Saya sangat penat. Khamis yang lepas, saya dah tak tahan dan tertewas. Saya hampir pitam dan demam sepanjang malam. Mujur weekend sudah hampir. Jadi saya dapat rehat sepuasnya dan kembalikan tenaga saya yang dah kehabisan. Hilang semua mimpi tentang nombor dan contract. Alhamdulillah. Syukur yang amat. Saya sememangnya bukan workaholic. Sekarang, saya sangat respect the fiancé. Work till late at night and continue study. Heh. Dia bagaikan robot terminator. Good Luck bebeh for your exam today. May the force be with you!
Sekarang ni, banyak bangunan runtuhkan? Yang baru dibina pun runtuh. Memalukan. Ada yang nak selamatkan diri, mulalah tuding jari kat orang lain. Nak salahkan kakitangan JKR pula sebab tak ada seorang architect atau engineer atau technician di tapak pembinaan untuk memantau kerja2 pembinaan. Jadi penipuan bahan2 boleh berlaku di situ. Haih Dato’ni nak buat lawak ke? Takkan tak pernah tahu working attitude government servants? Atau mungkin Dato’tak pernah dengar tentang rasuah? Masih ada lagi ya pembesar kita yang innocent. Tak sangka. Saya tak tahu banyak tentang pembinaan sebab saya bukan engineer. Tapi sedikit sebanyak saya pernah tahu tentang pembinaan. Nak dapatkan 1 projek, rasuah atau melobi dah wajib. Makin besar projek yang nak diminta, makin besar duit yang perlu dijaja. Harga projek tak seberapa tinggi. Kadang2 harga bahan mentah masih guna harga bahan 10 tahun yang lepas. Kemudian, nak minta duit selepas siap pembinaan, kerani pun minta duit. Kalau tak, jangan harap payment dapat keluar cepat. Itu tak termasuk lagi duit jajan untuk technician atau engineer semasa menyelia projek. Oh polis juga jangan lupa. Dia pun mahu duit jajan. Kalau tak, habislah semua orang2 Indonesia di tapak pembinaan dikacaunya. Jadi, baki yang tinggal untuk bahan mentah berapa? Lu kiralah sendiri ya.
Saya sangat terharu dengan rancangan Big Oprah’s Gives. Saya tak tahu bagaimana mereka buat duit dengan rancangan ini. Tapi yang saya tahu, mereka ada hati dan jiwa yang besar untuk bantu warga mereka yang miskin dan tidak upaya. Rancangan ini seperti satu game yang mana contestants harus menghabiskan usd100 ribu untuk membeli barang dan menderma kepada mereka yang tak upaya. Kata mereka, people might think spending for people is easy, but to finish 100k in few hours is aint that easy. Hehe. Memang benar. Ada yang sampai menangis sebab guilty hanya dapat habiskan 10 ribu saja. Ada yang sangat gembira bila dapat membuat orang lain tersenyum. Itulah teori sharing the happiness. Bukan ke?
Tapi pelikkan. Mereka yang negara kafir, tapi ada banyak program nak membantu warga miskin. Home makeover, Big Oprah's Gives, and many more. Tapi, kita yang negara Islam, ada 1 atau 2 program saja. Itu pun hanya kasi beras, maggi, etc. Penerbit lagi ghairah nak buat untung UNDI SMS daripada buat rancangan yang begini. Mama pernah kata, nak tahu tahap kemunduran sesebuah negara, tengok pada rancangan tv nya. Makin mundur negara tu, makin banyak rancangan hiburan, konsert nyanyian, dan iklan ubat. Jadi, lu fikirlah sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
btul tu..yg kat mesia ni kebanyakannye bile tragedi dah berlaku baru org start nk heboh utk membantu..perlukah kite tunggu tragedi utk menghulurkn bantuan..tentulah tidak..ade jugak yg membantu tp berhaluan kiri, cthnye derma banjir kat satu negeri tu br je banjir sampai buku lali dah ade wakil rayat dtg beri dema maggi,beras dan sebagainye semate2 nk msk tv, sedangkan puluhan ribu ana yatim masih x terjaga....lu fikirlah sendirik.
p/s: apekah berite gembire tetang I? nk tahu gak plz :P
kan kan ezat? aku menyampah btoilah. bile ade mkck komplen kt tv, bole plak org2 besar ni kate, mkck ni nk cr glamer. sape ntah yg suke cr glamer sbnrnye? heh. aku dh start emosi hahaha tp i start to like najib nway! tapi masih di dlm pemerhatian. too early to be pleased. haha
p/s: ehem2..nk tau kene laa blanja aku kopi mahal di starbuck atau desert delicious. kite adekan sesi sepetang besama F.hehe
yang...its oprah's big give.kesian oprah ko kate die 'big oprah'.hehehh.
nway, aku penonton setie citer tu last year,siap nanges2 melampau lagi sbb terharu.mmg superb ok cite tuh!
bukan nk kate la kan, kite nih banyak lagi yg ketinggalan...haih
aku sensitip sket pasal bangunan2 runtuh ni.tapi mmg, sume org pon boleh disalahkan.
satu, engineer. maybe takde org yg check material. maybe dia sendiri takde effort nak check.
dua, architect. kdg2, bila engineer adivse, diorg ni buat bodo. katenye, tak lawa buat camni. nak lawa punya pasal, structure diabaikan.
tiga, contractor. diorg ni kadang2 mmg pandai mengelat. pakai barang yang tak kualiti, kerja ala kadar.
empat, pihak berkuasa. tanggungjawab diorg utk check building plan. kdg2, mcm ko kata, rasuah, so tutup mata aje bende2 yg tak betul.
lima, client. nak benda hebat2, tapi duit kluar nak sikit. apa ingat nak buat reban ke kuar modal sikit2?
camtulah, realiti construction industry.
Fizz: wahahaha lawak sial. i was meant Oprah's Big Gives tapi yang kuar Big Oprah's Gives. Demm. Alaaa tapi die memang big pon. so same jela;p haha
Bills: kesimpulannya semua salah attitude. memang susah laa cmni. haih.
Post a Comment