Sunday, May 16, 2010

Nostalgia

Subhanallah. Panasnya. Dah pasang 2 kipas dengan kelajuan maksima pun masih panas. Haih. Bilalah nak dapat aircond satu.

Petang tadi adalah petang mengimbas nostalgia. Suami sibuk membongkar folder2 lama, mengenang zaman muda-mudi yang menyeronokkan. Yes, I agree with that too. Zaman muda-mudi universiti adalah zaman yang paling menyeronokkan dalam hidup. Lebih2 lagi bila jauh diperantauan. Lebih mencabar dan memorable.

Gambar ialah binatang-binatang origami yang 'kawan' buatkan untuk saya 3 tahun lepas. Saya hanya berstatus "Seribu burung kertas" di YM 2-3 hari sebelum itu. Kemudian, 'kawan' itu terus hadiahkan saya binatang-binatang kertas ini. Ada 3 ekor burung semuanya berserta seekor tupai. Tapi sudah cukup untuk membuai perasaan saya ketika itu. Indahnya. Indahnya. Dan siapa sangka, 'kawan' ini adalah teman hidup saya buat selamanya. Ps: Love you more!;)

Sebelum menamatkan sesi mengenang nostalgia lama, saya sempat juga membaca semula bait2 indah yang suami ilhamkan semasa kami masih baru berkawan. Ini entry pertama suami selepas 2 tahun. Dan ini entry pertama yang saya baca pada malam hari jadi suami yang ke 23 tahun. Itu pun suami yang sibuk beritahu saya. Haha. Tapi ini puisi yang paling saya suka sampai bila-bila. ;)

maafkan aku kerna tak memuji
bukannya aku tak memerhati
hanya ku simpan saja di dalam hati
ku panjatkan syukur dan puji pada Ilahi

maafkan aku jika tak memberi
bukannya aku tak mahu berkongsi
hanya ku pendam kedap di sini
menanti masa dan hari yang pasti

maafkan aku andai tak mengerti
bukannya buta dan bukan juga tuli
hanya ku harap dapat terus berdiri
moga dapat ku papar seri di hati

sepuluh jari ku susun teratur
memohon ampun andai terlanjur
pinta ku mudah tidak bersiur
impikan yang cerah tidak yang kabur.

2 comments:

B said...

tupai rupanya. serius aku ingatkan pokemon

~ said...

Cool kan tupai tu?

 

Template by Best Web Hosting