Friday, February 13, 2009

Of Jem and Le Tour

Pukul 9.15am, i selalu dah sampai ofis. Ya, sekarang ni, i memang selalu datang lambat. Sampai kul 9.15am pun dh jadi orang 1st yang sampai ke ofis. Gila. Tapi memang begitu. Orang2 kat sini majority datang kerja kul 10am. Then balik lambat. Tapi kalau aku datang awal, jangan haraplah aku dapat balik awal. Paling awal boleh balik pukul 5.30pm. Itu pun dah super awallah bagi mereka. Tak pahamlah kenapa nak kena datang lambat dan balik lambat. Kalau datang awal dan balik awal kan lagi best. Dulu masa kat Intel, sesuka hati aku je nak balik kul 4.30pm, kadang2 hari jumaat, pukul 3.30pm pun aku pernah tibai balik. Suka hati aku je buat ofis macam bapak aku nye ofis. Tapi kalaulah Intel tu bapak aku yang punya, sure aku tak payah kerja terus *ngeeee*

Actly, bukan nak cerita boleh balik awal ke balik lambat sebenarnya. Harini, hampir semua jalan besar di KL jem ya. LDP tu, bapak super jem. Dari Pelangi Damansara tu dah start jem dah. Ni semua angkara Le Tour D Langkawi. Aku serius tak paham kenapa mesti buat lumba basikal kat jalan raya. Menyusahkan berjuta orang nak pergi kerja je. Kalau nak guna sangat jalan raya, gunalah highway PLUS tu. Sure time2 camni tak jem. Dan takdelah menyusahkan orang ramai. Harini pukul 10 pagi pun, ofis baru half penuh. Enchek Pijoi yang ofisnya dekat Uptown tu pun dari pukul 8.15am sampai 9.30am tak sampai2 lagi. Dalam kereta dia dah start call, ngamuk2 sebab jem gile. Memang serius kene sumpah Le Tour tu. Tapi nasib baiklah aku punya jalan tak jem langsung sebab tak perlu nak meredah LDP tu kan. Thank god. Kalau tak sure aku lagi menyumpah kat dalam blog ni. Hehe.

Seronoknya hari ni Jumaat. Malam ni ada Shall We Dance at TV3 and dinner date with Enchek Pijoi;D So wish you have a romantic weekend people!

1 comment:

Anonymous said...

dtg lmbt = org sume dah masuk ofis = takdak jem.

balik lambat = org sume dah balik rumah = takdak jem.

 

Template by Best Web Hosting