Monday, December 22, 2008

Fire!! Fire!!

Petang tadi ada kebakaran di salah sebuah rumah di apartment saya. Apartment itu kepunyaan Makcik Kiah (bukan nama sebenar). Habis semuanya hangus dan boleh saya katakan, agak besar jugalah api kebakaran di rumah Makcik Kiah (bukan nama sebenar). Mula2 masa saya baru saja pulang dari kerja, agak pelik jugalah melihat jiran2 tercinta berkumpul di bawah apartment sambil mendongak2 dan bergambar. Saya ingatkan ada awan yang unik bertuliskan nama Allah seperti di dalam Majalah Mustika. Tapi bila saya tengok2 rupanya rumah Makcik Kiah (bukan nama sebenar) terbakar. Bomba agak lambat bertindak sebab masa saya singgah sebentar di gerai Mek Rose (juga bukan nama sebenar) api masih lagi menari2 keluar daripada tingkap seakan2 melambai2 kami di bawah. Mentang2lah orang ramai mengambil gambar, jadinya sang api terasa sedikit glamour lah tu. Dan sekembalinya saya ke apartment, sang api masih giat melambai sambil menari lagu "come closer to me baybeh". Mari kita lihat gambar2 yang sempat saya ambil petang tadi.

Asap berkepul2 keluar dari balcony rumah Makcik Kiah (bukan nama sebenar).

Bomba yang agak lambat bertindak bersama jiran2 tercinta yang begitu prihatin.

Itu saja gambar yang sempat saya snap dan selepas itu saya bergegas pulang kerana perut saya juga sedang riang menyanyi ketika itu. Saya sungguh simpati ke atas keluarga Makcik Kiah (bukan nama sebenar). Bersabarlah Makcik Kiah (bukan nama sebenar). Mungkin semua ini ada hikmahnya.

Itu saja. Sekian.

Eh belum, terlupa pulak. Saya baru saja add Nuff Nang adverts and Adsense adverts. Sila2 lah merajinkan diri mengclick adverts tersebut. Sesungguhnya saya amat memerlukan jasa2 anda semua supaya saya dapat menabung dengan jayanya sebelum saya kahwin. Jasa dan kerjasama anda amatlah saya hargai. Cuma tuhan saja dapat membalasnya. Semoga anda diberkati tuhan selamanya. Amin. Jadi silelah CLICK adverts yang ada di side bar and at the bottom of this blog;D


No comments:

 

Template by Best Web Hosting