Monday, February 16, 2009

Jatuh tergolek

Ini adalah kisah benar, pengalaman daripada seorang gadis ayu yang berbaju hijau harini bernama gadis Y. Kisahnya bermula begini.

Hari ini, Isnin, 16 Februari 2009, adalah hari jadi adiknya. Maka seperti hari Isnin yang lainnya, tepat jam 9.15am, dia sudah sampai di Open space parking lot OU yang juga dikenali sebagai Parking Giant. Oleh sebab pagi masih awal, dia tidaklah terburu2 hendak ke ofis. Semasa dia berjalan dengan hati yang riang di pagi Isnin, tiba2, dia terdengar hp nya berbunyi menandakan masuknya txt daripada seseorang. Terus, dia pun membaca txt tersebut yang datangnya daripada seorang gadis bernama E yang baru dikenali sebagai Cikgu Garang yang mempunyai anak murid yang cool yang cakap "Cikgu, saya nak berak" bila mahu ke tandas. Dalam pada si gadis Y sedang seronok membaca txt gadis E, tiba2 dengan tak disangka, gadis Y telah jatuh tergolek. Walaupun tergolek, tapi boleh diklasifikasikan masih ditahap ayu walaupun handbagnya sudah tersungkur ke depan. Cuma nasib baik barang2nya tidak terburai keluar. Tengok2, rupanya gadis Y telah tersadung platform di kawasan Osim Exhibition. Dalam pada gadis Y sedang mengurut kakinya yang agak terseliuh sedikit, ada seorang mamat Osim tersenyum simpul melihat aksi gadis Y yang tersungkur dengan ayunya. Oleh sebab mamat OSIM tu tersenyum simpul, maka di sepanjang perjalanan ke ofis, gadis Y telah menyumpah si mamat OSIM. Memang kurang asam. Ada ke patut tolong senyum aje. Tapi sebenarnya, proses penyumpahan itu adalah langkah2 gadis Y untuk mengurangkan perasaan malunya saja. Yelah, dah jatuh tersungkur, mestilah malu kan. Tapi tak mengapa, sekarang ni, gadis Y sudah pulih daripada perasaan malu 100%. Jadi tak perlulah anda sekalian risau. Cuma kaki yang terseliuh masih berasa sakit sedikit. Mungkin ini pengajaran di pagi Isnin buat gadis Y dan anda2 di luar sana supaya jangan baca txt sambil berjalan dengan kasut tinggi kerana malang itu memang tidak berbau. Kalau malang itu seperti kentut, mungkin mudah dan tentunya gadis Y tidak akan jatuh tersungkur. Sebut pasal kentut, teringat pula siri kisah gaduh gadis Y dan the fiance yang pertama. Mereka yang tahu, sila gelak dan yang tak tahu, maaflah, tidak dapat untuk diceritakan di sini.

Apapun, semoga anda dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah gadis Y. Sekian.

4 comments:

^^, said...

Hahaha...gadis E nak join mamat OSIM gelak besar bleh??? Hahaha...lawak plis. Pastu ko tulis jadi lebih lawak. Ops sori. :p

~ said...

waaaaa...sampai hati ko!!! bengkak buku lali aku ni..merana i waaaaa...huhu

the seasonal blogger said...

hahaha. hi gadis Y. okey, lain kali, hati hati. jln tgk ke depan ye~ :D

payat inc said...

Y stands for Yuli ke?
aduyai malunye...

 

Template by Best Web Hosting