Saya dah 24 tahun dan 5 bulan tapi saya baru faham perasaan ibu yang selalu risau tentang anaknya. Kamu tahu kenapa? Ibu Pijoi kata, "Mula je mengandung ibu dah start risau. Anak dia sihat ke kat dalam perut tu? Bila dah lahir lagi tambah risau, jari kaki tangan semua cukup ke? Ada cacat cela ke? Sihat ke? Dan bila makin besar, makin risau dibuatnya. Semua ibu fikir." Bunyinya lebih kurang macam itulah. Saya rasa, kerisauan ibu takkan pernah padam selagi dia bernyawa. Cuma kadang2 anak2 kurang faham kenapa ibu selalu risau. Tapi yang saya selalu tahu, itu tanda kasih sayang ibu.
Hari ibu dah lepas dan saya tak ucap pun selamat hari ibu kat mama. Memang saya tak pernah ucap. Kami bukan jenis yang begitu. Hari jadi pun jarang2 kami ingat. Lagi pula hari2 lain. Hari raya je kami tak lupa. Ngeee. Tapi saya tahu, mama mesti tahu yang saya sayangkan dia sangat2. Action speaks louder than words kan kan? Saya lebih gemar bergayut dengan mama at least sekali setiap hari atau berjalan2 berdua, masak2 didapur bersama, atau hanya bercerita tentang angan2 masing2. Pada saya moments sebegini lebih bermakna daripada menyambut hari ibu setahun sekali. Ayah pun pernah cakap, nak kasi hadiah tak perlu tunggu hari jadi atau hari special. Bila2 pun tak apa. Yang penting dua2 hepi. Simple kan?
Rindu pulak pada mama. Tak sabar rasanya nak tunggu 11 Jun. Mahu bershopping tak berapa sakan dengan ibu di Jakarta lagi;p
Ok cukup cerita tentang ibu. Nak cerita pula tentang si comel ini.
Si comel anak buah saya ni namanya Adam Wafiy. Geram tengok pipi dia. Selalu rasa nak gigit. Saya beritahu Fiza, saya suka tengok Adam. Adam tidur, Adam minum susu, Adam menguap, semualah saya suka. Asyik nak tengok je si kecil yang comel ni. Fiza kata, baby dikelilingi oleh malaikat sebab tu kita suka tengok baby. Moga2 malaikat selalu doakan yang baik untuk Adam ye.
Dan sebab Adam terlalu comel, maka dengan senang hati saya gelar diri saya Mak Ngah. No hesitation. Hilang semua negative perception tentang Mak Ngah yang gemuk, Mak Ngah yang garang, dan Mak Ngah yang bengis. HEHE. Lagipun, saya sangat baik, kurus, comel, dan lemah lembut. Haruslah jadi Mak Ngah yang paling best. How cool is that? Ngeee.
Little Adam and his Pak Ngah yang poyo;p
4 comments:
Eheh...ramainya Adam skang ni..
Tp nama adam wafiy waa very nice.
Sgt cute ok anak sedara hang mak ngah.
haa kan kan?hhehehe terjangkit adam lambert kot;p
cute kan die..geram aku tgk!!!;D
yulsss!!! comel gile ok beby tuh.
walopon dlm gambar,aku rase malaikat pon tamo dok jejauh sbb asek nk tgk muke beby itu.hehe.
kulit die sgtla putih merah2 kan, obvious gile mase pak ngah tgh pegang die =p
kan kan..die super putih. kalo die nangis je. merah yg amat. haha.
aku dh ckp pijoi aku nk baby yg putih cmtu jugak hahahaha mcm bole pilih;p
Post a Comment