Monday, March 30, 2009

bride-to-be blogspot

I am quite surprised that banyak gile blog2 bride-to-be yang excited sharing their thoughts and ideas on wedding. There's a lot of tips provided as well. Kalau kau malas dan tak delah banyak masa macam aku, baik kau baca je blog2 diorang ni. Semua ada and senang kerja kau. At least tak payahlah terkial2 kau nak search satu2 kan? Thanks to cik Uda yang semang gile surfing blog2 mereka ni. And to not to be a stingy bride-to-be so i will share with you some of the bride-to-be blogs that I like the most. Silalah melawat.

Bila baca yang kaya bride-to-be versions, of courselah semua yang ready made dan mengikut citarasa mereka. Itu biasa dan tak ada apa nak diherankan. Bila banyak duit, kau order jelah. Tapi aku lebih teruja dengan bride-to-be yang biasa sebab aku pun bergaji ciput dan budget bride-to-be seperti mereka. Aku rasa diorang lebih cool, mencuba segala benda, DIY pelbagai alam semata2 untuk menjimatkan cost. Cool tak cool. Tapi dah nama pun budget bride-to-be, kenalah menjimatkan cost. Nak kahwin pun dua hari je, so takkan nak berhabisan segala harta. Lepas kahwin mau duk merempat kang. HEHE.

Anyways, bila aku baca2 blog2 diorang ni, tiba2 aku cam tak paham, kenapa parents aku nak buat kad sampai 1000 keping? Kalau dah 1000 keping darab 2 means guess yang mungkin datang dekat 2000 dah. Tetiba aku rasa gila ramai. Tapi bila aku suarakan, tak banyak sangat ke kad 1000 keping? Ayah aku jawab, kalau tak cukup, kau nak fotostate je ke? Betul jugak lah kan. Pulak tu, door gift yang kitorang dah tempah ada 1500 je. So mak aku agak gelabah terus dia nak buat uncang candy untuk budak2 kecik. In case, kalau budak2 mintak, kasi uncang candy je. HEHE. Tapi tak apalah, parents aku kata, ramai tetamu, murah rezeki. So sesiapa nak datang nanti, sila2 lah bagi alamat or emails or any medium of communication, so that aku bolehlah kasi kad ye. Aku cerita benda ni, macam aku dah nak kahwin bulan depan pulak. Ngeee.

Weekend lepas gila nak tercabut kaki berjalan2. Sabtu meronggeng di Jln TAR, MV dan The Gardens semata nak cari manik dan ribbon. Nasib baik besties aku cool2 belaka walaupun uda dah membebel sepanjang jalan sebab kaki dah nak tercabut. Ngeee. Sayang korang. Then, Ahad, sekali lagi pergi melawat MV and The Gardens, dan kaki aku pun rasa nak tercabut buat kedua kalinya. Mana taknya berjalan sana sini for 6 hours plus semata2 cari Pijoi punya shirt and tie for hantaran. Huh. Cerewet tak cerewet tunang aku ni kan. Tapi, sebab Pijoi beli jugak shirt warna pink yang aku suka, so terubatlah sikit kesakitan kaki aku ni. HEHE.

Harini, tak pasal2 jugak aku kena pergi kerja awal dan balik super lambat. Sebab tu ada entry walaupun dah pukul 9 malam. Ni semua gara2 banjir kilatlah ni. Tak pasal2 tercabut dah plate number kereta Pijoi. So harini, Pijoi rembat kereta aku. Tapi seronok jugak bila pagi2 aku tak payah menapak 15mins seperti biasa.

Oklah, lain kali aku sambung. Aku patutnya harini siapkan banyak kerja. Tapi sebab blog2 tu punya pasal, aku tak habis2 duk belek. Adios Amigos.

Thursday, March 26, 2009

random kerana lapar

Kalau saya diberi hak untuk memilih, saya takkan pilih pemimpin yang sudah diberi amaran kerana kesalahan politik wang. Itu pasti. Perlu ke saya percaya lagi kepada pemimpin yang begini? Yang bijak berkata dan pentingkan diri sendiri? Saya kecewa. Dan malu (semestinya) sebagai generasi muda yang menyokong parti nenek moyang saya. Jadi, jangan tanya siapa yang patut saya undi untuk pilihan raya akan datang. Cukuplah. Nanti saya dituduh memfitnah pula. Tak pasal2.

Episod terakhir SPA Q 2 is petang ni. I'll try not to miss it. Ada mix of feelings pada episod yang terakhir ni. Itu kata Melisa dan Qistina di Hot.fm pagi tadi. Kalau sempat, kamu pun tontonlah ye.

I'm so excited right now planning for a gathering this 4th April. My dear Canter friends, sesiapa nak join, please let me know. Or Fiza and Esah. Anyone yang kamu suka. I think, it's been a while since kita tak together2 bersama kan? So make sure you are available on that day, at least half of the day. Nak balik kampung? Kendian boleh? *ngeee* So caling2 ya!

Wednesday, March 25, 2009

Internet itu Cool!

Saya tak tahu bila internet mula diperkenalkan. Yang saya ingat, saya berusia 13 tahun masa saya mula2 berjinak dengan internet. Zaman masa semua orang masih guna Jaring, berborak2 di MIRC atau TM dan Yahoo chatroom, cyber cafe was still a few (masih boleh dikira dengan jari), dan modem dial up yang bising bila nak connect to the internet. Or zaman kegemilangan Yahoo kerana Google tidak lagi menjengah. Or mungkin saya yang naive dan tak tahu kewujudannya. And nuryuliana@yahoo.com (the ever-after) is my 1st email after I got to know internet. So, kiralah sendiri berapa lama saya dah guna email ni?

The first time I used it, semestinya saya sangat teruja sehingga saya teraddicted untuk berchatting dengan those fool strangers in MIRC. Apa taknya, saya boleh benarkan seorang mamat hindustan menelefon saya selepas beberapa hari berchatting. Oleh sebab saya tak berapa nak reti speaking English, so setiap kali saya tak faham apa yang dia tanya, saya cakap "Pardon me, I cant hear you!" HEHE. Tapi, hampir setiap hari jugaklah dia call sampai saya menyampah. Saikolah jugak mamat hindustan ni kan. Jadinya, untuk hentikan perbuatan mamat hindustan ni, saya terpaksa menipu dia yang saya akan berkahwin bulan depan dan tunang saya tak kasi berkawan dengan lelaki. HAHA. I know. Stupid answer isnt it? Tapi apalah yang budak 13tahun boleh fikirkan, bila dah dilanda kecuakan. Aku pun jadi saiko jugak. Oh btw, untuk yang tertanya2, umur saya di alam maya ketika itu ialah 17 dan 18 tahun. So legally, I can get marriedlah that time *ngeee*

Itu dulu ye tuan2 dan puan2. By the time umur saya 15 tahun, saya dah mula menyampah dengan MIRC dan sampai sekarang, saya masih tak tahu apekah relevannya berchatting dengan those fool strangers. Tapi, mind u, a few of my SMKAS friends, berjumpa dengan kekasih hati di internet ya. Dan ada yang sudah berkahwin pun. Alhamdullillah. But, for me, jangan haraplah saya nak percaya sebab dulu pun saya selalu menipukan. Heh.

And now, I believe that no one can live without internet. At least for me. I'd rather have no TV than having no internet. Tak boleh bayanglah. Macamana saya mahu tengok my monthly bank statement or paying those bills and hutang tanpa perlu beratur, atau bergosip dengan teman di dalam ofis? Dan mencari nafkah? Tak ada internet, macamana mahu buat kerja? Ada alternatif lain? Sila share. Sharing is caring!

Those peminjam duit MARA, perasan tak yang website MARA dah berubah? Now, you can even check your monthly installment and YTD balance in just few clicks. Or saya yang ketinggalan? Since I'm one of those active payer (for my FASTREK program yang separuh jalan), I found that it is so easy. Now, you can bayar online dan cek baki online. Mind you those payers, MARA juga dah buat jadual bayaran that shows something like this:


Yang ni baru saya tahu. Selama ni ingatkan sampai bila2 kene bayar rm50 je sebulan. Rupanya ada jadual. Haih. Tapi apalah sangat rm4000 jika nak dibandingkan dengan pengajian percuma 3 tahun di negara kambing biri2, bukan? Jadi bayar jelah labu. Just that, mungkin lepas ni MARA tak perlulah lagi pos penyata bulanan. Menjimatkan kos dan juga mesra alam. Bak Ezat 2 cents, " we didnt inherit this earth from our fathers, instead we are temporarily borrowing it from our children." So apa lagi? Let's join Earth Hour, people!

Tuesday, March 24, 2009

Que Sera Sera

Pagi tadi hujan sangat lebat. Bila hujan lebat memang malas nak pergi kerja. Itu normal. Bukan ke? Kalau kau masih rajin, baik jumpa doktor. Mungkin ada symptom2 kurang normal. Itu nasihat aku lah *ngeee*

Kau mesti tahu yang aku memang malas kerja. Setiap hari pun malas. Kalau boleh nak berhenti kerja. Tapi itu kalau kau support elaun bulanan aku shopping, makan, tempat tinggal, installment kereta, annual vacation plus performance bonus twice a year. Jangan buat performance bina badan. Yang itu aku fail.

Aku selalu rasa mereka yang bekerja atas dasar minat itu beruntung. Contohnya, photographer jutawan yang terkenal ini. Walaupun semenjak dia menjadi jutawan, tulisannya ada sedikit unsur2 kepoyoran, tapi setiap hari aku nak juga baca blog dia. Kadang2, apa yang ditulisnya itu betul dan benar. Ada gunanya. Cuma buang saja unsur2 poyor itu then oklah. Sekarang memang ramai freelance photographer. Each individual claimed, "I memang minat photography ni, so U jangan risau dengan hasil kerja kami." Tak tahulah benar yang sebenar atau itu hanyalah business marketing saja.

Banyak contoh2 lain yang saya jumpa. Ada yang jual cupcakes and cakes, jual hasil kraft melalui jahitan, handmade card, dan macam2lah. Semua mengikut kreativiti masing2. Aku boleh katakan mereka sangat kreativ dan bijak. Internet dah pantas, apa yang susahnya. Yang susah sama ada kau rajin atau tak. Itu saja.

Aku ada juga berangan nak menjual cupcakes tu. Tapi dengan kepakaran yang aku ada, tak payahlah sampai berangan nak menjual. Makan sendiri jelah. Tapi tengok nanti bila aku dah bosan sangat nak menatap nombor2 ni, mungkin aku usahakan juga mencari kerjaya yang berlandaskan minat. Itu pun kalau suami aku dah nak jadi ala2 Donald Trump. Kalau tak, mimpi jelah. Cuma aku sukalah the idea of kerjaya hobi. Tak ke? Kau pun, fikir2kanlah ye.

Monday, March 23, 2009

Saya mahu iPhone.

Saya mahu iPhone 3G. In white to be specific. Mahu mahu Mahu. Kenapa? Sebab tengoklah features nya. Super canggih. With the fastest 3G services, all information are on you fingertips. Dan yang paling best, iPhone ada GPS system. Jadi mudahlah untuk orang2 yang agak lambat mengingat jalan seperti saya meronggeng di KL metropolitan ini. Lebih2 lagi saya tiada internet di rumah, mungkin iPhone lebih menyenangkan saya untuk fb-ing, ym-ing, dan friendster-ing (jika perlu). Heh. Tapi yang saya paling suka sebenarnya, design iPhone yang sleek dan sophisticated. Nampak hi-tech juga. Boleh buat saya kelihatan seperti seorang business women yang sedang membawa gadget yang lebih canggih daripada PDA. Walaupun hakikatnya nanti saya hanya guna seperti nokia3310 saje. HEHE.

Jika, jika, dan JIKA saya ada rm100k di dalam bank, sure sekarang saya dh MC dan pergi beli iPhone untuk saya semestinya. Oh untuk kamu juga hun, which one do you prefer? White? Black? Pilih2. Dan Fizz, kamu juga, pilih sekali ya, sebab saya hutang hadiah besday untuk kamu *ngeeee* Ok people, dream on. Terimalah kenyataan yang sebenarnya saya hanya mampu pakai xpressMusic yang macam sampah ini. Benci!!

Friday, March 20, 2009

Crush

Saya tak faham kenapa Tomok diberi immunity untuk minggu ini. Best sangat ke suara dia? Pelissslah. Ok memang betullah semua contestant OIAM 3 mempunyai vokal yang tak best langsung kali ini. Mungkin terlalu banyak singing competition sampai dah habis semua penyanyi yang bersuara best. Saya tak suka OIAM 3. Dan AF7, jangan harap saya nak tengok. Menyampahlah bila tak ada kualiti. Heh.


Kenapa artist Malaysia tak ada suara yang sesedap Danny Gokey? Suka sangatlah suara mamat US ni. Setiap minggu mesti tak sabar nak dengar dia menyanyi. Kalaulah saya boleh SMS vote for Danny, saya sanggup! Dan kalau US itu dekat, sure setiap minggu saya akan ke sana untuk support Danny and Kriss Allen (for the handsome) with banner. Handsomelah you, Kriss. I suka. Ehem.


Kalaulah Kriss adalah colleague saya, mesti setiap hari saya bersemangat nak pergi kerja. Ini tidak, tak ada langsung faktor yang boleh buat saya semangat nak ke kerja setiap hari. Tipulah kalau saya bersemangat nak ke kerja sebab I loveeeee my job. Kamu pun sama kan? I know *ngeeee* Jika zaman sekolah2 dulu, benda yang buat saya semangat untuk datang ialah crush saya. Bila ada crush mestilah tak sabar nak tengokkan or main2 mata? Yes people. I am that gedik. Tapi at least itu pemangkin untuk saya berjayakan? HAHA

Speaking of crush, Enchek Pijoi cerita kat saya malam tadi about his crush-esss (mind the s-es ;p) masa dia darjah 1 dan 2. Nasib baik Enchek Pijoi memang gatal juga. HEHE.

Pijoi cerita dia punya 1st crush masa dia darjah 1 dengan seorang anak cikgu ni. Hebatnya Enchek Pijoi ni, dia tak main dah main2 mata, terus2an confess kat budak perempuan tu. Tapi malangnya, cinta Enchek Pijoi cinta bersyarat macam PGL. Tapi bukan 7 dulang hati nyamuk atau jambatan emas. Syaratnya ialah kena tahan bersin dan kene tahan menguap. HAHA. Macam mana tu?

Cerita kedua, masa Pijoi darjah 2. Time ni Pijoi baru saja tukar sekolah lain. So for surelah ada crush lain. Kali ni, Pijoi suka kat anak Ustazah pulak. Pijoi claimed, budak ni comel. Heh. Nak dijadikan cerita, sebab Pijoi terlalu excited menggilai anak ustazah ni, dengan selambanya Pijoi panggil ustazah tu "MAK". HAHA. Ok tunang aku memang over ye. Selamba gila. Dan untuk tidak memalukan Pijoi, Ustazah tu jawab, "Tunggu jadi menantu dulu, baru panggil MAK". HAHA. Adess. Tak terkata ai. Nasib baik dah besar tak buat perangai lagi. Hihi.

Sebenarnya ada banyak lagi cerita crush. Tapi malaslah nak cerita. Lain kali sajalah ye. Mau siapkan kerja. Tak mahu nanti Samurai Jepun itu bising.

Tuesday, March 17, 2009

Perlu Ke?

Saya berpuasa hari ini. Alhamdulillah. Lepas berhari2 saya tangguhkan, akhirnya berjaya juga saya mulakan episod berpuasa. Masih banyak lagi hari yang perlu diganti. Bukan 5 atau 6 hari tapi 10 kesemuanya. Dan kamu (wanita2 muslim), sudah habis gantikah? Jika belum, marilah.
Saya rasa saya perlukan lebih haba hari ini. Mungkin sebab saya tidak makan, maka saya kedinginan. Ditambah hujan yang sangat lebat pagi tadi menyebabkan saya tak mampu nak bangun sahur. Akibatnya, saya kelaparan dan kesejukan.
Speaking of kesejukan, kawan2 sekerja selalu pelik yang saya kurang komen pasal kesejukan di ofis. Memang sebenarnya saya jarang kesejukan di ofis. Mungkin sudah terbiasa dengan iklim yang lebih sejuk dan juga rumah yang ibarat seperti freezer sebelum ini sampai terpaksa memakai at least 3 lapis sweater dan juga 3 lapis stoking. Jadinya, saya sudah terbiasa dengan sejuk. Tapi yang hairannya, jika tidur di waktu malam, comforter yang tebal itu wajib walaupun kipas saya hanya mampu meniup angin sepoi2 bahasa. Tak tahu kenapa, yang itu, saya kesejukan.
Saya teringin nak makan bubur durian dan pulut. Lebih2 time puasa macam ni, lagilah teringin sungguh. Mama janji nak masakkan, tapi dah 2 kali balik, tak juga dapat makan. Tapi saya fahamlah, setiap kali saya balik, ada saja urusan nak dibereskan. Kurang ribenlah, maniklah, survey itu dan inilah. Macam2 sungguh. Untuk persiapan yang tak berkesudahan, bubur durian saya terpaksa lupakan. Agak2, mintak kat bakal mak mertua, boleh dapat tak? *ngeeee*
Photographer pilihan dah selamat dibook. Kata nak hantar email, nak suruh isi borang, tapi sampai sekarang tak dapat2 lagi. Mungkin lama lagi, jadi tak ada apa yang perlu dirushingkan. Yang penting kamu ambil gambar saya cantik2 bersama enchek kesayangan dan kawan2 nanti ya?;D Tapi tak perlulah menghilangkan jerawat seperti dia yang kamu ceritakan;p

Photo credit to Freeze Photography by Zefri

Tiba2 saya suka nama Dahlia. Tapi nama Dahlia saya bayangkan orangnya gemuk2 dan comel2 belaka. Itu Dahlia yang selalu saya jumpalah. Perlu ke saya tulis yang ini? Hmm..

Saya rasa baik berhenti sekarang sebelum saya terus membebel dan mengabaikan kerja saya. Sampai nanti ya. Daaa.

Friday, March 13, 2009

moments that make me smile

Saya mengantuk. Jadi saya ingin bercerita. Tak penting, tapi mungkin boleh buat anda tersenyum juga;p

Cinderella wannabe

Masa saya kecil dulu, seingat saya umur saya 5 tahun, saya dah menggilai kartun Disney, Fairy Tales, and what not. Sebut saja, princess mane, semua saya kenal. Ibarat best friends saya semuanya. Jika ada magic2, lagilah saya teruja. Kagum tak terkata. But the most all time favourite princess saya is Cinderella. Mana taknya, dengan kereta kuda dari pumpkin yang menarik, dress yang kembang2 dan berkilat, serta kasut kaca yang fragile, of course saya akan menggilai Cinderella ketika itu. Dan nak dijadikan cerita, ada sekali kawan baik saya beritahu saya yang dia ada kasut kaca seperti Cinderella yang dibeli dari Singapore. Time dengar tu memang tak boleh blah. Jeles gila bila kawan baik sendiri ada kasut kaca. Balik2 sekolah terus cakap kat ayah, weekend tu nak pergi Singapore and beli kasut Cinderella. Ayah pun layan dan cakap OK. Then, of course laa cari kat mana2 pun, takkan jumpa kasut kaca kan? Tapi ego punya pasal, saya tak terasa pun nak tengok kasut kaca kawan saya tu. Heh. Well, senyum tak senyum bila ingat balik. Serius bodohkan, kecik2 dah kena tipu dengan kawan baik. HAHA. Kasut2 kaca ooohh kasut kaca.

Rebellious dan geng2 bersekutu

Dulu masa sekolah menengah saya sukalah langgar peraturan sekolah. Rasa tak lengkap hidup kalau sehari saya tak langgar peraturan. Saya rasa pengalaman lower form paling adventurous sebab warden2 dan pengawas sangat melayan kerenah orang2 macam saya. Saya ponteng prep, diorang check, saya sembunyi dalam locker diorang cari, saya cabut sekolah, ada yang kejar, jadi macam seronok pulak nak melanggar. Yang paling best, time cabut dari sekolah, boleh pulak tumpang brader naik kereta Honda hantar sampai stesen bus. Super baik aa brader tu. Mungkin kesian tengok saya tercungap2 lari cam itik. HAHA. Oh masa form 4 jugak, pernah nak cabut sekolah. Hajat di hati nak pergi bandar melaka. Mula2 cari excuse nak pergi hospital. Tapi disebabkan saya ni bijak sangat nak tipu doktor, boleh pulak die amik darah saya terus. Dia kata "Penyakit awak ni peliklah. Mungkin bahaya. So kita amik sample darah awak eh." Shit. Bodoh gila aku mewujudkan penyakit yang tak wujud. Lepas amik darah terus terbantut nak pegi city dah. Foul!

Did you feel homesick?

Masa form 1 dulu, saya selalulah pelik tengok kawan2 yang homesick. Ehem. Bukan nak cakap saya tak homesick, ada jugak. Tapi takdelah sampai nak berkumpul tengah2 malam kat tepi katil then nangis teringat rumah or dengar je lagu nasyid Keluarga Bahagia, semua melalak. Ada sekali tu, semua form 1 kena duk surau, kene slow talk. Ala biasalah kan. Then, last sekali diorang pasang pulak lagu Keluarga Bahagia tu. Semua duk menangis. Time tu, saya dah serba salah. Patut saya nangis ke tak? Kang kalau tak nangis takut gak akak2 garang itu torture saya, tapi nak nangis cam tak leh nak nangis. So saya pegi toilet dan basahkan muka. Settle. Nampak cam nangis. Siap mata merah lagi you! Hihi.

Gas beracun

Oh perkara yang paling memalukan was tengah berkumpul di dalam surau ramai2, boleh pulak saya terkentut dengan kuatnya dan buat2 tanya siapa yang kentut tu eh? WTFish. Bodoh gila dah kentut tak nak ngaku. Form 1, what do you expect kan kan? Naive beb. Well, biasalah tu kan? Baik korang ngaku jugak! HAHA.

Sebenarnya banyak lagi moments that make me smile. Tapi cukuplah sampai situ saja. Tak boleh cerita banyak2. Esok2 kita cerita lagi ye?;D

Thursday, March 12, 2009

Saya Mahu Membebel

  1. Saya mahu muntah! Adakah sebab saya keep on doing this one particular task over and over again in these past 2 weeks or because the time told me "SPA Q 2 dah start. Sila balik!"? Please answer me and also give me minyak kapak. NOW!
  2. Saya mahu menangis tengok barang2 baby. Bukan sebab cantik tapi sebab harga dia sangat2 cantik. Kakak (kakak pijoi) requests a baby car seat. Yang ni lagi lah buat saya nak melalak. Nasib baik kakak tak request stroller, mahu meraung seminggu dibuatnya. Hehe. Tapi tak apelah, anak buah yang pertama punya pasal, bolehlah layan. Melalak pun melalak laa *ngeee*
  3. Saya mahu balik JB Sabtu ni sampai Isnin. Jangan jeles ye kamu2 yang bekerja. Saya dapat time off. Lalalala. Tak sabarnyeeeeeee.
  4. Saya mahu siapkan kerja. Jadi cukuplah bebelan saya hari ini.

Monday, March 9, 2009

Bunga Pahar @ Bunga Telur

Kamu semua tahukan apa itu bunga pahar @ bunga telur? Dulu masa saya masih kanak2 sekolah rendah, saya selalu menolong sepupu2 saya yang akan kahwin membuat bunga pahar. Walaupun almost all of the time, saya tolong tengok saja. Tapi saya terujalah tengok manik2 kecil yang comel2. Juga gam uhu yang melekat, bila ditarik panjang2 boleh menghasilkan string seperti spider web. Menarik.

Tapi sekarang, saya tidak lagi membantu sepupu2 saya membuat bunga pahar lagi sebab di pasaran sekarang, ada bermacam2 jenis bunga pahar yang dijual. Tunjuk atau sebut saja, pasti dapat, cuma keluarkan saja kepuk2 wang kertas dari simpanan anda. Heh. Mula2, mama juga begitu. Bila saya utarakan niat saya untuk diy bunga pahar saya, dia agak membantah. Leceh katanya. Tapi betul juga. Memang leceh nak menyiapkan at least 50++ batang bunga pahar. Dengan manik2 kecil yang perlukan ketelitian, riben2 yang perlukan kreativti, beli lagi mudah dari buat sendiri bukan?

Tapi segalanya berubah sabtu yang lalu...

Yes people, i make my own bunga pahar. Err, sebenarnye saya hanya membantu saja. 70% proses membuat bunga pahar dibantu oleh ibu yang excited *ngeee* Sangat bersyukurlah memiliki wanita yang kreatif ini:)

Walaupun untuk mencantumkan manik2 saja sudah melecehkan sampai sakit pinggang sebab duduk terlalu lama, tapi I just cant describe bahagianya perasaan saya ini. Benar kata mereka2 yang sudah berkahwin, preparing your own wedding is one of the best things happened in your life. Penat tapi menggembirakan. Tak percaya? Cubalah sendiri *ngeee*

Oh btw, bunga pahar saya masih lagi di dalam proses. Masih perlu saya pamper setiap bulan. Dan sekarang semestinya saya tidak sabar untuk selalu pulang ke JB menyiapkan bunga pahar saya. Cantik atau tidak, kamu tengoklah sendiri nanti. Jadi jangan tak datang ye!;p

Thursday, March 5, 2009

Pretty Pictures

I love photography. Eh silap let me rephrase, I love pretty pictures. I just love it. For me, a pretty picture captures 1000s of memories and tons of feelings. It doesnt have to be captured by a professional photographer, but sometimes, a right moment with a creative skill makes a photo becomes so much meaningful. I really appreciate those pretty2 pictures that I have walaupun berlambak yang saya tak cuci (dan mungkin takkan pernah cuci) tapi bila tengok balik gambar2 lama yang cantik2, ditambah dengan background yang cantik bersama gadis2 dan jejaka yang cantik2, berserta skills yang bermacam2, buatkan saya gembira. I can remember all those feelings and songs (if any) with only a photo. See I tell u, so dramatic I am. Sebijik hindustan kan kan? But I love pretty2 pictures. Walaupun saya tak tahu langsung pasal camera (lebih2 lagi sekarang saya memang tiada kamera), teknik bergambar, or what not.

Talking about photogrpahy, I am really fussy in choosing a right photographer for my wedding. Since my budget is tight, so I want a good photographer at a reasonable and affordable rate. So please, please and please say goodbye to preetypiktures or candidsyndrome or mangis production. Mimpilah nak hire mereka. Tapi kalau ada siapa2 nak sponsor, sangat2 dialu-alukan;p They are too much pricey for me. My mom said, "Haih, photographer kat JB tu dah bankrap ke semua?" hehe Well, since the fiance called me a bridezilla, of course I will think 1000 times to hire them. Okey, saya bukanlah mengada nak ambil photographer from KL ke ape (walaupun mengadalah jugak) tapi sebagai seorang pecinta gambar cantik, saya tak suka gambar yang terlalu diedit. Having an expensive DSLR camera and a very good skill in photo editing, doesnt mean you're a good photographer. Tak suka tengok gambar wedding yang ada edit kerawang2 kat tepi, then ada tulis, Dua Jiwa Satu Hati or whateva itu. Sakit mata guwe. Kenapa perlu edit sebegitu? Tak apelah. Itu kreativiti juga namanya. But for me, cukuplah sekali, tak mahu pisang berbuah 5 kali.

Well, I had approached a nice photographer last 2 months. I have the quotation and all tapi sekarang ni, saya tak dapat2 call dia. Hp masuk voicemail and email tak berjawab. Haih. Saya resah. Saya nak sangat dia amik gambar. Actually saya tertarik dengan marketing dia which says

'When he ventured into wedding, he brought in a new way of photography to the scene. Photojournalistic, no flash photography etc. And people loves it.'

Yes, people like me just loves it. Candid photojournalism. That's what I want. And to be surprised, bila saya tengok diari pengantin at Ratu Sehari, he had captured some photos that I dreamt of before. SUKE SUKE SUKE!!!! Banyakkan yang saya berangan?? *ngeee* Hopefully, he will call me soon so that I can be almost a full time dreamer;p

Monday, March 2, 2009

Rewind 5 Years Back

Apa yang kamu hendak buat jika kamu boleh putarkan masa 5 tahun yang lepas? Itu hot chat Hot.fm pagi tadi. Ada yang jawab, nak kurus seperti 5 tahun yang lepas, jadi kawan2 tidak panggil die BULAT tetapi panggil dia CANTIK. Ada pulak yang nak kembali bersama bekas tunang dan menjadi tunang yang terbaik. Dan macam2 lagilah. Saya tak dapat pula nak dengar banyak2 sebab dah sampai ofis. Tapi bila saya fikir balik, apa yang saya akan buat kalau saya boleh putarkan balik 5 tahun yang lepas?

Saya rasa time tu saya masih berada di Intec. Sebab saya dapat result yang teruk dan cukup2 makan saja, jadi saya nak menjadi pelajar yang cemerlang. Jadi saya boleh beri kebenaran kepada mama dan ayah untuk datang semasa Hari Penyampaian Sijil Ausmat dan berasa bangga di atas pentas.

Kedua, saya tidak mahu bercinta (ketika itulah) dan menghabiskan zaman muda mudi remaja bersama rakan2. Sebab saya banyak dating daripada enjoy bersama rakan, maka saya sedikit regret. Tidak remajanya saya! Dan semestinya membazirkan masa dan tenagalah bercinta (ketika itu juga). Buang karan, buang air mata betullah! Heh. Tapi, padanlah muka aku. Kecik2 dah gedik.

Tapi, bila fikir2 balik, saya tak mahulah ulang apa2 yang dah lepas. Sebabnya, jika tiada yang lepas, macamana nak ada hari ini. Jika tiada saya yang dulu, bagaimana saya hari ini? Jika tiada yang bekas, how to appreciate the beloved fiance? Tak boleh fikir jika tiada the fiance (ketika ini dan akan datanglah semestinya). Dan yang tak best, jika tiada fiance, macamana saya nak rasa bahagia dan gembira merancang perkahwinan saya? Okeh gedik tak gediklah kan saya, setiap hari duk menghitung hari bila nak bulan 11. Tu tak campur lagi berangan perasaan time tengok pelamin angan2, tengok bilik yang cantik, tengok bunga2an, debar2 si pengantin (eceh!), pakai inai, owh really I cant wait! Super gedik? I am. Sile sekeh untuk kembali ke ofis.

Owh tapi, jika saya di beri kesempatan untuk ulang hari ini, saya nak! Nyesal gila datang kerja pukul 8 pagi, gara2 percaya bulat2 cakap trainer yang bila time closing, saya patut datang pukul 8 pagi sebab Malaysia is lagging 1 hour from Japan. Tapi, pukul 8 pagi sampai, saya kepanasan, aircond tak switch on lagi dan menjadi makhluk pertama datang ke ofis. Panas tak panas. Yang ni aku nak rewind!!
 

Template by Best Web Hosting