Saturday, May 22, 2010

Hari Emo yang Sengal

Hari ini hari emo. Sikit-sikit nak nangis. Pagi tadi, kemas rumah. Cuma sapu sampah dan mop dapur je. Tapi rasa penat sangat sampai sesak nafas. Lepas tu terus2 je nak nangis. Lagi sedih bila Pijoi tak bagi basuh bilik air, tapi dia tak basuh2 lagi. Frust sungguh tengok bilik air kotor. Tapi lagi frust bila rasa diri hopeless tak mampu dah nak buat kerja. .
Tengahari pergi Ikea untuk lunch. Suami tak bagi masak. Kesian kat ibu mengandung dah kepenatan. Hehe. Lagipun teringin nak makan spaghetti meatball and chicken wings. Yummeh! Lepas kekenyangan, jalan2 bazir duit. Hajat nak beli daun hidup yang hijau. Rumah sekangkang kera, daun hijau sajalah yang boleh ditanam. Penat juga rupanya jalan kat Ikea sekarang ni. Tu pon tak pergi window shopping kat showroom. Direct terus cari pokok2 hijau. Orang agak ramai tapi tak lah seramai mana. Sebab dah kepenatan, saya tak mahu teman Pijoi beratur bayar pokok hijau. Konon nak cari tempat duduk. Tapi tetiba, saya ternampak biskut enak yang saya selalu pow boss saya. Jadi tanpa berlengah lagi, terkedek-kedek saya pergi membeli biskut enak. Rupanya, Pijoi kejap saja sudah siap bayar. Siap dah turun ke tempat parking. Dengan kegelabahan sebab tak perasan Pijoi, maka saya pon terus turun nak ke tempat parking.

Pijoi dah keep on calling, tanya saya kat mana. Dengan penuh yakin, saya cakap saya nak pergi parking kereta. Saya pusing-pusing tempat parking kereta tu dekat 10 kali kot. Dalam hati yakin, tadi parking dekat dengan entrance, tapi kecewa tak nampak batang hidung kereta. Pijoi asyik call cakap dia kat entrance. Saya makin stress jalan ulang-alik dari parking lot and entrance. Sampai rasa nak nangis sebab dah penat sangat. Jadi saya duduk kejap dekat dengan entrance. Tiba-tiba saya terperasan, eh eh, sejak bila ada tangga pergi bawah ni? Dem dem dem. Saya dah dapat agak dah kenapa saya tak jumpa2 kereta or Pijoi.

Dengan kaki yang longlai, saya turun tangga. Tak sampai seminit, saya dah nampak Pijoi. Jadi apalagi, terus melalaklah saya. Haha. Serius rasa macam budak kecik yang hilang kat pasar malam dan kemudian jumpa balik dengan parents. Haha. Sengalnya. Sengalnya. Tak tahu kenapa boleh jadi sesengal ini.

Jadi pengajarannya, lepas ni jangan sibuk mencari makanan sorang2. Sekian.

Introducing, pokok hijau kami yang pertama.

3 comments:

husband berkuda said...

seb baik sy tk gi customer service and announce ade ppuan perot buncit has gone missing...memalukn je.

Unknown said...

khirnye bolelah pokok tu serap segala karbon dioksida yg dilepaskan..tahniah!

Unknown said...

*akhirnye...grr typo

 

Template by Best Web Hosting