Thursday, February 5, 2009

Tag Game II

Entry masih dengan tag game. Jadi tak perlulah anda baca jika anda tidak bosan.




1.Copy badge '2008 Cute's Blogger Award' untuk diletakkan di blog anda.

2.Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Azalea - Teman menari saya ketika di Chch dulu. Untuk pengetahuan anda, kami kuat meronggeng dulu. Menari adalah satu kemestian bagi mereka2 yang bosan dan berminat seperti kami. Menarik. Lepas menari, dapat makan best2 sebab kakok sure masak *ngeee* Jadi di samping menari, kami menambah lemak di badan juga. Aza seorang doctor, maka dia semestinya seorang yang bijak. Jadi, siapa2 yang inginkan doctor yang fun, sila jumpa doctor Azalea. Itu saja.

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

  • Saya tak paham! Kenapa sesetengah orang suka gaduh jerit2 like he/she purposely would like to tell their problems to the whole world or at least the whole apartment . Kenapa ye? Perlu ke menjerit untuk selesaikan masalah? Perlu ke membaling atau menghempas barang2 juga? Kasihan barang2 tak bersalah. Dan tentunya kamu akan penat sebab perlu kemas semula selepas bergaduh bukan? Jadinya pada saya, tak perlu lah begitu. Menganggu ketenteraman orang lain lah kalau kamu menjerit2 begitu. Sungguh memalukan!
  • Masih di topik bertekak. Biasanya saya dah mula menangis aka meraung quietly jika Enchek Pijoi baru saja meninggikan suara. Kalau die jerit sure saya sakit jantung terus.
  • Saya rasa tulang2 saya kekurangan kalsium. Macam nak reput je. Jadi terpaksalah saya minum analene setiap hari walaupun hanya segelas sahaja. Sepatutnya 2 gelas. At least, saya rasa tulang2 saya dapat nutrien sikit setiap hari.
  • Hari ini, dekat 10 kali saya tengok cermin, sebab pagi tadi, sebelum pergi kerja, Enchek Pijoi puji saya nampak comel hari ini *ngee* Sebab macam once in a blue moon Enchek Pijoi memuji saya maka saya angau seharian.
  • Hobi saya yang sebenar2nya ialah membuang masa bukan membaca.
  • Saya sangat rindulah kat mama saya. Tak sabarnya nak balik ke JB;D
  • Saya sangat tak suka dengan nick name saya kat hp Enchek Pijoi. Nak tukar tapi dia tak kasi. Eiiii geram betul!
  • Cooking. Saya sangat suka! Tapi saya dah lama tak masak. Bila masak sekarang ni, macam semua dah tak sedap. Ada je yang tak kena *sigh*
  • Kagum dan sangat kagum jika anda sangat up-to-date dengan filem atau artists atau lagu. Saya, hampir semua nama pelakon pun saya tak tahu. Hopeless. Tapi kadang2 saya buat2 tahu untuk elakkan orang tahu yang saya tak tahu *ngeee*
  • Saya rasa manager baru saya strict atau garanglah. Scary!!

4.Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

Sorang saja - uda. Yang lain semua dah di tagged. Jadi tak perlulah. Tapi jika anda minat nak buat tag game ni, silalah. Jangan segan.


1 comment:

the seasonal blogger said...

ngee. i dh bc smlm on fri. i'll get bck on this soon! :D

 

Template by Best Web Hosting