Tuesday, April 21, 2009

War & Blogging

Bangkok dah semakin pulih. Itu sudah bagus. Memang patut pun Bangkok berhenti daripada rusuhan. Tak ada faedah. Makin menjahanamkan negara adalah. Bukan barang2 dan harta benda saja yang rosak tapi ekonomi pun ranap. Kalau ada yang melibatkan nyawa lagi kasihan. Kau yang merusuh tu tak ada otak ke? Geram!

Sekarang ni manusia memang suka bergaduh. Bukan saja dalam alam realiti, dalam dunia virtual pun boleh gaduh. Kalau pasangan kekasih, YM or IM adalah tempat paling favourite untuk gaduh. Semua cerita keluar. Sebabnya, terlalu ikutkan perasaan, tangan laju je taip. Itu yang tak bagusnya. Kalo strangers, bloglah menjadi sasaran. Bukan apa, ada sesetengah pembaca ni terlalu obses atau fanatik samada kepada terlalu suka ataupun terlalu tidak suka. Bila dah ada pembaca begini, mulalah nak komen ntah hape2. Aku pun tak ketinggalan. Tapi tak adalah sampai nak komen kat blog dia. Cuma kadang2 tu, aku dan kawan2 saja suka2 bercerita yang baik atau tidak tentang si penulis blog yang dikenali ataupun strangers (tapi bajet2 cam kenal). Ikutlah. Kalau si penulis itu suka berlagak, kadang2 sampai over juga penulisannya. Tu yang kena kutuk. Tapi aku pun sendiri pelik, kenapa aku perlu baca blog si penulis kalau aku tau yang aku akan menyampah kemudiannya?
  1. Mungkin aku bosan
  2. Saja suka2 nak baca. Dah jadi habit
  3. Saja cari bahan nak cerita dengan kawan2

Sebab ada orang macam akulah ada blogger yang kena kutuk. Heh. Tapi aku tak adalah niat yang tak baik. Saja cerita2 dengan kawan (bab ni Pijoi paling benci). Pada aku biasalah orang kutuk2 ni. Mana ada orang perfect. Ye tak? Kalau korang nak kutuk aku pun, aku tak kisah. Normal. Tak adanya sampai aku nak benci kau atau mendelete kau sebagai kawan2 aku kalau setakat kau nak kutuk aku. Tak adanya aku childish sangat. Rilek2 sudey. Bukan ke tulis blog tu saja suka2? Tapi itu kalau kau kawan aku. Kalau kau strangers, maaflah aku tak peduli sikit.

Lainlah dulu masa aku sekolah2 menengah. Time suka memberontak. Waktu tu aku tak boleh nak terima kutukan. Bajet bagus. Tapi bila dah besar dan meningkat dewasa ni, aku rasa kutukan tu wajar. Kalau tak, aku akan selalu perasan yang aku ni bagus. Bajet bagus tu adalah sifat yang akan buat aku jadi manusia bangang di kemudian hari. So aku tak mahu itu. Tapi ingat kutuk itu tak sama dengan memfitnah ya. Jangan silap. Buruk padahnya.

Nanti kalau ada masa, bacalah entri si dia ni. Aku rasa ada benarnya apa yang dia tulis. Nanti raya aku mintak maaf to all the readers ya. Kot2 tulisan aku ni ada sakitkan hati orang. Spread the love people. Peace!

5 comments:

^^, said...

uwaaaa....ke mana hilangnya sumber gelak ketawa aku???

dah2. why so serious? no more serious entry after this.

haa..jgn ckp 'suke ati aku la ni blog aku' kat aku plis. :p

the seasonal blogger said...

hahaahahha.yuliana~ :D

tp aku ngn ko kl borak, kite xde la nk kutuk sgt. hihi. ala, ngumpat la tu eh. okey la okey la, pijoi mesti geram je ms kite bising2 ms pg wedding zuey~ haha

~ said...

lingss: hehe so serious eh. tak perasan plak;p

uda: pijoi kate ntah pape. bukan kenal pn nk gosip haha. tp aku pk diorg ni ala2 selebriti laa. xkenal tp bole digosip. tak ke?;p

the seasonal blogger said...

hahha. celeb blogger la konon kan. pastu aku ni yg konon2 selalu malas nk amik tahu hal org, tatap lah kepochi psl blogger. mengong.. hehehe. okey lah, azam bulan may, jgn gosip2 org ah pasni~~ haha. segan i ngn pijoi

~ said...

haha aku kalo real life malas nk menyebok gk tp since blogger ni kan sume sebok nk cite segala benda so xyh susah2 nk sebok dh bole tau pasal die. so bole di gosip. tak ke?

hahaha pijoi mmg cmtu. tp aku slambe badak gak tiap2 ari cite kt die ape2 yg aku bc kat blog;p

 

Template by Best Web Hosting