Wednesday, February 4, 2009

Super Long Tag Game

Di tagged oleh uda. Rasa menarik tag game ni. So nak buatlah!;D

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 as many people as you like to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you!

Tagging: Esah, Aza, Nama, Laily, and sape2 lah yang rajin and takde keje;p

  1. Saya dah tukar tempat kerja. Semua orang tahu tapi saja nak tulis lagi.

  2. Oh dapat laptop baru jugak. Yang kecil, yang molek, yang ringan. Saja nak berlagak lagi. Heh.

  3. Kaki2 saya dah sakit akibat jalan jauh dan pakai high heels. Tapi nak jugak tetiap hari pergi kerja pakai heels. Saya perasan saya nampak more stylo dengan heels. Perasan lebey. Bengong. Tapi bak kata Enchek Pijoi, beauty is pain. Jadi, rasakan lah!

  4. Bila saya takde kerja, saya suka tengok cincin saya. Tak tau kenapa. Rasa best ada lip lap2 kat jari manis. Ntah pape.

  5. Tak sangka saya sangat lembap. Dah 3 hari pergi balik kerja pun masih boleh sesat dalam OU. Nasib baik tak banyak duit. Kalau tak, sure dah sambar kasut sepam dua. Hilangkan stress laa kononnya.

  6. Bengang gak lunch kat OU tu. Dah lah tak sedap, mahal pulak tu. Haih. Dulu kat Intel complain gak food tak bes. Tapi murah, acceptable lagi. Sekarang ni dah tak leh nak accept dah. Lagi2 food kat Arena. Super tak sedap dan mahal. For god sake, boleh tak cari Malaysian cooker suruh kerja kat situ. Tapi tahan jela labu. Takkan nak makan fast food tetiap hari. Sure kopak punya. Kalau saya bergaji seperti GM, boleh laa kot. Heh.

  7. Kenapa saya suka bebel dan complain?

  8. Manja ke saya? Kalini pun ada orang ingat saya anak bongsu. Tak paham lah. Manja sangat ke? Sampai orang yang tak kenal ingat saya anak bongsu? Enchek Pijoi cakap sebab saya gedik. Tapi nasib baik dia suka so bolehlah saya terus menggedik. ngeh ngeh.

  9. Saya sukalah duduk kat kota damansara. Pagi2 pergi keja tak jem. Cuma menapak nak ke opis je penat sebab parking jauh *haih*

  10. Banyak gila 25 ok. Ingat sikit. Baru 10 dah takde idea nak merepek.

  11. Oh wiken ni nak balik JB. Wohoo. Boleh makan ABC koko sekilo kat tepian tebrau.
  12. Makin hari, makin tak sabarlah nak kawen. Boleh tak? *ngeeee*
  13. Setiap kali lalu tepi rumah banglo kat tepi apartment saya, sure terberangan jap. Kalaulah rumah tu rumah saya. Sure I lupa daratan. HAHA
  14. Selalu terpikir gak, apa perasaan saya kalau saya tengok akaun bank saya tetiba ada angka2 besar seperti 5 or 6 angka? Apa saya akan buat dengan duit sebanyak itu ek? Ok dream on ye.
  15. Saya selalu pelik, kenapa makin lama saya tengok Enchek Pijoi, saya rasa dia makin cute? Heh. Tak paham betoi.
  16. Saya rasa air kat Selangor sangat sejuk pada waktu pagi. Sure menggigil2 lepas mandi. Rasa bercinta gila nak mandi pagi.
  17. Argghhh cepatlah 25. Banyaknye!!!
  18. Saya patut meet up Uda dan Leen. Tapi ntah bila dapat jumpa. Heh
  19. Saya ada work buddy dan Pijoi jeles dengan dia. HAHA.
  20. Apa lagi nak bebel? Bagi idea plis.
  21. Saya rasa comel laa wawa pregnant. Tetiba rasa nak pregnant cepat2. Gila. Tak ade point orang pregnant, aku pun nak pregnant. HAHA. Ok kawen pon belum lagi tapi berangan lebey. Sila sekeh.
  22. Kejap lagi ada meeting dengan bos. Cuak dan teruja. Kerja apelah dia nak bagi ye.
  23. Tibe2 terpikir saya memang manja. Tiap2 hari pun nak call mama. Pastu gayut sies lame. Banyak gile cerita. Tapi gosip je banyak. Saja tambah dosa. Astaghfirullah.
  24. Dah tengok filem SRK yang baru tu. Tapi bengang gila bila dah separuh, DVD sekat2. Budus. Nasib baik beli kat Tepeng. Kalau tak, nak je pegi tukar. Spoil gile!
  25. Yeay dah last. Saya rasa, gila merepek semua2 di atas.

Ok. Saya mahu bersiap. Sembahyang dan pergi jumpa bos dan balik. Lain kali saya bebel lagi ya. Semoga ketemu lagi!

4 comments:

the seasonal blogger said...

aku kagum. heels yuli? tapi rase stylo kan in heels? posture akan jd auto-cun :P

~ said...

sangat plis. rase extra stylo. nk cantik nye pasal terpaksa laa menanggung sakit kaki haha

Anonymous said...

aku komen utk post ni on the previous entry..;b

~ said...

hahhaa..siap salah tempat tulis komen;p

#15: ko rasa pijoi makin comel x? ke ilusi optik semata;p

#21: sila rasa aku puji sebab aku mmg memuji ko sgt comel sampai aku rase aku pon nak pregnant skang ni hehe. sememangnye ko mommy-vogue yg aku suke!;D

 

Template by Best Web Hosting