Wednesday, February 25, 2009

Bebelan di malam hari

Warning: This is a boring entry. Tak perlu baca jika kamu banyak kerja.

It's almost 8pm and I am still in the office. Sangat penat dan lapar. Dan this is the first time saya pulang kerja selewat ini. Saya yakin bila closing week nanti dan bila saya dah di load dengan pelbagai kerja, mesti saya akan pulang lebih lewat *sigh* But still saya masih bersyukur sebab saya bukan auditor. Jika tidak, pukul 8 malam adalah average waktu awal yang saya boleh pulang. Tapi saya tak sukalah. Pergi kerja lambat dan balik lambat. Saya rasa habit yang tak relevant. I am people who love to spend most of the time in my comfort zone which is of course my home, so dont blame me kerana berkata begitu. Jika saya workaholic, mungkin saya tidak membebel sebegini. Tak mengapalah. Asalkan rezeki saya halal, sudah memadai. Cuma saya harap, lepas kahwin dan ada anak nanti, bolehlah saya pulang awal dan spend masa di rumah.

Harini sangat horrible and terrible. Today is the last day to submit the recons file and it is happened that my trainer is on MC. Boleh pulaklah kan. But really thank to god that I am not a fresh grad so saya tak delah terpinga2 sangat with the systems, how to upload the recons and what not walaupun IBM system is totally different. At least I got the idea. Sangat nasib baik. Kalau tidak serius hari ni saya naik sampai air mata kering. Dah laa colleagues semua super busy so tak dapatlah diorang nak tolong sangat. Just a bit explanation and the examples of previous one. Dan akhirnya siap juga. Alhamdullillah.

Oh hari ini first gaji kat IBM*hehe* Kejap je dah sebulan tapi bulan 11 still lama lagi *sigh*

Monday, February 23, 2009

ketawa itu best

People said laughter is the best medicine and it is absolutely true. But yesterday, I accidentally watched Healthy and Wellness series at TV3. Ini memang sah2 menunjukkan hidup saya sangat bosan. Heh. Tapi nak wat gano, Enchek Pijoi kene bertugas dari petang sampai ke malam sampai mengantuk tunggu nak dinner bersama. Haih. Tapi demi cintaku padamu, ku rela! Ok sambung, yesterday punya episode, dia ceritalah tentang laughter which can be one of the best therapies. They explained some facts about laughter anyway but of course lah saya dah tak ingat. Tapi yang buat saya terkejut ialah ada juga ye kelas laughing therapy in Malaysia. Bila tengok kelas therapy tu saya rasa macam orang gila lah mereka semua tu. Sebabnya kan, mereka bersenam sambil ketawa yang dibuat2. Sangat tak faham. Yes I absolutely agree that laughing is the best medicine but does forcing yourself to laugh may relief the pain? Bukankah ketawa itu hadir dengan emosi. Maknanya bila kita rasa benda tu lawak ke tak pun bila kita bahagia ke baru kita senang untuk ketawa dan ketawa yang begitu mungkin can be the best medicine? Well, saya bukan yang arif tentang fakta2 sains begini tapi sangat peliklah melihat orang ketawa yang dibuat ketika bersenam. And as a muslim, I believe that ketawa yang berlebihan mematikan jiwa. Tapi mind you, saya sangat suka ketawa *ngeee* Kene sental pakai dawai periuk ni.

Saya pun tak tahu kenapa saya suka gelak. Saya pun pelik. Dari kecik saya dah macam ni. Dulu masa kecil, saya selalu kena cubit dengan mama sebab kalau dah gelak tak boleh berhenti okeh. Walaupun dah kena cubit, perangai tu tak boleh ubah so sampai sekarang kalau saya dah gelak, susah nak berhenti. Jadi kawan2 ku sekalian, sila jangan buat lawak masa aku di atas pelamin nanti. Kang tak leh nak berhenti gelak, korang yang malu kang. HAHA. Tapi yang peliknya, sekarang ni saya tak tahulah kenapa saya lagi mudah nak gelak. Bila saya teringat lawak2 Pijoi, sure saya gelak. Kalau dia buat lawak, lagi laa kan. Tok sah cakap. Sampai saya nak marah pun saya tergelak. Bengang betul tak boleh nak marah. Tapi tak pelah. Saya bukan ketawa yang dibuat2, tapi saya ketawa dengan hati yang gembira dan bahagia;)

Semoga kamu2 semua pun gembira dan bergelak ketawa selalu!;D Tapi janganlah over seperti saya *ngeee*

Friday, February 20, 2009

Tak Fahamlah!

  1. Kenapa perempuan selalu nak salahkan PMS bila moody? But at least got something to be blame of laa kan. Nilah symptom2 orang yang suka tuding jari kat orang lain.
  2. Aku tak paham lah kenapa area cube aku ada 4 printer je. Dah tu buruk. Yang 1 macam bengong. Yang 1 lagi abis ink. Konon bangga be one of the 100 billion revenue company tapi printer buruk tu semua tak mo tukar. Tak faham lah! Aku tak kisahlah kan kalau bilik printer dengan cube aku 2-3 langkah je, tak pun yang jaraknya bila aku print colour boleh aku lari2 anak pegi amik takut manager nampak, tapi yang ni take me 2-3 minits kalau aku jalan lenggang kangkung mak minah. Panas tak panas bila pergi kat printer, tengok2, benda yang aku print tak ada. Sakit hati betullah!
  3. Cuak tak cuak pagi ni sampai2 ofis tengok minyak kereta aku tinggal 1 bar. Petang ni sure cuak gila nak balik. Sumpah aku selawat sepanjang jalan punya nanti. Tapi daripada aku kena sumpah sebab jadi penyebab jem petang ni, tak pasal2. Hish nauzubillah. Mintak2 sempat sampai Shell petang ni.
  4. Kenapa aku rasa make up Linda Jasmin time nikah nampak pucat? Dah la rambut tak siput, baju kaler putih lagi, sikit lagi nampak macam pontianak. Tapi yang cun lah.
  5. Tengok American Idol? Sukalah kat Danny Gokey. Suara dia serak2 basah yang macho. Muka pun boleh tahan handsome. But knowing me, I only appreciate those yang bersuara best sahaja untuk reality show yang macam ni and of course I hate Tomok. Macamane dia boleh chosen to be one of the top 12 finalists of 1 In a Million? Lagilah aku tak faham!
  6. Kenapa aku perlu whinning di pagi2 buta? Tak fahamlah! Nak salahkan PMS jugak boleh?

Monday, February 16, 2009

Jatuh tergolek

Ini adalah kisah benar, pengalaman daripada seorang gadis ayu yang berbaju hijau harini bernama gadis Y. Kisahnya bermula begini.

Hari ini, Isnin, 16 Februari 2009, adalah hari jadi adiknya. Maka seperti hari Isnin yang lainnya, tepat jam 9.15am, dia sudah sampai di Open space parking lot OU yang juga dikenali sebagai Parking Giant. Oleh sebab pagi masih awal, dia tidaklah terburu2 hendak ke ofis. Semasa dia berjalan dengan hati yang riang di pagi Isnin, tiba2, dia terdengar hp nya berbunyi menandakan masuknya txt daripada seseorang. Terus, dia pun membaca txt tersebut yang datangnya daripada seorang gadis bernama E yang baru dikenali sebagai Cikgu Garang yang mempunyai anak murid yang cool yang cakap "Cikgu, saya nak berak" bila mahu ke tandas. Dalam pada si gadis Y sedang seronok membaca txt gadis E, tiba2 dengan tak disangka, gadis Y telah jatuh tergolek. Walaupun tergolek, tapi boleh diklasifikasikan masih ditahap ayu walaupun handbagnya sudah tersungkur ke depan. Cuma nasib baik barang2nya tidak terburai keluar. Tengok2, rupanya gadis Y telah tersadung platform di kawasan Osim Exhibition. Dalam pada gadis Y sedang mengurut kakinya yang agak terseliuh sedikit, ada seorang mamat Osim tersenyum simpul melihat aksi gadis Y yang tersungkur dengan ayunya. Oleh sebab mamat OSIM tu tersenyum simpul, maka di sepanjang perjalanan ke ofis, gadis Y telah menyumpah si mamat OSIM. Memang kurang asam. Ada ke patut tolong senyum aje. Tapi sebenarnya, proses penyumpahan itu adalah langkah2 gadis Y untuk mengurangkan perasaan malunya saja. Yelah, dah jatuh tersungkur, mestilah malu kan. Tapi tak mengapa, sekarang ni, gadis Y sudah pulih daripada perasaan malu 100%. Jadi tak perlulah anda sekalian risau. Cuma kaki yang terseliuh masih berasa sakit sedikit. Mungkin ini pengajaran di pagi Isnin buat gadis Y dan anda2 di luar sana supaya jangan baca txt sambil berjalan dengan kasut tinggi kerana malang itu memang tidak berbau. Kalau malang itu seperti kentut, mungkin mudah dan tentunya gadis Y tidak akan jatuh tersungkur. Sebut pasal kentut, teringat pula siri kisah gaduh gadis Y dan the fiance yang pertama. Mereka yang tahu, sila gelak dan yang tak tahu, maaflah, tidak dapat untuk diceritakan di sini.

Apapun, semoga anda dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah gadis Y. Sekian.

Friday, February 13, 2009

Of Jem and Le Tour

Pukul 9.15am, i selalu dah sampai ofis. Ya, sekarang ni, i memang selalu datang lambat. Sampai kul 9.15am pun dh jadi orang 1st yang sampai ke ofis. Gila. Tapi memang begitu. Orang2 kat sini majority datang kerja kul 10am. Then balik lambat. Tapi kalau aku datang awal, jangan haraplah aku dapat balik awal. Paling awal boleh balik pukul 5.30pm. Itu pun dah super awallah bagi mereka. Tak pahamlah kenapa nak kena datang lambat dan balik lambat. Kalau datang awal dan balik awal kan lagi best. Dulu masa kat Intel, sesuka hati aku je nak balik kul 4.30pm, kadang2 hari jumaat, pukul 3.30pm pun aku pernah tibai balik. Suka hati aku je buat ofis macam bapak aku nye ofis. Tapi kalaulah Intel tu bapak aku yang punya, sure aku tak payah kerja terus *ngeeee*

Actly, bukan nak cerita boleh balik awal ke balik lambat sebenarnya. Harini, hampir semua jalan besar di KL jem ya. LDP tu, bapak super jem. Dari Pelangi Damansara tu dah start jem dah. Ni semua angkara Le Tour D Langkawi. Aku serius tak paham kenapa mesti buat lumba basikal kat jalan raya. Menyusahkan berjuta orang nak pergi kerja je. Kalau nak guna sangat jalan raya, gunalah highway PLUS tu. Sure time2 camni tak jem. Dan takdelah menyusahkan orang ramai. Harini pukul 10 pagi pun, ofis baru half penuh. Enchek Pijoi yang ofisnya dekat Uptown tu pun dari pukul 8.15am sampai 9.30am tak sampai2 lagi. Dalam kereta dia dah start call, ngamuk2 sebab jem gile. Memang serius kene sumpah Le Tour tu. Tapi nasib baiklah aku punya jalan tak jem langsung sebab tak perlu nak meredah LDP tu kan. Thank god. Kalau tak sure aku lagi menyumpah kat dalam blog ni. Hehe.

Seronoknya hari ni Jumaat. Malam ni ada Shall We Dance at TV3 and dinner date with Enchek Pijoi;D So wish you have a romantic weekend people!

Thursday, February 12, 2009

Tuesday TV-holic

I guess most of you dont know that I dont really like to stick my ass in front of TV most of the time. I more prefer googling and stay with my lappie instead. Sepanjang hari pun tak mengapa. Tak tahu kenapa, tapi memang sejak dari zaman hostel lagi saya begini. But since I came back to Malaysia last year, I can tune myself to be a TV-holic every Tuesday from 6pm to 12am. Well the only day that I can stay about 6 hours in front of TV.

Starting 6pm, Sinetron Wulan dah start kat TV2.

Dulu TV 1 yang tayangkan sinetron Wulan ni. But after new year this year, it has changed to TV 2 at 6pm. Seperti biasa, cerita sinetron ni punyalah panjang. Kalau ada scene, anak dia jatuh sikit pun, dia punya gimik, sure die lambatkan movements and semua orang yang ada akan terkejut. Padahal anak dia jatuh luka sikit je. Sakit hati betul. Sebab tu dah berapa ratus episod pun tak habis2. Tak paham betul. Tapi nak jugak tengok. Kadang2 termissed gak cerita ni. Yela, balik kerja smpai2 dh kul 6.30pm so terpaksa miss la. Tapi tak pe, kalau termissed like more than a week pun, tak banyak yang happen. Paling koman pun, dia baru salin baju untuk hari yang ke-3 je kot *ngeee*

Next 6.30pm is SPA Q 2. Mula2 masa drama siri ni start, rasa cam menyampahlah nak tengok. Rasa macam over la pelakon dia especially kakak norish karman dalam SPA Q 2 tu. Tak ingat nama dia. She is old but tak sedar diri. Suka pakai sexy2. I probably understand if there is no such so called long pants and decent shirts for professional. Tapi ini, haih, faham2 sajalah. Mood I tengah baik, so malas nak kutuk lebih2. Tapi lama2 tengok siri ni, addicted you know. Kalau boleh tiap2 hari tak mahu missed. So here I am, one of the SPA Q 2 fans.

7.30pm-9.00pm : Break and I need to bath and have my prayer. Satu kewajiban people.Continue back at 9.00pm drama Ku milik Mu at TV3. I guess cerita ni sangatlah predictable and biasa, tapi saya sukalah. Light and easy comedy. Saya tak sabar nak tengok dia lawa walaupun saya dah tahu dah rupa si Anisa tu kalau lawa macamana. Takdelah lawa sangat pun. Tapi saya tetap tak saba *hihi*

Then FARA series. Best2 I like. Mengantuk pun saya sanggup berusaha sengkang mata nak tengok FARA. Rasa macam dah jadi die hard fan FARA plak. Tapi bestlah. Cubalah tengok.
Do you guys know that Desperate Housewives season 5 has just started? Saya sangat suka! Kenapa saya suka tersangatlah obvious dan tak perlulah saya mention di sini. Walaupun masih sedih tak dapat tengok season 4 lagi, tapi saya teruskan saja tengok season 5. Time ni mulalah teringat unihall hub. Heaven sungguh kalau dapat download semua season desperate housewives. But well, dengan tidak malunya saya bertanya, siapa2 yang terfikir2 nak kasi hadiah kawen apa untuk saya, kasilah DVD full season dari season 1 sampai season 5 of desperate housewives kat saya. In case, Enchek Pijoi will be a very busy auditor in next 10 months, bolehlah saya spend hari2 hanimun saya dengan mereka berlima *ngeee*

Wednesday, February 11, 2009

AL of 2009

My AL account has been credited to 14 days leave. Seronok ya. Tak perlu mengumpul sebulan 1 cuti. Sukanya. Pagi2 dengan mood yang ceria ditambah dengan perkara yang menggembirakan, satu perasaan yang indah. Jadi, bolehlah saya plan cuti saya tahun ini kerana saya yakin, saya memerlukan banyak cuti.
  • Pertama, saya perlu cuti untuk raya and in case I have to beraya di Jakarta, maka saya perlu cuti yang lebih.
  • Kedua, cuti kawen! Yeay!! Suka je aku kalo bab kawen ye *ngeee* Ok semestinya ini lagi lebih memerlukan cuti yang banyak. Mula2 saya ingat mahu balik ke JB sehari sebelum saya kawen, tapi memandangkan, encik mak andam tidak suka saya balik lambat, maka saya dah pertimbangkan untuk balik ke JB 2 hari sebelum kawen. Saya rasa mungkin ok kot 2 hari untuk spa and wateva itu, bukan? Bak kate mak andam tak jadi, you just need enough sleep and drink a lot of water to look beautiful. Iyolah tu. Tapi termakan gak kata2 dia tu *teehheee*
  • Ketiga, cuti menolong sedara-mara, sepupu-sepapat yang nak kawen tahun ni. Itu penting juga. Lebih2 bagi mereka yang telah berjasa. Saya takkan lupa daratan.
  • Keempat, cuti pindah rumah. Lepas kawen nanti, semestinyalah saya akan berpindah ke rumah baru. Jadinya, saya memerlukan at least 2 hari cuti untuk berkemas, menghias, dan melepak di rumah sendiri. Tak sabarnya!!
  • Terakhir, cuti ehem2. Mahu juga berhanimun, berdua2an di pantai yang indah. Tapi saya tak yakin sekarang ini yang kami dapat berhanimun. Well, December until March is peak season for auditors, dan saya tak rasa Enchek Pijoi boleh dapat cuti lama. Mahu kawen bulan 11 juga, manager dia dah sound, "why November?" Haih. Tak mengapalah. Jika tidak dapat ke mana2 untuk hanimun, mungkin ada something yang boleh digantikan bukan? *ngeee* Sila jangan fikir panjang2. Ketuk kepala kang!;p

Ok I have passdown from my seniors. Till then.

Thursday, February 5, 2009

Tag Game II

Entry masih dengan tag game. Jadi tak perlulah anda baca jika anda tidak bosan.




1.Copy badge '2008 Cute's Blogger Award' untuk diletakkan di blog anda.

2.Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Azalea - Teman menari saya ketika di Chch dulu. Untuk pengetahuan anda, kami kuat meronggeng dulu. Menari adalah satu kemestian bagi mereka2 yang bosan dan berminat seperti kami. Menarik. Lepas menari, dapat makan best2 sebab kakok sure masak *ngeee* Jadi di samping menari, kami menambah lemak di badan juga. Aza seorang doctor, maka dia semestinya seorang yang bijak. Jadi, siapa2 yang inginkan doctor yang fun, sila jumpa doctor Azalea. Itu saja.

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

  • Saya tak paham! Kenapa sesetengah orang suka gaduh jerit2 like he/she purposely would like to tell their problems to the whole world or at least the whole apartment . Kenapa ye? Perlu ke menjerit untuk selesaikan masalah? Perlu ke membaling atau menghempas barang2 juga? Kasihan barang2 tak bersalah. Dan tentunya kamu akan penat sebab perlu kemas semula selepas bergaduh bukan? Jadinya pada saya, tak perlu lah begitu. Menganggu ketenteraman orang lain lah kalau kamu menjerit2 begitu. Sungguh memalukan!
  • Masih di topik bertekak. Biasanya saya dah mula menangis aka meraung quietly jika Enchek Pijoi baru saja meninggikan suara. Kalau die jerit sure saya sakit jantung terus.
  • Saya rasa tulang2 saya kekurangan kalsium. Macam nak reput je. Jadi terpaksalah saya minum analene setiap hari walaupun hanya segelas sahaja. Sepatutnya 2 gelas. At least, saya rasa tulang2 saya dapat nutrien sikit setiap hari.
  • Hari ini, dekat 10 kali saya tengok cermin, sebab pagi tadi, sebelum pergi kerja, Enchek Pijoi puji saya nampak comel hari ini *ngee* Sebab macam once in a blue moon Enchek Pijoi memuji saya maka saya angau seharian.
  • Hobi saya yang sebenar2nya ialah membuang masa bukan membaca.
  • Saya sangat rindulah kat mama saya. Tak sabarnya nak balik ke JB;D
  • Saya sangat tak suka dengan nick name saya kat hp Enchek Pijoi. Nak tukar tapi dia tak kasi. Eiiii geram betul!
  • Cooking. Saya sangat suka! Tapi saya dah lama tak masak. Bila masak sekarang ni, macam semua dah tak sedap. Ada je yang tak kena *sigh*
  • Kagum dan sangat kagum jika anda sangat up-to-date dengan filem atau artists atau lagu. Saya, hampir semua nama pelakon pun saya tak tahu. Hopeless. Tapi kadang2 saya buat2 tahu untuk elakkan orang tahu yang saya tak tahu *ngeee*
  • Saya rasa manager baru saya strict atau garanglah. Scary!!

4.Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

Sorang saja - uda. Yang lain semua dah di tagged. Jadi tak perlulah. Tapi jika anda minat nak buat tag game ni, silalah. Jangan segan.


Wednesday, February 4, 2009

Super Long Tag Game

Di tagged oleh uda. Rasa menarik tag game ni. So nak buatlah!;D

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 as many people as you like to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you!

Tagging: Esah, Aza, Nama, Laily, and sape2 lah yang rajin and takde keje;p

  1. Saya dah tukar tempat kerja. Semua orang tahu tapi saja nak tulis lagi.

  2. Oh dapat laptop baru jugak. Yang kecil, yang molek, yang ringan. Saja nak berlagak lagi. Heh.

  3. Kaki2 saya dah sakit akibat jalan jauh dan pakai high heels. Tapi nak jugak tetiap hari pergi kerja pakai heels. Saya perasan saya nampak more stylo dengan heels. Perasan lebey. Bengong. Tapi bak kata Enchek Pijoi, beauty is pain. Jadi, rasakan lah!

  4. Bila saya takde kerja, saya suka tengok cincin saya. Tak tau kenapa. Rasa best ada lip lap2 kat jari manis. Ntah pape.

  5. Tak sangka saya sangat lembap. Dah 3 hari pergi balik kerja pun masih boleh sesat dalam OU. Nasib baik tak banyak duit. Kalau tak, sure dah sambar kasut sepam dua. Hilangkan stress laa kononnya.

  6. Bengang gak lunch kat OU tu. Dah lah tak sedap, mahal pulak tu. Haih. Dulu kat Intel complain gak food tak bes. Tapi murah, acceptable lagi. Sekarang ni dah tak leh nak accept dah. Lagi2 food kat Arena. Super tak sedap dan mahal. For god sake, boleh tak cari Malaysian cooker suruh kerja kat situ. Tapi tahan jela labu. Takkan nak makan fast food tetiap hari. Sure kopak punya. Kalau saya bergaji seperti GM, boleh laa kot. Heh.

  7. Kenapa saya suka bebel dan complain?

  8. Manja ke saya? Kalini pun ada orang ingat saya anak bongsu. Tak paham lah. Manja sangat ke? Sampai orang yang tak kenal ingat saya anak bongsu? Enchek Pijoi cakap sebab saya gedik. Tapi nasib baik dia suka so bolehlah saya terus menggedik. ngeh ngeh.

  9. Saya sukalah duduk kat kota damansara. Pagi2 pergi keja tak jem. Cuma menapak nak ke opis je penat sebab parking jauh *haih*

  10. Banyak gila 25 ok. Ingat sikit. Baru 10 dah takde idea nak merepek.

  11. Oh wiken ni nak balik JB. Wohoo. Boleh makan ABC koko sekilo kat tepian tebrau.
  12. Makin hari, makin tak sabarlah nak kawen. Boleh tak? *ngeeee*
  13. Setiap kali lalu tepi rumah banglo kat tepi apartment saya, sure terberangan jap. Kalaulah rumah tu rumah saya. Sure I lupa daratan. HAHA
  14. Selalu terpikir gak, apa perasaan saya kalau saya tengok akaun bank saya tetiba ada angka2 besar seperti 5 or 6 angka? Apa saya akan buat dengan duit sebanyak itu ek? Ok dream on ye.
  15. Saya selalu pelik, kenapa makin lama saya tengok Enchek Pijoi, saya rasa dia makin cute? Heh. Tak paham betoi.
  16. Saya rasa air kat Selangor sangat sejuk pada waktu pagi. Sure menggigil2 lepas mandi. Rasa bercinta gila nak mandi pagi.
  17. Argghhh cepatlah 25. Banyaknye!!!
  18. Saya patut meet up Uda dan Leen. Tapi ntah bila dapat jumpa. Heh
  19. Saya ada work buddy dan Pijoi jeles dengan dia. HAHA.
  20. Apa lagi nak bebel? Bagi idea plis.
  21. Saya rasa comel laa wawa pregnant. Tetiba rasa nak pregnant cepat2. Gila. Tak ade point orang pregnant, aku pun nak pregnant. HAHA. Ok kawen pon belum lagi tapi berangan lebey. Sila sekeh.
  22. Kejap lagi ada meeting dengan bos. Cuak dan teruja. Kerja apelah dia nak bagi ye.
  23. Tibe2 terpikir saya memang manja. Tiap2 hari pun nak call mama. Pastu gayut sies lame. Banyak gile cerita. Tapi gosip je banyak. Saja tambah dosa. Astaghfirullah.
  24. Dah tengok filem SRK yang baru tu. Tapi bengang gila bila dah separuh, DVD sekat2. Budus. Nasib baik beli kat Tepeng. Kalau tak, nak je pegi tukar. Spoil gile!
  25. Yeay dah last. Saya rasa, gila merepek semua2 di atas.

Ok. Saya mahu bersiap. Sembahyang dan pergi jumpa bos dan balik. Lain kali saya bebel lagi ya. Semoga ketemu lagi!

Tuesday, February 3, 2009

First entry

Yeay!! After more than a week, at last I can write something in here using my new laptop ;p

Today, I just got my new laptop. Ehem ehem. As usual, a new brand and the latest model Lenove X61. Sangat best sebab ringan, kecil dan comel sama seperti Vaio saya tapi more powerful la. So saya sangat suke *ngeee*

I just got my new chamber as well but it is temporary la. The permanent chamber will be given out later. Dont know why.

Today I had a long laptop training which I think too much information until all of us blur. Overloaded I guess.

I yet to know my job role and my manager said, she has changed a new job role for me. Saya rasa sangat teruja nak tahu.

Tempat parking open space Ou dan IBM sangat jauh sampai saya rasa seperti bersenam setiap pagi bila mahu ke ofis. By end of this year, my cholestrol level will be extremely reduced I guess. Akibat daripada senaman setiap pagi dan naik turun tangga 5 tingkat.

Ok it's 5pm already and I shall go back. Kalau tak sure takde parking. Heh.
Will update more often sooner!
 

Template by Best Web Hosting