fee. Duhh. (Note to Ezat: reason 1 kenapa accountant tak suka auditor)
Tiga hari yang lepas, the fiance balik kerja awal. Jadi setiap malam kami dinner bersama and spent some quality time together. Kami berjaya discuss about our future planning and budget. The 1st attempt was failed. We end up ketawa2 rather than planning or budgetting. Kenapa? Sebab si accountant telah menokok tambah segala perbelanjaan bulanan sampai duit gaji tak cukup. Kata auditor, "awak, saya menyampahlah. Jangan understate the account bole?" Ngee. Memang susahkan kalau ada accountant yang gelabah macam ni? (Note to Ezat again: reason ke 2 kenapa accountant tak suka auditor. Banyak songeh. Dah untung saya nak buat budget. Heh)
But last night, finally, berjayalah juga. After hasil usaha saya menglist down segala expenses bulanan and what not. Kami agree with that budget and start to plan when to buy a house, how to get the loan, and what not. Ada sesiapa yang baik hati tak, mahu pinjamkan duit pada kami with 0% interest installment? Tak banyak. RM40k cukuplah. Ngee.
OMG. Am I an adult now?
Tuesday, April 21, 2009
War & Blogging
Sekarang ni manusia memang suka bergaduh. Bukan saja dalam alam realiti, dalam dunia virtual pun boleh gaduh. Kalau pasangan kekasih, YM or IM adalah tempat paling favourite untuk gaduh. Semua cerita keluar. Sebabnya, terlalu ikutkan perasaan, tangan laju je taip. Itu yang tak bagusnya. Kalo strangers, bloglah menjadi sasaran. Bukan apa, ada sesetengah pembaca ni terlalu obses atau fanatik samada kepada terlalu suka ataupun terlalu tidak suka. Bila dah ada pembaca begini, mulalah nak komen ntah hape2. Aku pun tak ketinggalan. Tapi tak adalah sampai nak komen kat blog dia. Cuma kadang2 tu, aku dan kawan2 saja suka2 bercerita yang baik atau tidak tentang si penulis blog yang dikenali ataupun strangers (tapi bajet2 cam kenal). Ikutlah. Kalau si penulis itu suka berlagak, kadang2 sampai over juga penulisannya. Tu yang kena kutuk. Tapi aku pun sendiri pelik, kenapa aku perlu baca blog si penulis kalau aku tau yang aku akan menyampah kemudiannya?
- Mungkin aku bosan
- Saja suka2 nak baca. Dah jadi habit
- Saja cari bahan nak cerita dengan kawan2
Sebab ada orang macam akulah ada blogger yang kena kutuk. Heh. Tapi aku tak adalah niat yang tak baik. Saja cerita2 dengan kawan (bab ni Pijoi paling benci). Pada aku biasalah orang kutuk2 ni. Mana ada orang perfect. Ye tak? Kalau korang nak kutuk aku pun, aku tak kisah. Normal. Tak adanya sampai aku nak benci kau atau mendelete kau sebagai kawan2 aku kalau setakat kau nak kutuk aku. Tak adanya aku childish sangat. Rilek2 sudey. Bukan ke tulis blog tu saja suka2? Tapi itu kalau kau kawan aku. Kalau kau strangers, maaflah aku tak peduli sikit.
Lainlah dulu masa aku sekolah2 menengah. Time suka memberontak. Waktu tu aku tak boleh nak terima kutukan. Bajet bagus. Tapi bila dah besar dan meningkat dewasa ni, aku rasa kutukan tu wajar. Kalau tak, aku akan selalu perasan yang aku ni bagus. Bajet bagus tu adalah sifat yang akan buat aku jadi manusia bangang di kemudian hari. So aku tak mahu itu. Tapi ingat kutuk itu tak sama dengan memfitnah ya. Jangan silap. Buruk padahnya.
Nanti kalau ada masa, bacalah entri si dia ni. Aku rasa ada benarnya apa yang dia tulis. Nanti raya aku mintak maaf to all the readers ya. Kot2 tulisan aku ni ada sakitkan hati orang. Spread the love people. Peace!
Monday, April 20, 2009
the 100th entry
Weekend lepas aku balik JB lagi. Biasalah. Anak emak. Mesti balik selalu. Balik kampung kalini, banyak juga urusan yang aku dah selesaikan. Jadi aku seronok dan tenang. Pertama, handbag dan kasut hantaran yang paling payah nak cari, aku dah beli. Nanti aku hapdet cerita pasal Shopping heaven in Singapore. Kedua, aku dah jumpa langsir sesuai untuk wedding. Dah selamat di tempah. Walaupun aku lagi suka design langsir untuk hall daripada bilik aku. Tapi nak warna ungu punya pasal. Aku pasrah je. Susah gila nak cari langsir ungu. So korang2 sume, pikir laa theme colour lain. Tapi kalau kau sanggup nak survey merata tempat untuk warna ungu, boleh saja. Asal kau bahagia.
Dan yang ketiga, bunga pahar aku dah 50% siap. Wohooo. Kan aku ada cerita kan dulu, yang manik aku ni dah tak diproduce lagi oleh mana2 kilang. Aku dah pergi semua kedai gubahan hantaran and what not di Jalan TAR dan juga serata JB, tapi manik aku tu memang unik sampai semua kedai tak ada jual. Mungkin juga dah out dated. Duhh. Tapi aku dah suka kan. Maka aku nak jugak. So hari Sabtu hari tu, aku cari alternatif lain untuk gantikan manik2 aku tu. Dan aku found out manik yang lebih murah tapi cantik.
Manik ni lebih comel dan murah. Kenapalah tak terfikir sebelum ni. Mama kata, try and error. Ilham tak sampai lagi masa tu;p
Aku teramatlah suka. Manik yang lama aku still guna kat bunga pahar tu juga. Cuma aku letak sikit saje. Nak kasi cukup 60 batang kan. Jadi next time aku balik, aku nak pastikan yang bunga pahar aku siap 100%. Then, boleh simpan terus sampai 21hb November nanti.
Setakat ni, banyak jugalah preparation aku dah buat dan aku berpuas hati. Cuma ada certain benda yang aku terpaksa argue dengan parents aku. Baru aku sedar, yang wedding ni bukan saja impian bakal pengantin, tapi impian ibu kau juga. Jadi untuk buat kau dan ibu sentiasa happy, kau discusslah selalu dan kasi justification yang mantap. Sebabnya, kadang2 impian ibu kau mungkin dah terout-dated sedikit dan terikat dengan adat yang tak realistik. Tapi kalau kau boleh ikut, lebih bagus. Macam aku, ada yang aku ikut, tapi ada juga yang aku kata ya, cuma di belakang tabir aku cari alternatif lain yang boleh buat aku happy at the same time. Kena bijaklah. Apa yang penting, masa proses preparation ni, kau dan ibu mesti rasa happy selalu spending lots of quality time together. Sure kau bahagia. Tak caya? Cubalah try!;D
Thursday, April 16, 2009
True Love
Lihat saja kasih si Lynette kepada Peter (her son). Dia pernah beritahu, jika Peter mengaku dan bercakap benar, kalaupun Peter yang bakar Fairview Club itu, dia akan tetap berada di belakang Peter walau apapun. Tapi jika Peter menipu, dia masih sayangkan Peter cuma tidak dapat membantu kerana dia tak dapat menolong orang yang menipu. Kasih ibu, semestinya sejati bukan?
Or Gabrielle could be the next best example juga. Dia yang dulunya seorang model yang cantik dan kaya dan mempunyai begitu banyak expensive shoes and clothes collection, tapi semenjak suaminya buta dan hartanya hilang semasa tornado tempoh hari, dia sanggup menjual kesemua barang kesayangannya termasuk kasut dan baju semata2 untuk menyara kehidupan dia, suami, dan 2 anak2nya yang gemuk. Ngee. Kasih suami dan isteri haruslah sejati kan? Kalau tidak, macamana nak membina keluarga bahagia?
Dan kasih saya terhadap the fiance, saya masih belajar untuk selalu membuat keputusan remeh atau besar dengan berbincang dengannya dulu. Saya selalu terlupa yang mama dan ayah sudah beri sedikit mandat kepada the fiance untuk buat keputusan untuk saya. Duh. Tapi normallah kan bila dah 24tahun ayah dan mama yang selalu buat keputusan, tiba2 dalam masa 5 bulan, tukar pula kepada the fiance, mestilah saya lupa. Tak apa. Take it slowly. Saya budak baru belajar dan akan terus belajar. Itu janji dan kasih saya.
Demi kasih saya kepada mama dan ayah juga, hari ini saya tidak bekerja dan sedang bersenang-lenang di JB lagi walaupun weekend yang lepas saya sudah pulang. Tapi yang sebenarnya saya ambil kesempatan mahu bershopping di Singapura. Ngeee. Nanti saya cerita ya. Itupun kalau saya rajin. ;D
Tuesday, April 14, 2009
Christchurch yang cool
We (me, Fizz, and Pijoi) miss Christchurch dearly. That was one of the topics that we talked about last Sunday. Kalau dulu, masa di sana, kami selalu rindu mahu pulang ke Malaysia dan menikmati segala makanan yang super lazat, tapi sekarang kami mula merindui Christchurch pula. Rindu untuk menghirup udara yang segar dan berhenti seketika daripada hiruk pikuk suasana Malaysia. Yes, I can assure you, Christchurch is the best place jika kamu mencari ketenangan.
Aktiviti cool yang pertama di Cathederal Square
Aktiviti cool kedua di Christchurh
Kami juga berangan yang mana kami akan datang ke Christchurch semula bila kami sudah berduit banyak nanti. Bukan untuk tinggal di sana tapi saja untuk berjalan2 mengimbau kembali kenangan zaman2 dulu. Kenangan kami berjalan kaki dalam kesejukkan winter di pagi hari ke kelas, kenangan Pijoi berbasikal ke New Brighton dan Sumner (nonsense betul berbasikal ke sana. Heh), kenangan bercintan-cintun di library (uhuk), kenangan ber'flying'-fox di taman permainan Riccarton dan macam2 lagilah. Oh mungkin boleh masukkan agenda ke West Coast juga kerana itulah satu2nya tempat yang saya tak sempat nak pergi dulu. Bersiar2 di Cathederal Square dan Kebab juga wajib. And not to forget the most delicious Oreo Milkshake with bubble di City Exchange. How about ngeteh di Dannys and Starbucks or Coffee Culture? Jangan lupa ya. Oh oh semakin rindu dong!
Ngeteh di Coffee Culture juga aktiviti yang cool! (sila abaikan model yang sedang berfikir)
Tapi mungkin keseronokan itu sedikit kurang nanti kerana tiada lagi rakan2 seperjuangan di sana. Semua pasti sudah pulang. Jika ada yang tinggal, baguslah. Boleh jimat accomodation cost dan food juga? HAHA. Dan boleh berkaraoke, bermain Uno dan kad, or perhaps Monopoly.
Thursday, April 9, 2009
Emo!!
Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup bazir masa tulis blog padahal kerja aku tak siap lagi. So gud bye lah. Esok2 aku hapdet. Eh lupa esok aku nak balik kampung. Jangan jelous ya!
Wednesday, April 8, 2009
Compromise = Big Heart
Thursday, April 2, 2009
saje-saje
Saya suka juga kartun2 yang comel atau mungkin ada yang panggil karikatur (kalau saya tak salah sebut dan eja). Lebih2 lagi kalau kecomelan karikatur itu diabadikan di dalam sebuah kad kahwin seperti ini. Lovely d VAss! Saya suka sangatlah. Tapi menurut the fiance, macam budak2. "Awak ingat ni kad raya ke?" Hoh. Dah agak dah jawapan ni. Belum tunjuk kat my parents lagi. Sure lagi teruk kene kutuk. Pada hemat sayalah kan, wedding tu tak perlulah terlalu formal. Hanya perlukan sedikit kecomelan, sejambak keriangan (eh, macam bunga pulak), dan kebahagiaan yang banyak. Kalau terlalu formal nanti bosan. Tak ke? Itu yang saya rasalah. Sebab itu saya lebih suka majlis di rumah. Sesiapa saja boleh hadir kerana tiada had kerusi dan meja, boleh bergelak ketawa sesuka hati, boleh bergambar tanpa perlu menunggu majlis selesai (atau section closed) dan sesiapa saja boleh menepung tawar. Ya, my dear friends, kamu semua silalah menepung tawar saya and the fiance nanti ya. Saya dah sediakan special door gift untuk kamu2 yang sudi. Tak susah, baling saja bunga rampai dan renjis air mawar. Setel! Boleh bayang tak? *ngeee*
Saya kagum with those muda-mudi yang pandai menjahit. Saya teringin nak cuba. Pernah juga saya suarakan hasrat pada mama dulu. Tapi mama kata, "Awak basic pun tak reti, nak belajar jahit terus. Dah tu, takdenya mak mertua sekarang heran awak pandai jahit ke tak!" Discourage betullah. Tapi memang betul. Saya hopeless ok. Tak caya tanyelah the fiance. Dia pernah suruh saya jahit lipatan seluar graduationnya yang dah dipotong sebab terlalu panjang. Tapi saya cakap baik dia saja yang jahit kalau dia tak nak kecewa tengok seluarnya buruk nanti. HEHE. Jadi, dia jahit sendiri. Lawa pulak tu. Malu saya. Tapi at least saya honest kan, tak pandai jahit? Cuma terfikir, kalau saya pandai jahit, boleh saya jahit langsir bilik tidur pengantin, tak pun jahit baju nikah saya, or jahit baju nikah the fiance? Oh Oh bestnya. Dan nanti mesti saya banggakan? Berangan lagi. Apekah? Aku memang tak pandai jahit. Titik.
Jadi, kamu yang belum kahwin, belajarlah jahit. Nanti boleh bangga baju nikah pasangan, kamu yang jahit. Tak ke?