Monday, May 17, 2010

Budak Kecik @ 26 weeks

Hi semua. Rajin pulak saya beberapa hari ni nak update blog. Nanti bila dah datang aura malas, memang berkurunlah tak update langsung.

Hari ini sudah 26 minggu 4 hari usia budak kecik dalam perut. Makin hari semakin berat. Makin aktif. Suka tengok budak kecik tendang-tendang, tumbuk-tumbuk, gerakan freestyle dan semua aksilah. Mesti perut saya gerak-gerak dan benjol-benjol. Paling budak kecik ni suka ialah menyondol perut ibu di bahagian kanan. Sangat comel dan kelakarlah budak kecik ini. Eh.Eh. Macam tau-tau pula ibu mengandung sedang cerita tentang budak kecik. Dari tadi menari-nari sakan. Hehe.

Tapi semenjak saya boleh rasa pergerakan budak kecik 10 minggu yang lalu, kadang-kadang saya paranoid bila budak kecik lambat bangun atau tidak berapa nak gerak. Contohnya, sekarang ni, budak kecik selalu bangun lebih kurang pukul 8 pagi, tapi bila pukul 8 pagi, budak kecik tak gerak-gerak, mulalah saya nak runsing semacam. Rasa macam nak terus pergi klinik untuk menjenguk budak kecik. Dan kalau boleh, mahu terus tukar profession jadi doktor supaya saya boleh menjenguk budak kecik setiap jam. Huh. Memang saiko ibu mengandung ini.

Tapi memang sekarang sudah tidak sabar-sabar mahu mengendong budak kecik. Hilang semua rasa takut nak bersalin. Yang ada cuma rasa teruja dan imaginasi budak kecik yang sedang menggeliat nak bangun tidur. Isk. Comelnya. Suka sangatlah tengok bayi yang menggeliat. Cair!

Tinggal lagi 1 minggu dan 3 hari untuk tamat 2nd trimester. Dan tinggal 14 minggu lagi untuk saya menggomol budak kecik. Tak sabar. Tak sabarnya, ya Allah! Kawan-kawan yang baik hati, doakan kami ya. And lil hero, let's do it together sayang.;)

Kasut budak kecik yang saya paling suka. Kepala Hippo boleh bunyi-bunyi. Comelkan?

No comments:

 

Template by Best Web Hosting